7 Strategi Pemasaran Berkesan Untuk Meningkatkan Jualan Ebook

by Aqif Azizan

Baca entri sepenuhnyaDalam satu temubual bersama Mr Wong, pensyarah subjek prinsip pemasaran (Marketing Princple) di SEGi University College, beliau menyatakan bisnes-bisnes yang terus maju meskipun ekonomi negara meleset, adalah bisnes yang memahami konsep pemasaran secara keseluruhan.

Menurut beliau, pemasaran tidak berkait dengan jualan produk semata-mata. Dalam buku Kotler On Marketing yang ditulis oleh Philip Kotler, pemasaran adalah tindakan yang diambil oleh individu, atau organisasi bagi mewujudkan hubungan yang baik pada bakal prospek atau pelanggan, bagi menjamin keuntungan jangka masa panjang.

Kata kunci pemasaran yang betul adalah… menjamin keuntungan jangka masa panjang.

Apakah Kaitannya Dengan Pemasaran Ebook?

Jika kita ingin hidup senang dengan menulis ebook, maka kita perlu memahami konsep pemasaran secara keseluruhan. Ini kerana jualan ebook kita bergantung pada strategi pemasaran yang kita gunakan.

Majoriti penulis ebook hanya hidup ‘cukup-cukup makan’ dengan ebook kerana mereka tidak melakukan pemasaran. Ada yang beranggapan, dengan kewujudan medium internet, kita tidak perlu melakukan sebarang aktiviti pemasaran, kerana pelawat akan datang ke laman web kita secara natural, yakni menerusi enjin carian dan sebagainya.

Kenyataan ini 100% tidak benar. Kita perlu mempunyai strategi pemasaran.

7 Senarai Strategi Pemasaran yang Dijamin Berkesan

Senarai strategi pemasaran yang tuan dan puan akan lihat ini adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Adrian Try. Beliau merupakan salah seorang penulis di blog Envato, iaitu sebuah rangkaian blog yang menjana lebih RM1 juta setahun. Kajian ini juga bukan berbentuk teori semata-mata.

Strategi pemasaran ini juga disusun mengikut peratus efektif (%). Oleh itu tuan dan puan bebas menggunakan mana-mana strategi, yang dirasakan sesuai untuk memasarkan ebook tuan dan puan.

7 – Reddit (2%)

Reddit merupakan laman social bookmarking, iaitu laman yang menyimpan dan mempromosikan laman web kita kepada para pelawat sedia ada. Untuk memaksimakan pemasaran menerusi Reddit, kita harus mempunyai blog.

Ini kerana setiap entri yang kita terbitkan, kita boleh gunakan Reddit untuk mempromosikan laman blog kita secara konsisten. Pastikan juga blog kita berkait rapat dengan ebook yang kita mahu jual.

6 – LinkedIn (4%)

Penggunaan laman sosial LinkedIn masih lagi mendapat pendedahan yang minimum. Buat pengetahuan tuan dan puan, di Amerika Syarikat dan negara eropah lain, laman sosial ini merupakan laman yang ‘mesti dilawat’ oleh orang-orang bisnes. Ini bertujuan bagi membina rangkaian bisnes, menjenamakan diri dan memasarkan produk kita dalam masa sama.

Jika tuan dan puan masih belum mempunyai akaun LinkedIn, mohon daftar segera di sini. Namun potensi rangkaian tuan dan puan akan temui, adalah kebanyakan daripada luar dari negara Malaysia. Oleh itu, penggunaan strategi pemasaran ini adalah sesuai, untuk sesiapa yang menulis ebook dalam Bahasa Inggeris.

5 – Konferens / Seminar (4%)

Berdasarkan kajian Try, strategi pemasaran ini melibatkan ‘one-to-one customer’. Jika kita berada di mana-mana seminar, kita harus mengambil peluang ini dengan berbual bersama para peserta seminar lain.

Ini secara tidak langsung menunjukkan kita serius dengan ebook-ebook kita. Secara tidak langsung, cara ini dapat meningkatkan ‘instant trust’ di mata prospek kita. Mulai hari ini, beranikan diri untuk promosikan laman web ebook kita.

4 – Youtube (10%)

David Murdico, dalam satu artikel di blog Reelseo.com beliau menyatakan, bisnes-bisnes kecil seharusnya menggunakan laman web perkongsian video seperti Youtube, bagi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Ini berikutan sambutan laman web seperti Youtube begitu baik. Setiap hari, dijangkakan hampir 1 bilion pengguna internet melawat laman web Youtube. Sebagai seorang yang memiliki bisnes ebook, kita boleh gunakan medium ini untuk berkongsi ilmu, yang berkaitan dengan ebook yang kita jual.

Jika ada yang berpendapat kos untuk merakam video adalah tinggi, tanggapan ini tidak benar. Kos sebenar dan item yang diperlukan untuk merakam sebuah video yang baik adalah:

  • Perakam video (RM500 – RM1,000).
  • Komputer (RM1,000 – RM3,000).
  • Perisian video (Guna Windows Live Movie Maker pada Windows 7).

Jika kita bandingkan keuntungan dengan kos pemasaran di atas, ia jauh lebih baik dan menguntungkan. Berbanding jika kita gunakan blind marketing, iaitu strategi pemasaran yang kita tidak boleh track keberkesanannya.

3 – Forum (28%)

Keberkesanan strategi pemasaran menggunakan forum sudah dibuktikan sejak tahun 2001 lagi. Ia bukan sahaja efektif di pasaran luar, malah di pasaran tempatan. Ini berjaya dibuktikan oleh Tuan Jamaluddin Bahari, ketika mahu memasarkan ebook beliau iaitu ‘Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan’.

Jika tuan dan puan mahu bermula di forum, berikut adalah senarai forum yang mempunyai jumlah ahli aktif yang ramai:

Bagi mengetahui cara-cara yang betul menggunakan forum bagi memasarkan ebook, tuan dan puan boleh dapatkan ebook ‘Jana Wang Dengan Ebook’. Terdapat teknik pemasaran efektif menggunakan forum, yang ditunjukkan dalam ebook ini.

2 – Facebook (34%)

Jumlah pengguna aktif Facebook di Malaysia kini sudah mencecah lebih 10 juta orang.  Laman sosial ini juga merupakan salah satu medium yang penulis gunakan, bagi mempromosikan ebook menggunakan pemasaran gerila.

Menurut Puan Ainon Mohd., Pengerusi syarikat PTS Sdn Bhd, apabila kita ingin menjual sesuatu di Facebook, kita perlu menjenamakan diri kita terlebih dahulu dan meningkatkan kepercayaan sosial. Ini dapat dilakukan menerusi perkongsian ‘wall post’ yang berkaitan dengan ebook kita.

Sebagai contoh, jika penulis mahu menjual ebook ‘Jana Wang Dengan Ebook’. Kebanyakan wall post penulis adalah seperti berikut:

  • Amanda Hocking merupakan salah seorang jutawan dengan hanya menulis ebook. Kajian di laman web Amazon mencatatkan jumlah keuntungan yang diperoleh beliau adalah sekitar RM6 juta setahun.

1 – Twitter (52%)

Meskipun laman micro blogging ini tidak sepopular Facebook di Malaysia, kajian menunjukkan penggunaan Twitter di Amerika Syarikat adalah lebih baik, jika ia berkait dengan aktiviti pemasaran.

Namun bagi penulis, laman Twitter di Malaysia masih belum menunjukkan tanda-tanda positif sebagai medium pemasaran.

7 Strategi Telah Dibongkarkan, Kini Tiba Masa Untuk Panaskan Enjin

Secara keseluruhan, penulis telah menggunakan 80% daripada strategi pemasaran yang dikongsikan di atas. Berikut adalah senarai strategi yang efektif berdasarkan pengalaman. Tuan dan puan boleh tiru dan gunakan serta merta.

  • Facebook.
  • Forum.
  • Seminar.
  • Youtube.

Selain daripada menggunakan strategi di atas untuk aktiviti pemasaran, ia juga boleh boleh digunakan untuk menjenamakan diri kita sebagai penulis ebook berautoriti. Jangan lupa untuk gunakan blog sebagai salah satu aktiviti pemasaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 4 comments… read them below or add one }

RaziZainon May 23, 2011 at 2:31 pm

Tertarik dengan strategi ke 6 pada saya amsih banyak potensi sebab belum berkembang di Malaysia.Tapi mungkin juga tak sesuai dengan iklim kita.
Terima kasih atas info tuan,strategi efektif berdasarkan pengalaman.Banyak membantu mencari arah pemasaran:)

Reply

Aqif May 23, 2011 at 2:35 pm

Terima kasih. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. :)

Reply

muhammad fakhruddin May 24, 2011 at 7:26 am

Saya cenderung menggunakan Facebook dan Twitter secara berhemah. Takut terlebih promosi orang lari :)

Kaedah-kaedah lain masih belum digunakan, ataupun masih dorman seperti Linkedin dan Youtube.

Reply

Aqif May 24, 2011 at 2:35 pm

Semoga terus berpromosi tuan. Saya juga tidak sabar menantikan kelahiran ebook sulung tuan. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin Ya Rabb. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: