Satu lagi laman web yang memandaikan para pengguna Internet di Malaysia.

Ini adalah ayat yang sesuai digunakan oleh penulis untuk melambangkan laman web yang diberi nama 1Artikel. Dibangunkan oleh penulis dan usahawan Internet tempatan iaitu Tuan Firdaus Latib.
Beliau merupakan individu yang mempunyai niat murni untuk mewujudkan satu platfom. Di mana platfom ini menghimpunkan artikel-artikel terbaik dari blog-blog autoriti untuk memudahkan para pembaca.
1Artikel.com – Direktori Memandaikan Bangsa
Bayangkan, selepas ini kita hanya perlu melayari 1Artikel.com untuk mendapatkan artikel-artikel terkini dari pelbagai kategori (Informasi, perniagaan, sukan, tip dan teknologi).

Dari sudut pembaca, kita sudah mempunyai 1 laman web berpusat untuk membaca artikel-artikel menarik yang diterbitkan oleh blogger-blogger tempatan. Dari sudut penulis blog pula, medium ini dapat digunakan bagi meningkatkan trafik blog.
Kerana 1Artikel.com menyediakan kemudahan untuk kita meletakkan RSS blog kita ke dalam laman web ini.
Bermakna, setiap kali kita menerbitkan artikel terbaru di blog, artikel kita akan dipaparkan dalam laman web 1Artikel.com secara automatik.
1Artikel.com – 5 Peraturan Penting Untuk Blogger
Bagi penulis blog yang ingin menjadi sebahagian daripada laman web 1Artikel.com, boleh lakukan pendaftaran secara percuma di sini.
Dalam masa yang sama, laman direktori artikel Malaysia ini mempunyai beberapa peraturan yang mesti dipatuhi oleh pemilik blog. Sekiranya ia gagal dipatuhi, blog kita tidak akan tersenarai dalam 1Artikel.com.
#1 – Blog Dilengkapi Dengan RSS
Bagi yang belum mendaftarkan RSS untuk blog, boleh lakukan demikian menerusi laman web Feedburner. Laman web 1Artikel.com memerlukan maklumat RSS blog kita untuk proses pendaftaran.
#2 – Blog Tidak ‘Syariah-Compliant’ Diharamkan
Haram itu terlalu keras bunyinya. 1Artikel.com tidak membenarkan laman-laman blog yang mempunyai elemen-elemen seperti:
- Hiburan yang mengaibkan dan melalaikan pembaca.
- Politik yang sentiasa seronok melagakan mana-mana pihak.
- Kandungan lucah yang diterbitkan secara sengaja atas tujuan tertentu.
Justeru itu, bagi yang ingin mendaftarkan blog ke 1Artikel.com, pastikan blog kita tidak mempunyai ketiga-tiga elemen yang disebutkan di atas.
#3 – Bahasa Melayu & Inggeris Diterima
Tidak kisah sama ada blog kita menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, kedua-duanya diterima. Selagi mana ia dapat memandaikan pembaca, maka ia adalah blog pilihan 1Artikel.com.
#4 – Tiada Bahasa Kontot
Blog yang mengamalkan gaya penulisan seperti yg (yang), dgn (dengan) dan sebagainya adalah blog yang tidak akan diterima oleh 1Artikel.com. Ini bagi memastikan kepuasan para pembaca yang menggunakan laman direktori artikel Malaysia ini.
#5 – Blog Peribadi Dibenarkan
Sekiranya blog kita adalah blog peribadi dan mencampurkan pelbagai topik dalam satu blog, laman 1Artikel.com juga sudi untuk bekerjasama. Asalkan setiap kandungan itu mempunyai manfaat kepada pembaca.
Penulis akan mengulas mengenai 1Artikel.com dari semasa ke semasa untuk membantu para pembaca blog ini. Supaya kita dapat memaksimumkan kuasa direktori artikel Malaysia ini.
Terima kasih kepada pengasasnya, Tuan Firdaus Latib yang sanggup melaburkan wang dan tenaga yang sangat besar untuk menyediakan platfom yang berkualiti kepada pengguna Internet di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai 1Artikel.com, sila klik di sini.


{ 13 comments… read them below or add one }
wah baru ni, nak try la .. tgk camne.
muazfaris recently posted..Giveaway Buku PTS Pilihan anda
Silakan tuan. Boleh hubungi Tuan Firdaus Latib di Facebook jika ada sebarang soalan.
https://www.facebook.com/firdauslatib
menarik ni..
saya nak try juga
Mus recently posted..Pertandingan Sugandoi 2012 Sempena Tadau Kaamatan 2012
Alhamdulillah, terima kasih tuan. Semoga kita dapat menyokong laman web buatan anak Malaysia ini sebaik mungkin.
Tahniah Tuan Firdaus Latib atas pencapaian ini! Saya suka 1Artikel sebab ia tidak sama dengan ping site yang biasa. Konsepnya seperti laman web itu melanggan RSS dari setiap blog yang telah pihak mereka luluskan. Mudah! Semoga 1Artikel pantas mendapat PR yang tinggi-tinggi! Amin

Shafina Bazilah recently posted..Kategori Pelanggan Dan Cara Berurusan Dengan Mereka (Bahagian 1)
Benar. Tuan Firdaus Latib betul-betul menekankan konsep design yang simpel dan memberikan impak kepada pengguna Internet.
Saya suka 1Artikel.com!
Terima kasih atas doa itu Cik Shafina. Semoga blog anda mendapat manfaat daripada 1Artikel.
Kalau blog yang agak banyak copy paste tapi ada kredit boleh tak?
contoh rear-wheel.com huhuhuhuh
zool recently posted..Jadual perlawanan hoki remaja Asia 2012
Saya kurang pasti. Tuan perlu berhubung dengan Tuan Firdaus Latib secara peribadi untuk membincangkan isu ini.
Another pingsite by Malaysian.
1. Komuniti blogger Malaysia makin besar, dengan adanya 1artikel.com, akan memberi lebih pilihan.
2. Cantik header 1artikel.com tu, direka oleh kak EmilaYusof.com
3. Design website tersebut agak kemas dan minimal. Thumbs up.
4. Sedikit suggestion. Rasanya fungsi RSS tu kurang bagus, sebab bila dah ada fungsi automatik, pengguna takkan datang website tersebut tiap-tiap hari untuk berkongsi artikel. Sekadar dari pengalaman saya selaku admin busuk.org.
Kepada Tuan Firdaus Latib, semoga maju jaya

Affan Ruslan recently posted..Bercuti Daripada Dunia Blog
Terima kasih atas cadangan dan sokongan tuan. Saya percaya Tuan Firdaus Latib akan mempertimbangkan cadangan penambahbaikan daripada pihak tuan.
Tuan Affan Ruslan,
Terima kasih atas ‘feedback’ yang diberikan. 1Artikel sentiasa mengalu-alukan cadangan bagi menambahbaik web ini. Berkenaan fungsi RSS, saya tidak nafikan hal ini. Buat permulaan, kami cuba mengutamakan pelawat @ pembaca dengan artikel yang diterbitkan.
p/s: Jangan cuti lama sangat ya.
… alhamdulillah, iAwani menyumbang banyak artikel ke 1Artikel .. mulanya kami tidak sedari 1Artikel ni ada hinggalah Tuan Firdaus menghantar email jemputan kepada kami. Sejarah tercipta.