3 Tip Jadi Penulis Kaya Raya

Seronok dengan perkembangan dunia penulisan di Malaysia. Khususnya arena penulisan non-fiksyen atau dalam mazhab Aqif Azizan, ia dipanggil sebagai buku bisnes.

3 Tip Jadi Penulis Kaya Raya

Keterujaan yang memuncak sahaja tidak cukup untuk merealisasikan impian insan bagi menjadi seorang penulis berkaliber, buat banyak duit dan berkredibiliti tinggi. Keutamaan utama adalah mempunyai skil yang bagus dalam penulisan.

Berdasarkan pengalaman selama 4 tahun berkecimpung dan hidup dengan perkataan demi perkataan yang dihasilkan, berikut adalah tip simpel yang boleh dipraktikkan. Tujuannya supaya kita boleh menjadi penulis yang konsisten menghasilkan karya-karya berwang (membawa duit masuk ke poket).

Tip 1 – Rancang Kejayaan Diri

“Apakah panggilan dan gelaran yang kita mahukan?”

Merancang kejayaan bermula pada pembentukan jenama diri. Lagi jelas jenama itu, lagi mudah untuk merancakkan lagi kejayaan si penulis. Apakah gelaran yang kita mahukan?

Contoh-contoh gelaran adalah seperti berikut:

  • Penulis buku sejarah Islami.
  • Pakar penulisan bisnes.
  • Jutawan perkataan.

Asas pembentukan jenama diri wujud daripada kepercayaan. Kita percaya kita layak memegang takhta jenama itu. Skripnya seperti, “Aku mahu dikenali sebagai _____________.”

Tip 2 – Belajar Curi Idea Orang Lain

Writers block itu adalah aktiviti yang dibuat-buat, supaya kita ada alasan untuk tidak berkarya atau menulis.”

Ketandusan idea adalah satu masalah yang kuno. Hari ini, limpahan idea sudah tersedia untuk kita hadam. Sebagai contoh, enjin carian seperti Google khususnya sudah membekalkan bilion sumber maklumat.

Kita hanya perlu taip dan akses. 100% percuma. Jika kena bayar, lain ceritanya.

Tip 3 – Tulis Buku

“Tanpa buku, impian menjadi penulis sepenuh masa kurang bermakna.”

Harga diri penulis terletak pada kad bisnes mutlaknya, iaitu buku. Penulis yang tidak ada buku sukar untuk meletakkan harga servis yang tinggi kepada khalayak umum. Buku juga boleh dijadikan satu sumber duit yang lumayan berbentuk royalti.

Parah, Parah, Parah

Jangan sekadar baca dan berharap. Musnahkan dinding dan dialog Mat Jenin yang sekadar berfoya-foya dengan angan-angannya seperti, “Seronoknya hidup sebagai seorang penulis…”

Mula menembusi media saat ini. Boleh mula menulis di blog. Mula merangka kejayaan kita sebagai penulis.

Pengalaman diri sendiri menjelaskan, apabila seseorang itu menguasai dunia penulisan, maka mereka mudah jadi jutawan. Sebab dalam dunia ini, semuanya memerlukan perkataan.

Aqif Azizan

6 thoughts on “3 Tip Jadi Penulis Kaya Raya

  1. Serius, saya suka baca artikel tulisan Tuan Aqif Azizan. ;)

    Saya sudah ada blog yang berdomain dan menggunakan hosting berbayar.

    Akhir tahun 2012 hingga sekarang saya hidup dengan penulisan blog yang menggunakan bahasa melayu tinggi (BMT). Sangat seronk menulis. ;)

    Saya suka tips yang dikongsi Tuan. Terima kasih. ;) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge