Aqif Azizan Terima Jemputan Ke Syurga (17 Rahsia Berharga)

by Aqif Azizan

Baik, saya akui. Saya sudah jarang kemaskini blog ini.

Aqif Azizan dan Jemputan Ke Syurga

Bukan faktor masa yang semakin mencemburui. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh diri sendiri iaitu:

  1. Pengurusan ibadah.
  2. Pengurusan kesihatan.
  3. Pengurusan diri.
  4. Pengurusan masa.
  5. Pengurusan bakat.
  6. Pengurusan duit.
  7. Pengurusan kahwin.

Nombor tujuh itu bukan gurauan. Ia serius. Untuk menjadi seorang suami dan ketua keluarga yang soleh, saya mengambil serius terhadap pengurusan perkahwinan. Lagipun, isteri mana yang mahukan suami yang dayus.

Topik kahwin tamat di sini. Noktah.

Bagi yang bertanyakan tentang status saya tenggelam timbul di blog dan hanya kerap terbitkan status baru di Facebook, di sini saya ingin terangkan beberapa perkara dan berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat berkaitan dengan tip penulisan.

Gali Projek Bawah Tanah

Saya tidak ada melakukan sebarang projek bawah tanah atau buat duit secara senyap-senyap. Kenapa? Sebab saya berniaga secara online. Transaksi saya berlaku secara digital dan saya tidak perlu korek tanah untuk mendapatkan harta berbentuk wang.

Kedua, projek bawah tanah bukan projek utama. Saya sudah ketepikan beberapa projek yang dahulunya penting. Kerana saya mahu fokus dalam pengurusan bakat saya sehingga menjadi jutawan.

Ya, bakat dalam bentuk penulisan.

Situasi ini berlaku selepas saya berjumpa dengan beberapa mentor usahawan jutawan yang begitu menekankan prinsip:

“Bantu orang lain dengan bakat yang Allah kurniakan kepada kamu. Maka lebih cepat proses kamu untuk menjadi seorang jutawan yang penuh dengan keberkatan.”

17 Tip Penulisan, Ubah Kehidupan

Berikut adalah tip-tip penulisan yang boleh dipraktikkan serta merta sekiranya tuan puan ingin menjadi seorang penulis berkaliber dan berpengaruh. Bagi penulis yang berpengalaman, boleh jadikan idea ini sebagai satu idea untuk segarkan kembali minda.

  1. Jadi diri sendiri – Tidak perlu tiru 100% mazhab penulisan orang lain.
  2. Tulis ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk pembaca sahaja.
  3. Buat duit dengan penulisan memerlukan komitmen dari segi masa, tekanan untuk mendapatkan idea dan penghasilan tajuk yang menarik.
  4. Sentiasa baca buku berkaitan dengan bidang kepakaran kita.
  5. Pergi ke seminar atau Kursus Penulisan.
  6. Pergi menuntut ilmu secara berhadapan dengan mentor.
  7. Senaraikan apa yang pembaca mahukan di dalam kertas A4 yang putih lagi bersih.
  8. Penulis jutawan adalah penulis yang berkeyakinan tinggi.
  9. Penulis jutawan adalah penulis yang berkredibel dalam topik yang ditulisnya.
  10. Jadikan blog sebagai tempat untuk mencurahkan idea.
  11. Buat duit dengan menulis tidak semestinya dengan menulis buku sahaja (Saya hidup dengan menulis tanpa perlu ada buku fizikal).
  12. Tulis buku adalah tanggungjawab wajib penulis – Kerana ia memberi signal autoriti dari sudut mata pembaca.
  13. Idea itu ada di mana-mana. Tugas kita? Cari dan catat.
  14. Penulis adalah usahawan. Rancang penulisan kita dalam masa 5 tahun dari sekarang.
  15. Penulis yang takut untuk berkongsi ilmu, hadapi ketakutan itu dengan memegang prinsip Nike – Just Do It.
  16. Jadikan blog sebagai tempat asahan skil menulis.
  17. Teruskan menuntut ilmu dalam bidang diceburi. Jumpa dan temubual lebih ramai pakar industri.

Jumpa kita lagi di lain hari. Semoga Allah permudahkan usaha tuan puan untuk menjadi lebih kaya dan menukarkan status kalian daripada penulis biasa, kepada status penulisan jutawan.

Salam hormat, saya terima teguran para sahabat yang menyatakan, “Aqif sudah sombong kerana tidak kerap menulis di blog.”

Hakikatnya, saya tidak sombong. Saya peramah. Rajin senyum. :D

Jemputan ke syurga bermaksud berdiam diri sehinggakan orang tertanya-tanya tentang status hidup saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 18 comments… read them below or add one }

Rezduan Bakar July 27, 2012 at 8:38 am

Terima kasih atas perkongsian tip penulisan ini.
Rezduan Bakar recently posted..Tuhan Jagakan Dia…My Profile

Reply

Aqif Azizan July 29, 2012 at 1:56 am

Sama-sama Tuan Rezduan Bakar. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama. :)

Reply

Nadot July 27, 2012 at 11:01 am

Nak kahwin??!..jeng jeng jeng… masih dengan yg same ke Aqif? hehehe..

Entry yg bley.. Bley cube praktikkan ni..tq & slamat berpuase.. ;)
Nadot recently posted..Tan Sri pun beli Ijazah Palsu?!My Profile

Reply

Aqif Azizan July 29, 2012 at 1:56 am

Haha. Mestilah mahu kahwin. Cemburu tengok cikgu. :P

Reply

Anuar July 27, 2012 at 11:04 am

Tips yang menarik untuk blogger sambilan dan penulis tak berkaliber seperti saya..

Terima kasih di atas perkongsian ilmu tersebut.. ;)
Anuar recently posted..Hobi Terbaru Isteri Saya.. Cantik tak? (Bah. 3)My Profile

Reply

Aqif Azizan July 29, 2012 at 1:57 am

Tuan Anuar adalah blogger berkaliber. Tuan boleh menggunakan ilmu ini untuk terus mengasah kredibiliti tuan. :)

Reply

mus mustofa July 27, 2012 at 11:36 am

sebuah tulisan yg bagus,smoga termsk ibadah

Reply

Aqif Azizan July 29, 2012 at 1:57 am

Terima kasih. :D

Reply

Juan July 27, 2012 at 2:27 pm

Perkahwinan? Wah, sudah semakin hampir nampaknya! :)
Apa pun 17 tip penulisan di atas sangat awesome!
Juan recently posted..Salam Ramadhan Al-Mubarak Buat Pembaca Blog JuanJutawanMy Profile

Reply

Aqif Azizan July 29, 2012 at 1:58 am

Insya Allah, jauh lagi perjalanan sebenarnya. Tetapi ia dilihat sebagai satu kemestian.

Tengah membayangkan ada orang bagi sekelepuk RM20 ribu untuk taja majlis perkahwinan. Hehe.

Reply

Juan July 29, 2012 at 8:46 pm

Jika aku dapat sekelepuk RM20k, minggu depan nikah..:p Hehehe..
Juan recently posted..Salam Ramadhan Al-Mubarak Buat Pembaca Blog JuanJutawanMy Profile

Reply

Abey Mirul August 1, 2012 at 12:45 am

Alhamdulillah.

Tips yang menarik. InsyaAllah saya yakin saya boleh menempuh halangan dalam menjadi penulis yg berwawasan.

Semoga dipermudahkan urusan ini.

Terima kasih atas perkongsian yg bermakna.. :)
Abey Mirul recently posted..Mencari Identiti Sebagai Penulis BlogMy Profile

Reply

azriMy August 1, 2012 at 2:40 am

tap-tip yang sangat baik dan berguna
azriMy recently posted..Iklan Hari Raya PETRONAS Tahun 2012My Profile

Reply

Orang Kampung August 1, 2012 at 8:15 am

tips yang sangat berguna..
Orang Kampung recently posted..Berbudi kepada tanahMy Profile

Reply

miss yaty August 2, 2012 at 12:00 pm

thanks untuk tips di atas. sangat berguna untuk blogger macam saya.

dulu saya tak penah berminat untuk menjadi penulis kerana berblog sekadar suka-suka tapi sekarang saya paham nikmatnya menjadi penulis walaupun sebenarnya blog saya banyak kekurangan. thanks tuan blog untuk info menarik ni. :)
miss yaty recently posted..Surah An-Nas Dan TerjemahannyaMy Profile

Reply

Nurul August 3, 2012 at 9:55 pm

Entry yg penuh dgn ilmu.. Tq sebab share.. :-)
Nurul recently posted..Jom Tambah Hadiah AkhiratMy Profile

Reply

Insyirah August 5, 2012 at 12:26 am

wah tahniah bro dah nak kahwin :D mabruk!
Insyirah recently posted..Inbox Love KuMy Profile

Reply

halimah December 10, 2012 at 9:36 am

assalaamu alaykum,
saya rasa bertuah, alhamdulillah, dapat mendengar dan berkenalan dgn aif yg berbakat (bukan puji, ambil ia sebagai pemberian dari Allah, lalu kita syukuri, alhamdulillah :) ). Tulisan yang pendek , padat dn jelas sudah jadi trademark anta, dn sy sgt suka itu.
Jazakallahu khayr atas perkongsian yg baik ini.
keep on sharing ya.. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: