Blog Ini Sudah Terkubur. Penggantinya Sudah Ada.

Tajuk yang kontroversi.

Saya suka.

Bagi pembaca blog Aqif Azizan. Sudah lebih 3 tahun blog ini hidup dan menulis maklumat-maklumat dari pelbagai bidang. Khususnya bidang penulisan dan bisnes.

Namun semuanya akan berakhir hari ini.

Blog ini tidak tutup. Akan terus dibuka bagi tatapan para pembaca yang baru mahupun lama.

Cuma post baru tidak lagi aktif di sini.

Saya dan tim bergerak secara total menerusi blog Write to Wealth.

Write to Wealth – Maklumat Ringkas

Write to Wealth adalah jenama baru di bawah kendalian saya. Ia dibangunkan dengan satu tujuan. Memaksimumkan kuasa penulisan untuk menjadi dua kategori jutawan:

  • Jutawan dunia – Menerusi penguasaan perkataan bagi menarik lebih ramai pelanggan dan mencipta mesin duit.
  • Jutawan akhirat – Menerusi penghasilan penulisan-penulisan yang berbentuk ilmiah lagi bermanfaat untuk tatapan para pembaca di bumi Malaysia.

Write to Wealth masih lagi berstatus bayi. Penting untuk jenama ini terus dipasakkan dalam minda pelanggan. Keutamaan kami bukan duit. Setiap ketulan duit yang masuk ke akaun bank syarikat di bawah jenama Write to Wealth akan dimasukkan ke dalam akaun aset.

Maksud Akaun Aset

Akaun aset adalah apa sahaja pembelian yang mencipta satu lagi saluran duit. Write to Wealth mengamalkan mazhab bisnes ikat perut selama 3 tahun, bagi membentuk telaga duit yang deras untuk tahun-tahun akan datang.

Manakala fokus model bisnes kami adalah: Produk informasi dan juga servis copywriting.

Setiap duit masuk, bukan untuk menampung keperluan nafsu seluruh tim syarikat. Duit akan digunakan untuk memakmurkan lagi ekonomi ummah. Kami juga sedang aktif mencari badan-badan kebajikan yang perlukan pertolongan .

Write to Wealth – Membentuk kekayaan berlegasi dengan penulisan.

Kami akan teruskan perjuangan bersama tim yang besar pada tahun hadapan.

Untuk itu, tuan puan boleh dapatkan tip-tip penulisan lanjutan daripada saya menerusi blog Write to Wealth.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
5 Comments
  1. Zulhilmi Zainudin March 14, 2013 Reply
  2. Izzat Eshak March 25, 2013 Reply
  3. Asyrof Asri March 29, 2013 Reply
  4. iAwani May 2, 2013 Reply
  5. Arrazi July 27, 2013 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge