Bagaimana Mengenal Diri dan Mengetahui Potensi Diri yang Sebenar?

by Aqif Azizan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam penulis.

Mengenal Kekuatan dan Potensi Diri - Kredit-todd

Kekuatan. Diiktiraf sebagai energi yang berkuasa dalam diri. Dengan memiliki kekuatan, kita dapat menakluk diri dan mencapai apa jua impian yang kita idamkan.

Seorang rakan hebat di Facebook, Tuan Rizal bertanya,

“Bagaimana untuk kita mengetahui kekuatan diri?”

Pertama-tama, kesedaran terhadap kekuatan diri itu lebih penting. Apabila kita sedar fungsi kekuatan diri dalam kehidupan seharian, maka kita akan mengelakkan diri daripada membuang masa untuk memperbaiki kelemahan.

Kerana kelemahan itu boleh dipindahkan kepada mereka yang lebih berhak. Manakala kekuatan itu adalah aset diri kita. Manusia yang hebat adalah manusia yang bijak dalam memahami dan menggunakan kekuatan diri dalam kehidupan seharian.

Menggunakan kekuatan diri dalam kehidupan seharian adalah kunci kebahagiaan. Apabila kita menggunakan kekuatan, masa yang berlalu itu terlalu sekejap rasanya. Misalnya, manusia yang mempunyai kekuatan diri untuk menulis beribu-ribu patah perkataan, tidak akan jemu untuk terus menulis.

Begitu hebat impaknya apabila kita mengenali kekuatan diri. Justeru itu, artikel ini akan menghimpunkan kajian dan pengalaman untuk kita mengenal pasti, unsur-unsur yang dapat membawa kita kepada nikmat kebahagiaan dalam kehidupan iaitu…

Mengenali kekuatan dan potensi diri sendiri.

3 Perkara Asas Untuk Mengenali Kekuatan dan Potensi Diri

Steve Pavlina, penulis blog yang terkenal dalam bidang motivasi dalaman menyatakan, terdapat 3 perkara asas yang boleh kita gunakan, untuk mengenali kekuatan dan potensi diri iaitu:

Cara Mengenali Kekuatan dan Potensi Diri

  1. Apa yang kita suka lakukan?
  2. Apa yang kita suka baca?
  3. Keadaan sekeliling yang memotivasikan diri.

#1 – Apa yang Kita Suka Lakukan?

Apabila kita mempunyai masa lapang, apakah perkara yang akan kita lakukan? Aktiviti ini biasanya adalah kekuatan diri yang kita tidak sedari. Kerana ia bersifat natural. Dalam psikologi manusia, kita jarang-jarang sedar tentang perkara yang kita lakukan secara tidak sengaja.

Sebagai contoh, saya seorang yang suka menulis mengenai buku-buku atau artikel yang saya baca ketika punya masa lapang. Aktiviti menulis ini boleh dikatakan sebagai salah satu kekuatan dan potensi yang ada dalam diri.

Setiap manusia mempunyai aktiviti yang berbeza ketika masa lapang. Ia boleh digunakan untuk mengetahui kekuatan diri kita yang tersembunyi.

#2 – Apa yang Kita Suka Baca?

Lihat kembali modal bacaan kita. Adakah kita banyak melaburkan duit untuk membeli buku-buku yang berkaitan dengan masakan? Menurut kajian, buku yang kita beli mencerminkan kemampuan diri kita.

Pernahkah kita menghadapi situasi seronok membaca buku yang dibeli? Adakah ketika itu kita tidak rasa dipaksa untuk membeli buku itu?

Apabila situasi ini berlaku pada diri, maka itu merupakan petunjuk di mana kita mempunyai kekuatan dalam buku yang kita baca. Contohnya, seorang yang membaca buku memasak kekuatannya cenderung kepada masakan, atau menginovasikan idea masakan mengikut acuan sendiri.

#3 – Keadaan Sekeliling yang Memotivasikan Diri

Situasi ini berlaku pada diri saya sendiri. Apabila saya melihat paparan iklan, artikel atau apa-apa material yang berkaitan dengan tip penulisan (seminar / bengkel / dan sebagainya), saya akan rasa seronok dan ingin menghadirinya.

Situasi yang memotivasikan kita dapat menonjolkan kekuatan diri. Apabila kita berminat untuk menghadiri seminar penulisan, ini bermakna kita mempunyai kekuatan untuk menjadi seorang penulis.

Justeru itu, lihat pada situasi atau momen yang meledakkan estim diri. Dari situ, kita dapat kenal pasti kekuatan diri sendiri.

Apakah Hasil Daripada 3 Cara Asas Ini?

Proses memahami adalah bertindak. Setelah kalian membaca artikel ini dan bertindak untuk belajar, apakah hasil yang diperoleh?

Mohon kongsikan menerusi ruangan komen di bawah.

Jika kurang jelas dan perlukan pertolongan lanjut, ajukan soalan pada ruangan komen di bawah. Saya dan para pembaca lain akan cuba membantu.

Mengenali potensi dan kekuatan diri dapat menjadikan kita individu yang hebat. Malah ia dapat membantu kita berdakwah dengan cara yang lebih efektif dan produktif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 55 comments… read them below or add one }

Juan December 6, 2011 at 8:12 am

Salam,

Mengenal potensi diri memang agak sukar sebenarnya. Kerana ramai yang tidak sedar kekuatan sebenar dalam diri. Biasanya, saya akan bertanya kepada orang yang rapat berkenaan diri saya. Dari situ saya akan mengetahui kekuatan diri.

*Agak lama tidak mennjengah ke blog ini. Semakin menarik perkongsian dari blog ini.
Juan recently posted..9 Tips Menulis Kandungan Blog Terbaik.My Profile

Reply

Aqif December 6, 2011 at 8:14 am

Bertanya kepada teman rapat adalah alternatif terbaik untuk mengetahui potensi diri.

Ya, cabaran semakin banyak melanda dalam blog ini. Baru sahaja dihack beberapa kali dalam masa 2 minggu.

Cabaran oh cabaran. :D

Reply

MUHAMAD MUZAIRI January 17, 2013 at 9:33 am

Bagaimana sih mengetahui kemampuan diri sendiri ?
Bagaimana untuk menjadi orang sukses ?
Hal Apa yang sebaiknya dilakukan seseorang apa bila mengalmi kegalan

Reply

Asyrof Asri January 29, 2013 at 7:46 pm

Saya mengenali diri di dua tempat. Ia sangat berbeza.

Saya suka bercakap. Saya juga pernah mewakili sekolah menengah dahulu, menjuarai sebagai kumpulan pembahas “debater”. Pengerusi Majlis Formal juga adalah aktiviti yang selalu dijemput ketika di sekolah dan juga persatuan.

Ibu saya mengatakan, kekuatan saya adalah boleh berkomunikasi dengan baik dan fasih.

Kedua, saya suka menulis di blog. Saya tersentap sendiri bila saya selalu mengadap laptop untuk menulis.

Alhamdulillah, itu adalah kekuatan saya ketika ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya di masa akan datang.

Reply

Sophy Sufian May 20, 2012 at 10:44 am

Eh! Tuan Juan pun ada kat sini? Tak sangka…

Sebenarnya saya baru je terjumpa blog Aqif ni beberapa minit yg lepas… mmg tak dinafikan blog Aqif ni sgt menarik dan sekarang tuan yg dah berjaya ni pun mmg jadikan blog Aqif ni sbg salah satu sumber rujukan… ini menambah keyakinan saya terhadap blog Aqif ni… dah start suka dah saya dgn blog Aqif ni….

Kalau tuan masih ingat kita pernah jumpa masa di Shah Alam sebelum ni… Terima kasih kerana uruskan thumb drive saya….
Sophy Sufian recently posted..Don’t Let Your Expenses Lead You Into A Debt TrapMy Profile

Reply

Juan May 21, 2012 at 4:10 am

Ini blog sahabat saya Tuan Sophy Sufian. Banyak perkongsian yang menarik dari penulis blog ini. :)
Juan recently posted..Bagaimana Cara Berniaga di Facebook – Siapa Bakal Pembeli Anda?My Profile

Reply

Hazim Rahmat December 6, 2011 at 10:24 am

Tips yang bagus..tapi saya ni minat beberapa benda yang berbeza, dan semuanya sikit2, xde yg betul2 mendalam minat tu..mcam sama je tahap minat tu..huhu..kdang2 nk buat semua benda, tapi xde hasilnya sbb smua buat sikit2 kan..msalah juga tu..bila nk fokus pad satu, dtg pula keinginan nk buat benda lain, sudahnya benda yang tengah buat tadi terbengkalai macam tu je..jd agk sukar nk knal pasti mna satu kkuatan diri sya yg sbenar..huhu..

Reply

Aqif December 6, 2011 at 5:38 pm

Tidak mengapa tuan. Usah khuatir. Mencari kekuatan diri memang mengambil masa yang lama.

Mudah-mudahan Allah permudahkan usaha tuan. Insya Allah. :)

Reply

Hazim Rahmat December 7, 2011 at 12:22 am

Hehe,,Insyaallah tuan..mudah mudahan… ;)

Reply

Hazlam December 6, 2011 at 1:44 pm

Apa yang kita suka lakukan?
Saya suka melukis sejak kecil dan baru suka menulis ketika dewasa

Apa yang kita suka baca?
Sejak kecil komik dan sekarang buku dekorasi,motivasi dan buku penulisan.

Keadaan sekeliling.
Seperti tuan Aqif juga, apabila ada seminar yang berkaitan pasti akan pergi :)

Selain itu, masih lagi mengali dan memantapkan potensi diri ini

Reply

Aqif December 6, 2011 at 5:39 pm

Wah. Saya suka perkongsian tuan! Terima kasih. :D

Reply

paan December 6, 2011 at 7:54 pm

Apa yang saya suka lakukan ?

Sejak kecil , suka kepada komputer dan juga perniagaa. Bila dah besar , suka menulis coding.

Apa yang saya suka baca ?

Buku berkaitan programming , motivasi , perniagaan dan Islam.
paan recently posted..9 teknik pemasaran FBMy Profile

Reply

Aqif December 9, 2011 at 7:32 am

Wah, saya suka dengan perkongsian tuan. Semoga artikel ini dapat membantu kita mengenali kekuatan diri kita dan meledakkannya untuk kejayaan di masa akan datang. :)

Reply

ahmadyani December 6, 2011 at 8:16 pm

Seperti kata bekas Presiden Avon Malaysia, Mansoor Wan Abdullah, “tugas saya ialah ‘mengeluarkan potensi diri setiap pekerja saya sebab kadang-kadang mereka tidak tahu mereka ada potensi diri yang besar.”

Bila kita tidak tahu potensi sebenar kita, mungkin kita patut bertanya pada mereka yang arif.
ahmadyani recently posted..7 Cara Mudah Membangkitkan Minat Dan MengekalkannyaMy Profile

Reply

Aqif December 9, 2011 at 7:33 am

Benar. Maka kita boleh gunakan panduan seperti dalam artikel ini bentangkan. Mudah-mudahan.

Reply

Mohd Zulfadhli December 7, 2011 at 1:42 pm

benar tuan,
petikan dari segmen Mukmin Profesional di IKIM.fm.
“siapa kita 5 tahun akan datang? Bergantung kepada :
1. Buku apa yang kita baca sekarang
2. Siapa rakan/kawan kita sekarang

Renung2kan dan selamat beramal :)

Reply

Aqif December 9, 2011 at 7:33 am

Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Saya suka! :D

Reply

titan December 9, 2011 at 7:03 am

emm.

1. tanya diri sendiri.
2. tanya kawan rapat kita.
3. tanya musuh kita.

Insya-Allah, kita dapat kenal diri dan tahu potensi kita selepas itu.
titan recently posted..Happy Feet 2. Ok, filem ni memang kacak.My Profile

Reply

Aqif December 9, 2011 at 7:33 am

Tanya musuh. Satu idea yang menarik. Terima kasih. :D

Reply

izzat zainal December 9, 2011 at 10:13 am

Salam.. Bernas idea drpd artikel ni..

InsyaAllah sedang mencari kekuatan diri utk terus maju dlm hidup dan dunia perniagaan yg mencabar. :)
izzat zainal recently posted..Bisnes vs Part timeMy Profile

Reply

Aqif December 9, 2011 at 5:23 pm

Terima kasih tuan. Mudah-mudahan artikel ini membantu. :)

Reply

annoymous January 20, 2012 at 9:54 pm

saya suka baca artikel berkenaan karakter @tingkah laku manusia

suka suka melalak dan hilangkan stress dgnnya

sesuatu yg menarik minat saya adalah reality Tv, saya suka dgnnya

Reply

fatien adieyla February 7, 2012 at 11:44 pm

assalamualaikum… macam mane plk dgn sy yg masih belajar… sy masih x tahu mengenali diri sy sendiri.. tolong bagi tips yg lebih lg bagi tajuk niy… sy nk cuba mengenali diri sy sendiri…

Reply

Aqif February 8, 2012 at 12:06 am

Waalaikumsalam. Apa yang cikpuan baca dalam artikel ini, maka itulah cara untuk mengenali potensi diri cikpuan yang sebenar.

Semoga ia membantu. :)

Reply

idzuan February 17, 2012 at 6:34 pm

saya sebenarnya kurang pasti dengan kelebihan/bakat pd dri sndri .. Klau ad mse lpang .. Sy lbih ske td0.. N tg0k tg0k tv .. Mcmmane ..?

Reply

djmansor March 28, 2012 at 2:28 am

Salam, Terima kasih sudi berkongsi info bermanfaat ini, Moga kita dipertemukan suatu hari nanti di Shah Alam.

djmansor,
Pengacara 019-6622585

Reply

iema March 30, 2012 at 2:20 am

saya sebenarnya kurang pasti dengan kelebihan/bakat pd dri sndri …

1.saya suka membeli/membaca
*buku masakan
*buku jahitan
*jg mcm2 jenis buku yg ada ilmu sy beli n baca…

tapi saya masih x th arah tujuan saya sebenarnya….
skrg sy cuba menceburi bibang mlm nie apa kah salah blh lakukan nya…
Read more: http://aqifazizan.com/bagaimana-mengenal-diri-dan-mengetahui-potensi-diri-yang-sebenar#ixzz1qasGjDc0

Reply

Cik Siti April 5, 2012 at 12:47 am

Menarik! Betul kata kawan.. saya sebenarnya sesuai membuat bisnes makanan sbb suka masak.. Tapi sebenarnya saya juga suka makanan kesihatan dan menulis apa yg terlintas di fikiran.. Cuma teknik pemasaran saya agak ‘kurang’ sikit.. sedangkan itu perkara paling penting. Itu yg terkial2 nak cari customer..

Reply

noremelia ismawi April 25, 2012 at 8:14 am

salam..saya surirumah 5 orang anak.. minat pada bahab bacaan.. suka baca tentang info2 bermanfaat.. contoh dapat jengah ke blog anda adalah salah satu perkara yang menarik minat saya sebab informasi yang ada cukup padat sekurang-kurangnya yg mendatangkan motivasi untuk saya sebagai pelawat dan pembaca .. Seronok nak baca dalam erti kata lain..
Mengenai topik potensi diri, saya suka baca buku motivasi dan saya nampak potensi diri suka memotivasikan setiap kenalan saya..
Saya ada minat bisnes dan ada ceburi nya secara part time..
Saya cuma selalu tertanya2.. adakah begitu sukar untk letakkan kehidupan saya sekeluarga ketahap lagi baik dari sekarang.. saya masih mencari2..
apapon,saya suka berada dalam kelompok 1 Artikel…

Reply

izwanyusof May 1, 2012 at 5:23 pm

saya tak pernah baca point yang mana kelemahan transfer ke orang lain dan manfaatkan kelebihan. kadang2 memg asyik nak fikir improve kelemahan tapi kelebihan tak digunakan sepenuhnya. yup perlu untuk perbaiki diri secara perlahan tapi buat benda yang kita suka,why not give full concentration. lebih puas rasanya,tapi kena dengan cara yang lain. kalau suka blogging,kita blog tapi mestilah tak boleh sama dengan orang lain. nice sharing bro.
izwanyusof recently posted..Diskspace Limit,Defacement,Blogging dan PhotographyMy Profile

Reply

Sophy Sufian May 20, 2012 at 10:56 am

hmmm… saya dapati kebelakangan ni minat saya lebih kepada posting2 berkaitan politik di Facebook lah tuan… kalau once dah TER… tu mmg kadang2 rasa nak lagi… nak lagi… nak lagi… mmg lah politik tu penting tapi kadang2 tumpuan saya terhadap bisnes sedikit terganggu….

dalam masa yg sama… sebelum ni saya suka perkara2 berkaitan ilmu hikmah yg melibatkan zikir dan amalan2 tertentu… sebelum ni ada juga beli beberapa buku berkenaan self development seperti NLP dan sebagainya… tapi sekarang ni minat tu rasanya macam dah semakin berkurangan lah… beli buku pun asyik tak habis baca je…. agaknya saya dah terlebih berFB kot atau apa sebenarnya masalah saya ni ye?

baru sekejap tadi pula saya dah mula berfikir berkaitan kewangan dan pengurusan hutang sebab nak perbaiki keadaan kewangan saya…

so macam mana saya nak kenal diri saya ni ye?
Sophy Sufian recently posted..Don’t Let Your Expenses Lead You Into A Debt TrapMy Profile

Reply

Khairul Azan June 10, 2012 at 11:10 pm

Terima kasih kepada Saudara Aqif Azizan di atas perkongsian yang amat bermakna ini. Mengenal potensi diri boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Saya pernah didedahkan oleh beberapa orang mentor beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengenal potensi diri. Tetapi, cara dan teknik yang ditunjukkan oleh saudara Aqif Azizan dalam artikel ini adalah sangat ringkas dan amat mudah untuk dilakukan. Terima kasih saudara.

Reply

aishah June 14, 2012 at 4:01 pm

salam..
sy da lama sgt nk cri mana kekuatan diri sy.slalu sy pk ape yg sy suka lakukan.jwpn nye ialah tdo! itu kekuatan ke?
kebanyakkan bnda sy xblh buat.nk sampul hadiah pn kdg2 fail
3x ambil lsen kereta baru lulus.
sy terkenal dgn cpt pth smgat dan kelam kabut.
xyakin dgn diri sb rupa yg gelap dn berjerawat.
hurmm..
2 3 ari lg sy nk smbung diploma.tp sy sgt tkot kalau sy xmampu.
apa patot sy buat?
yg sy tahu sy stiasa cuba nk cantik.slalu buka web2 kcntkkn.itu pn xde hasil yg sy dapat.
sy nk twu kekuatan sy untuk mbina impian n mse dpan yg cerah.
apa patut sy buat?

Reply

nora December 9, 2012 at 3:31 pm

Salam aishah

Akak boleh cuba bantu untuk guide aishah dalam bidang kecantikan kalau itu yang aishah minat. Insha Allah kita sama2 usaha.

Reply

AlamHati July 24, 2012 at 4:58 pm

terima kasih…sedikit membantu apabila membaca entry ini walaupun sebenarnya masih mencari apa kelebihan yang saya ada untuk bantu diri sendiri dan keluarga.
AlamHati recently posted..Salam Ramadhan 1433H/2012MMy Profile

Reply

ct July 28, 2012 at 1:07 am

saya berada dlm kemurungan n dlm dunia sndri.dlu pn sy x tau mcm mne n rse hidp spt seorg mnusia.knl erti hidup n kluar dri kepompong saya ni.semua org ckp pkok pngkl dri sndri.sy x tau mcm mn sy dpt hidup spt manusia biasa,kuat,yakin,n ada ilmu dunia n akhirat n agr akl sy brfngsi n bkn kte hati.hrp dpt bntu sy

Reply

haziqf1 September 18, 2012 at 10:29 pm

saya lngsung tidak mengetahui potensi dri sya,nmun antara perkara yg diminati oleh saya ialah perlumbaan permotoran seperti f1 .Namun,saya tidak tahu adakah minat saya ini dpt menyumbang kpd bakat saya…….ada apa2x komen mengenai ini sila reply :D
haziqf1 recently posted..Bagaimana Menulis Artikel, Disayang Pembaca (Soal Jawab Pembaca #2)My Profile

Reply

ira October 17, 2012 at 12:50 pm

saya tidak dapat mencari kelemahan dan kekuatan diri saya..
setiap benda yg saya buat.. kdg2 menjadi. kdg2 tdk menjadi..

tp apa yg saya tahu.. saya jenis fleksibel.. sesusah manapun sesuatu kerja.. saya akan buat sampai jadi walaupun hasilnya tidak seberapa…
jadi mcm mana nak mengathui semua itu?
ira recently posted..7 Corak & Rentak Penulis JutawanMy Profile

Reply

iman October 21, 2012 at 8:13 pm

IA MEMBANTU SAYA

Reply

amirrudin October 22, 2012 at 3:32 pm

assalamualaikum..sebenarnya saya tak tahu potensi saya.kalau waktu lapang saya suka shoping atau tonton dvd je.pastu x minat membaca buku.tapi minat hadir khusus motivasi mcm mind power dan dr.azizan..tapi asal khusus tu ada saya pulak tak ada masa.jadi,la ni saya ada masa,saya bleh la tanya bagai mana saya nak tahu potensi diri saya?dan bagai mana pula saya nak tahu bidang apa yang sesuai dengan saya?

Reply

Danial November 8, 2012 at 6:08 pm

Assalamualaikum :)

Saya tidak sangka ada juga orang yang pakar tentang copywriting di Malaysia. Saya ingatkan cuma dari luar negara sahaja yang ada, tetapi di negara Malaysia juga ada.

Penulisan ini memang jelas dan terang. Ciri-cirinya memang ada dalam konsep copywriting. Ada CTA(Call To Action) pada akhir penulisan.

Do’a saya, semoga Tuan Aqif menjadi penulis yang hebat.

Salam kenal. Adik Danial(16 Tahun) ^_^

Reply

Angel November 8, 2012 at 9:19 pm

Hello,… situasi saya dengan amirrudin pun sama saja yang sebenaynya saya pun tidak tahu apa potensi saya sebarnaynya. Kalau waktu lapang saya pun tidak tahu apa yg saya suka. lepas tu saya tidak minat membaca buku. tapi saya minat untuk menghadiri majlis parti. jadi apa bantu la saya untuk mengenali apa potensi yang boleh saya lakukan? ;(

Reply

anis sabirin November 15, 2012 at 10:44 am

salam, saya suka membaca danmelihat pemandangan yang cantik, saya suka membaca buku motivasi dan pembangunan diri….nlp dan seangkatan dengannya…..keadaan yang memotivasikan saya bila berada dikalangan orang-orang yang positif dan bersemangat…….tapi saya selalu rasa sedih dan macam ada dalam diri saya yang belum dapat keluar sepenuhnya……..boleh tolong saya??…dah banyak kursus pegi, hangat2 taik ayam, balik jek dah lemah longlai…sedihhhhhhh…nangisssss

Reply

Eidie November 20, 2012 at 2:15 am

Potensi diri boleh kita tengok luaran dan dalaman. Kemampuan kita boleh kita buktikan melalui cermin diri. Lihat diri dari sudut kekuatan dan letakkan kelemahan jauh dari kemampuan barulah kita boleh kenal apa potensi diri yang sebenar.
Eidie recently posted..Harimau Malaya can prove it!My Profile

Reply

Fathur rochman November 24, 2012 at 9:47 pm

Thanks ilmunya,,, mantab kok artikelnya,,, semoga tulisan saudara menjadi amal ibadah,,,,

Reply

Arrazi November 27, 2012 at 3:40 am

Tips yang menarik untuk mencari kebahagiaan. Pada pandangan saya, buat sesuatu yang kita tahu dengan jelas juga bakal menjadikan kekuatan dan minat kepada kita. Sebab itu, kebanyakan orang yang kurang berminat dengan sesuatu perkara kerana mereka tidak jelas dengan perkara tersebut.

Oleh itu, teknik yang sebetulnya untuk menjadi minat dan ghairah ialah cari maklumat tentang perkara tersebut sehingga jelas dan buat perancangan serta laksanakannya.
Arrazi recently posted..Berkongsi Tanda KejayaanMy Profile

Reply

halimah December 10, 2012 at 5:21 pm

assalaamu alaykum,
dahulu masa disekolah menengah sy sgt tidak suka mengarang. Kalau tajuk diberi untuk dihantar minggu depan, nescaya minggu depan tu pun sy tidak siap. Kemudian, masa ting.4, kawan kelas saya , dan kita kawan rapat, adalah adik kepada guru bahasa malaysia kami. Dia ada memberitahu saya, yang kakak beliau ada berkata, “.. halimah tu ada bakat dalam menulis”. Komen beliau itu dibuat setelah membaca sebuah karangan saya. Malangnya saya tidak dapat membaca balik karangan yg dirujukkan itu. Jadi sy jga tidak berapa pasti apa yang dimaksudkan, bagaimanapun komen beliau itu membuat saya berasa gembira.
Pada tahun yang sama, guru bahasa inggeris kami pula adalah seorang ‘peacecorp’ dari amerika. Dia menulis komen ‘excellent’ pada salah satu karangan saya.
:) berkongsi cerita ini, bukan kerana apa2, tetapi nak katanya, saya kadang2 perlukan org lain memberitahu di mana potensi diri ini..

Reply

yudi pratama December 11, 2012 at 7:20 pm

Salam

saya hanyalah seorang manusia yg baru menginjak usia 18 tahun, sejak SD prestasi akademik saya Alhamdulillah memuaskan dan cukup membuat bangga orang tua saya, tapi saya merasa justru dari masa-masa SMP sampai hari ini semua pujian dimasa lampau kini berubah jadi sindiran yg cukup menyayat hati, alasannya mungkin prestasi akademik yg kian merosot sampai saya lulus SMA kemarin, saya juga menyadari hal itu, pergaulan yg saya rasa akibatnya. Tapi salahkah jika di masa transisi dari anak-anak menginjak remaja seperti itu untuk mengenal hal-hal baru, ingin menguji adernalin, sudah tidak masuknya nasehat orang tua, bukankah itu sifat natural seorang remaja ? Tapi setelah lulus SMA saya menyadari kesalahan itu, dan saya menyesal, tapi apakah itu sepenuhnya menjadi kesalahan saya ? Saya baru merasakannya sekarang betapa susahnya mencari kerja, melamar ke perusahaan yg satu ke perusahaan lainnya, lima bulan mondar-mandir mencari belas kasihan perusahaan yg mau memperkerjakan saya, saya juga merasa betapa pahit perjuangan orang tua saya banting tulang untuk membiayai saya dan keluarga besar saya.

Oleh karna itu saya hanya ingin mendapatkan secuil nasehat dan masukan dari kaka-kaka semuanya yg sudah sangat kenyang akan pahit manisnya perjuangan hidup hingga menjadi sukses seperti sekarang. Kata orang lain saya punya potensi dibidang komputer, ya walaupun saya gak punya komputer dirumah, tapi saya memang sangat menyukai teknologi satu ini, meskipun hanya mengetahui sebatas dasarnya saja, tapi diantara teman-teman saya, mereka bilang saya yg paling mengerti akan hal itu. Tapi saya merasa bukan apa-apanya, karna saya dan teman-teman adalah hanya segerombolan anak kampung yg gak tau apa-apa. Selain itu banyak hal yg sukai, musik(walaupun tak ada alat musik yg saya bisa), sepak bola(saya juga tidak bisa maen sepak bola), dan lainnya.

Hal yg ingin saya tanyakan bagaimana saya menentukan potensi yg saya punya ini jikalau mengacu pada hal-hal yg sukai tadi ?
Mohon nasehatnya

terima kasih

Reply

NorHafiz December 17, 2012 at 11:08 am

saya memuji saudara kerana saudara sedia menerima nasihat. saya faham benar dengan masalah saudara. saya juga pernah melaluinya. apa yang saya nampak masalah saudara berpunca dari pengaruh kawan-kawan. pengaruh kawan-kawan ni sangat kuat. bijaklah dalam memilih kawan. carilah kawan yang berjaya dan contohilah mereka. saya tahu kadang-kadang sukar untuk mendekati meraka yang berjaya. kita kena faham mereka yang berjaya sibuk.

bagaimana hendak mengetahui potensi diri? saya juga sedang mengkaji diri sendiri. jika kita rasa kita ada potensi dalam bidang komputer, maka teruslah terjun ke dalam bidang tersebut. buatlah sehabis-habis baik. nilailah sendiri hasilnya. barulah kita akan mengetahui itu bidang kita ataupun tidak. jika tidak carilah bidang lain. memang akan makan masa, tetapi kita akan puas hati

Reply

isma December 30, 2012 at 9:51 am

Assalamualaikum….saya berumur 37 tahun dan saya baru sahaja mengenali potensi…sekian….

Reply

ira January 4, 2013 at 9:14 pm

bagaimana saudara menegenali potensi diri?

Reply

Rasyid Arman January 9, 2013 at 12:10 pm

salam.. saya sedari kecil gemar bermain dengan suara saya… menyanyi n mengaji.. skrg memang sy guru alquran.. tp saya sedang usahakan untuk wujudkan impian menjadi penyanyi yang profesional pula.. saya juga minat bidang kecantikan yang berpunca dari wajah dan rambut yang bermasalah kini. saya bertekad untuk buka pusat kecantikan suatu masa nanti. apa pandangan encik???

Reply

bidadari_syurga March 10, 2013 at 12:22 pm

aslmkm… thanks for the sharing… at least i know to generate idea for life…
just answering your question….

1.Apa yang kita suka lakukan?

# I spend lots of time on my laptop.

2.Apa yang kita suka baca?

# I love read fashion magazine since school time, women’s magazine, business books, religous book, management book, motivation blog, the most i love is reading magazine…

3.Keadaan sekeliling yang memotivasikan diri.

# I always dream one day I’ll be in this surrounding– motivated, 1st class mind, glamour, professional, coporate…

but actually i am still searching the most potential and sometimes I feel afraid to choose which one as my life path… hope Mr. Aqif can help me to solve my problem…. thanks lotsss….

Reply

ina March 13, 2013 at 12:05 pm

assalam…sy harap sgt tuan dpt tolong guide sy dlm mencari potensi diri sy….sebelum ni sy bekerja d sebuah bank,namun berhenti 4 thn lepas disebabkan masalah ank2 yg tdk mahu ke pusat jagaan…sy dah cuba bermcm2 biz dr rumah,masih x berjaya.
-bekerja d bank adalah cita2 sy dr berusia 15thn…
-sy suka bc buku agama diwaktu lapang….
-kdg2 suka tnm pokok bunga…
itu sj yg sy buat ,sy masih tercari2 apa potensi diri sy yg boleh buatkan sy jdkan sebagai kerjaya baru sy…harap sgt tuan dpt tolong sy…tq

Reply

Muaz March 13, 2013 at 12:55 pm

Apa yang Kita Suka Lakukan?

Secara jujur saya suka perkara info semasa didalam mahupun luar negara dengan mengakses dalam internet.

Apa yang Kita Suka Baca?

Tentang dunia harta tanah dan pelaburan,susah memahami sehingga saya kembali mengambil dip.pengurusan harta tanah walaupun sebelum ini saya sudah diploma elektoknik indutri(Robotik).

Keadaan Sekeliling yang Memotivasikan Diri

Tidak pasti disebabkan saya kurang ada kawan mungkin kurang disenangi oleh orang sekeliling atas sebab kelemahan diri saya yang suka bercakap banyak. Cuba menyesuaikan diri dengan orang disekeliling. Saya lebih memotivasi diri sendiri walaupun kekadang tidak tepat pada apa disasarkan dan cuba terus cuba tanpa putus asa. Masih banyak cita-cita atau impian belum tercapai dalam penglibatan seperti karier kerjaya secara umumnya kerana bidang pembelajaran berbeza dengan bidang kerja sekarang sebagai kerani kewangan.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: