“Fokus menjayakan satu perkara adalah lebih baik daripada melakukan semua perkara, tetapi langsung tidak membawakan sebarang hasil.”
Ini adalah perkongsian daripada Dr. Azizan Osman mengenai kuasa fokus (the power of focus) di seminar-seminar anjuran syarikatnya, Richworks.

Fokus adalah satu fungsi yang penting dalam kehidupan. Hidup kita penuh dengan pelbagai gangguan, sama ada dari segi persekitaran, komunikasi, gajet dan keluarga.
Dalam perkongsian kali ini, kita akan sama-sama memahami kepentingan fokus dalam kehidupan.Serta bagaimana kuasa fokus ini boleh menukarkan diri kita menjadi hambaNya yang lebih luar biasa dari semalam.
Kepentingan Fokus – Membasmi Kuman Negatif
Pernahkah kita menghadapi situasi di mana kita melengahkan sesuatu perkara, walaupun hakikatnya kita sedar tentang pentingnya untuk perkara itu diselesaikan dengan segera.
Masalah ini berlaku bukan berlandaskan kemalasan sahaja. Ia juga diakibatkan oleh kurangnya latihan fokus dalam kehidupan.Ramai yang kecundang dalam hidup kerana fokus kehidupannya ke arah yang salah.
Sebagai contoh, manusia lebih selesa fokus pada kegagalan berbanding kejayaan. Manusia juga lebih selesa fokus pada ketakutan berbanding keberanian. Sedangkan kita tahu, kita mempunyai pilihan untuk fokus.
Ini adalah matlamat utama fokus. Kita memilih apa yang kita mahu, kita selesaikan apa yang kita tuju. Berikut adalah kata-kata daripada pakar motivasi dan penulis buku Unlimited Power, Tony Robbins:
“One reason so few of us achieve what we truly want is that we never direct our focus; we never concentrate our power. Most people dabble their way through life, never deciding to master anything in particular.”
Fokus Kehidupan – Kita Pilih Mana Kita Suka
Bagi yang sering menghadapi kegagalan, atau sebarang negatif dalam kehidupan yang dikurniakan Tuhan, berhenti sejenak menyalahkan alam sekeliling. Fikirkan kembali fokus kehidupan kita ketika ini.
Adakah kita cenderung fokus pada kesilapan orang lain, masalah-masalah yang berlaku di pejabat, atau sebarang emosi negatif dalam hidup?
Jika ya, maka jalan yang terbaik adalah menukarkan haluan fokus itu. Kita akan belajar bagaimana untuk melakukannya langkah demi langkah.
Bagaimana Kekal Fokus – Jadi Bahagia dan Kaya
Fokus adalah satu perbuatan dan amalan yang berterusan. Pertama-tama, sedarkan diri kita tentang kepentingan fokus.
Berdoa agar kita sentiasa mensyukuri dan memandang segalanya dari sudut kebaikan terhadap apa yang berlaku di sekeliling. Sebagai contoh, kita berkata ayat yang berikut pada diri sendiri:
“Mulai hari ini, saya fokus pada kehidupan yang lebih kaya dan bahagia. Saya percaya Tuhan sentiasa berikan yang terbaik untuk diri saya.”
Setiap kali kita bangun daripada tidur, ucapkan kata-kata yang menjelaskan bahawa kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan.
Begitu juga ketika hendak mati sementara (sebelum tidur). Dengan melakukan aktiviti ini secara berterusan, kita secara tidak langsung membuka pintu rezeki yang berganda-ganda.
Kerana dengan bersyukur, Tuhan menjanjikan lebih banyak nikmat kepada hambaNya. Ini disebutkan dalam surah Ibrahim, ayat 7;
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
Kemudian Visi Kehidupan
Kemudian, wujudkan visi kehidupan. Sedarkan diri kita tentang fungsi hidup kita di dunia ini. Seperti kata Robin Sharma, tidak ada seorang manusia yang hidup dalam keadaan sia-sia. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan peranan masing-masing dalam muka bumi ini.
Satu daripada cara untuk mewujudkan visi kehidupan yang jelasadalah dengan mengenali potensi diri. Tahu apa keupayaan dan bakat kita.
Dari situ, kita boleh hasilkan visi yang baik dan mengujakan. Sebagai contoh, jika kita tahu bakat yang Tuhan kurniakan kepada kita adalah bakat penulisan, maka visi yang boleh dihasilkan adalah seperti berikut:
“Visi saya adalah membantu 100,000 orang di Malaysia menerusi penulisan.”
Selepas Itu, Campurkan Dengan Perencah Amalan
Selepas bersyukur dan menetapkan visi kehidupan yang jelas, baru kita bermula dengan amalan-amalan yang membawa kita ke arah visi yang kita inginkan. Ini bermakna, rancang aktiviti dalam kehidupan kita.
Cara ini boleh dilaksanakan menerusi sebuah pen dan nota. Sebelum tidur, tulis ayat-ayat kesyukuran.
Kemudian tulis visi hidup kita. Selepas itu, baru kita menyenaraikan aktiviti-aktiviti harian, yang dapat membawa kita ke arah visi itu.
Dengan mengamalkan tiga perkara ini (bersyukur, visi kehidupan, dan rancangan amalan), kita akan dapati hidup kita berada dalam getaran fokus yang lebih bermakna. Fokus yang menjadikan kita manusia yang lebih kaya, berjaya dan diberkati dunia akhirat.


{ 5 comments… read them below or add one }
Benar sekali ini tuan.Fokus memang sangat penting.Lakukan satu persatu.The men who chase two rabbits catch none.
PerenLee recently posted..Cabaran Berbasikal Mengelilingi Dunia
FOCUS ( Follow one course until success) menjadikan kita berada di landasan menuju visi diinginkan.kadang-kadang tergelincir,namun misi tetap diteruskan.terima kasih atas perkongsian tuan.
izan recently posted..ILMU + AMAL
Saya sering hilang fokus.. Bila dah rasa lain macam je, tibalah masa untuk rujuk guideline yang telah saya tetapkan dah ikut semula..

Juan recently posted..Bagaimana Cara Berniaga di Facebook – Siapa Bakal Pembeli Anda?
aku sering kali terhilang fokus…ada cara tak nak mengatasi masalah macam tu?
wandisini recently posted..Senarai Pemain Pasukan England Euro 2012
Benar kata Tuan bila kita fokus segalanya akan menjadi mudah..
Orang Kampung recently posted..Berbudi kepada tanah