Tuan Firdaus Ariff ada menyebut tentang kesan populariti terhadap diri sendiri atau organisasi menerusi blognya. Berikut adalah ayat yang diolah semula berdasarkan pemahaman saya sendiri.
“Popular tidak menjamin buat banyak duit.”
Berikut adalah ulasan lanjut dari blog Tuan Ariff berkenaan populariti dan reputasi:
Ambil contoh penyanyi – popular bermakna dia dikenali ramai orang dan peminat. Namun belum tentu dia terkenal kerana lagunya atau kerana skandalnya.
Belum tentu lagi beliau akan diberikan kontrak rakaman atau diundang menyanyi di konserti-konsert.
Keupayaan vokal dan disiplin pula akan menentukan reputasinya. Tahap reputasi itu yang menentukan sama ada komposer unggul akan memberikan lagu hit padanya serta diajak berduet oleh artis yang lebih terkenal.
Itu yang akan membawa pulangan kewangan yang lebih lumayan.
Pendek kata; popular belum tentu bawa duit masuk, reputasi lebih penting.
Populariti Vs Reputasi
Hal yang sama berlaku pada dunia blog. Pemilik blog yang mengejar populariti hanya mengimpikan blog yang popular. Mereka menggunakan pelbagai cara, yang baik atau buruk, asalkan cara itu boleh meningkatkan populariti blog.

Dalam kes ini, berkemungkinan besar mereka akan menggunakan pendekatan mengaibkan orang lain, menggunakan tajuk palsu yang tidak sama dengan isi kandungan, dan pelbagai lagi.
Tujuannya satu, supaya matlamat untuk membangunkan blog yang popular tercapai.
Popular Tidak Jamin Duit Masuk
Apabila kita membuat keputusan untuk menjana pendapatan serius (duit yang banyak) dari blog, buang jauh-jauh mentaliti untuk menjadi popular. Malah kebanyakan masa, orang ramai akan takat muak dengan blog popular.
Blog yang buat duit adalah blog yang mempunyai reputasi. Pemilik blog mereka berkredibel dan dipandang tinggi kerana nilai maklumat yang disampaikan menerusi blog itu.
Contoh blog yang buat duit berdasarkan reputasi adalah Pat Flynn, iaitu Smart Passive Income. Dari sudut mata pembaca, blog ini mempunyai nilai maklumat yang berkualiti dan bermanfaat kepada mereka.
Dengan reputasi, kita boleh menjual lebih banyak produk. Orang lebih mudah terpengaruh dan percaya dengan produk-produk yang kita jual.
Oleh sebab itu, blog yang popular tidak semestinya mempunyai reputasi tinggi dan buat banyak duit.
Blog reputasi tinggi pula sebaliknya. Ia boleh jadi popular dan ia juga boleh menghasilkan sumber pendapatan yang melimpah ruah kepada pemiliknya.
Mentaliti mahu membina blog popular tidak menjamin sebarang wang masuk ke dalam blog itu. Berbeza dengan blog yang mempunyai reputasi tinggi.


{ 10 comments… read them below or add one }
Salam..
Terima kasih di atas informasi yang dikongsikan oleh Tuan Afiq Azizan.. Saya akui apa yang tuan kata tu ada kebenarannya..
Saya suka sekiranya berjaya menjadi seorang blogger popular seperti Beautifulnara, Denaihati, Hanis Zalikha, Red Mummy dan Ben Ashahari.. Dengan populariti telah menjadikan blog mereka satu jenama besar dalam dunia penulisan blog..
Mereka bukan sahaja blogger popular dan terkenal.. Tetapi turut menjana pendapatan yang lumayan melalui blog mereka..
Anuar recently posted..Lawatan kerja Ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd.
Can’t agree more..that’s y redmummy make a lot of money via blogging… populariti dan kredibiilti go hand in hand…
eyriqazz recently posted..Wordless Wednesday – I’m A Big Shot
Betul..kredibiliti menjamin populariti..Tapi populariti tak menjamin kredibiliti..
Contohnya, orang yang banyak bercakap memang popular tapi tak menjamin kredibiliti, boleh dipercayai dan berilmu..Tapi orang yang berilmu akan popular, dipercayai dan berkredibiliti..
Senang cerita, bina kredibilit dalam berblogging..
Zuhair recently posted..KISSM 2012
Terima kasih kerana memetik dan memanjangkan lagi entri saya.
Firdaus Ariff recently posted..Lain Model Bisnes, Lain Ragamnya
Assalam..
Mencari kreadibiliti pulak lepas ni..
Tuntut ilmu selagi boleh
iza recently posted..Keputusan EURO Dan Jadual Perlawanan EURO 2012
Populariti bisa ditelan masa. Skil dan kredibiliti dapat dibina dan dikekalkan, setidak-tidaknya blog yang punyai kredibiliti dapat mengembang menjadi buku/ebook yang dapat dijual.
muhammad fakhruddin recently posted..Kembara Oxford:Pulang Mencari Cahaya
blog popular? bukan senang nak jadi popular. dan bila dah popular..kalau pandai ambil kesempatan..memang duit datang. Tapi kena bijak juga atur umpan dan strategi. Kalau serius, kenapa tidak untuk jadi blogger popular dan memiliki blog popular.
titan recently posted..Aku pernah tumbuk budak perempuan cantik..
Blog saya tak popular dan tak menjana pendapatan sangat. insyallah pelajaran kat sini banyak gunanya
zool recently posted..Peramah di laman sosial , pendiam di dunia realiti
populariti akan datang selepas kreadibiliti..
Izwanyusof recently posted..Kenapa Jadi Forever Alone?
artikel menarik. satu motivasi secara tidak langsung untuk blogger meneruskan aktiviti penulisan maya.
Izzuddin recently posted..Lagu Raya 3