Pernahkah kita menghadapi situasi di mana ketika itu kita rasa begitu bersemangat untuk melakukan sesuatu?

Kemudian tidak sampai beberapa minggu, semangat itu kian pudar.
Lebih menakutkan, tidak sampai beberapa jam, rasa keterujaan itu hilang serta merta. Akhirnya kita mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebelum menghabiskan suatu.
Ini adalah gelaran kepada individu yang suka mensabotajkan dirinya sendiri. Atau dalam bahasa Inggerisnya self sabotage.
Membuat keputusan untuk berhenti sekerat jalan adalah satu keputusan yang mudah, berbanding memilih untuk meneruskan perjalanan. Ini kerana otak kita sudah ditanamkan dengan gaya fikir supaya mengalah lebih baik daripada mencuba.
Self sabotage dan Ayat Nuklear
Self sabotage ini berlaku dalam mana-mana aspek kehidupan kita. Contohnya, penulis blog membuat keputusan untuk tidak menerbitkan artikel terbaru, walaupun artikel itu sudah separuh jalan disiapkan.
Mereka mensabotajkan diri menerusi ayat-ayat nuklear seperti:
- Aku rasa orang tidak akan suka baca artikel ini.
- Aku takut untuk terbitkan artikel ini.
- Mungkin aku patut tulis esok.
- Dan sebagainya.
Sindrom-sindrom ayat nuklear, iaitu ayat yang membunuh impian sendiri ini boleh membunuh tindakan dan kejayaan kita dalam hidup.
Kecenderungan untuk menggunakan ayat nuklear ini bertambah hebat apabila kita berkawan dengan golongan biawak.
Bagi para pembaca yang menghadapi sindrom self sabotage dan penggunaan ayat-ayat nuklear yang kerap setiap hari, ubah pendekatan hari ini.
Fikirkan bagaimana untuk kita melakukan aktiviti yang membawa kepada impian yang diinginkan sehingga habis.
Sehingga habis bermaksud sehingga kita berjaya mencapai impian itu.
Bagaimana Untuk Buat Sampai Berjaya?
Usahawan, penulis dan juga pelabur, Scott Scheper memberikan beberapa jalan penyelesaian untuk manusia di muka bumi ini melakukan sesuatu sehingga berjaya:
- Teknik mengunyah.
- Makan terlalu banyak.
- Tutup dunia kekacauan.
#1 – Teknik Mengunyah
Neil Patel adalah seorang usahawan Internet yang memiliki syarikat CrazyEggs dan Kiss Metrics. Beliau bekerja lebih 70+ jam seminggu dan sentiasa cinta pada pekerjaannya.
Berikut adalah pendapat beliau mengenai isu buat sampai berjaya:
If you don’t focus on one business you’re bound to fail. Hypothetically, even if all of your ideas are revolutionary and they are bound to do well in this world, you’ll make them crash and burn.
Why? Well, it’s because if you’re splitting your time between a few businesses, you won’t be able to put in the required amount of time and energy into any of them.
Kesimpulannya, apabila ingin buat sesuatu, buat satu perkara dalam satu masa. Fokus pada impian yang satu. Kemudian berikan sepenuh tenaga untuk merealisasikannya.
Kesilapan orang ramai adalah membuat banyak perkara dalam satu masa. Ini yang membuatkan satu perkara pun tidak dapat dicapai.
Teknik mengunyah adalah melakukan satu perkara yang mendekatkan diri kita dengan impian secara sedikit demi sedikit. Fokus dalam teknik ini adalah konsistensi dalam bertindak dan menjayakan impian.
#2 – Makan Terlalu Banyak
Makan terlalu banyak akan menyebabkan kita rasa malas, tidak bermaya dan tidak mempunyai tenaga untuk menyiapkan kerja sehingga berjaya atau habis.
Begitu juga dalam kehidupan. Terlalu kerap membaca buku tidak akan menjadikan kita seorang penulis buku. Terlalu kerap berjumpa dengan jutawan tidak akan menjadikan kita seorang jutawan.
Apa yang penting di sini adalah minimumkan kos makan, tingkatkan penggunaan tenaga.
Bahasa yang agak kompleks.
Bahasa mudahnya adalah, belajar untuk kawal diri dan bertindak lebih banyak. Dengan bertindak, baru boleh berjaya.
Seorang jutawan tidak menjadi jutawan kerana berfikir. Mereka menjadi jutawan kerana berfikir, dan banyakkan bertindak.
#3 – Tutup Dunia Kekacauan
Masyarakat di Amerika Syarikat menggelarkannya distraction.
Setiap hari, akan ada suasana, orang atau perkakas yang akan cuba mengganggu fokus kita. Justeru itu, untuk mencipta lebih banyak kejayaan, maka kawal diri kita daripada terjerumus dalam lembah kekacauan itu.
Jika kita selesa menyiapkan kerja tanpa ada telefon di sebelah, maka letakkan telefon itu di kawasan yang kita tidak boleh capai. Atau lebih mudah, matikan sahaja telefon bimbit itu.
Scott Scheper menyatakan, semakin minima gangguan, semakin tinggi tenaga kita untuk menyiapkan sesuatu tugasan dan mencapai lebih banyak kejayaan.
Ikut Perencah Kejayaan Will Smith (Pursuit of Happiness)
Saya lampirkan ayat yang disampaikan oleh Will Smith kepada anaknya dalam cerita Pursuit of Happiness,
“Don’t ever let someone tell you that you can’t do something. Not even me. You got a dream, you got to protect it. When people can’t do something themselves, they’re gonna tell you that you can’t do it.
You want something, go get it. Period.”
Ini adalah perencah kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Hanya Allah sahaja yang tahu niat dan impian kita. Manakala tugas kita pula adalah menentukan, sama ada untuk mendengar cakap orang lain atau bertindak mencapai impian walau apa jua yang berlaku.


{ 5 comments… read them below or add one }
Betul apa yang ditulis ni..
Memang ada yang terkena pada diri ini….
Insyallah akan diperbetulkan untuk mencapai kejayaan
zool recently posted..Skuad bolasepak Malaysia menentang Filipina dan Singapura
Semoga terus sukses Tuan Zool. Insya Allah!
Saya selalu berpegang pada satu prinsip yang ringkas ini tuan Aqif:
“At least I try!”
Buat dulu sehabis baik. Soal kejayaan, biar Dia yang uruskan. Apabila kita telah berusaha sehabis baik, insya-Allah, akan ada pulangannya. Kan? (DAO)

Zulhilmi Zainudin recently posted..3 Sebab Kerja Berkumpulan Gagal
Setuju.Matlamat memang sepatutnya dilaksanakan satu persatu.Melaksanakan matlamat satu per satu secara perlahan-lahan ironisnya mempercepatkan proses kita mencapai matlamat itu.
PerenLee recently posted..Cabaran Berbasikal Mengelilingi Dunia
Baru baca , bnyk mmberi kesedaran , terima kasih utk post ini