Pada hari Ahad lepas, penulis sudah mula aktif semula di Facebook untuk berkongsi dapatan-dapatan menarik mengenai blook.

Mungkin sebahagian kecil daripada pembaca blog ini tidak mengetahui apa itu blook. Berikut adalah beberapa perkongsian penulis di Facebook mengenai maksud blook. Ia diambil terus daripada Facebook Aqif Azizan.
Status Facebook #1 – Maksud Blook (Blog + Book / E-book)
“Blook adalah cara paling berkesan untuk buat duit dengan blog. Menghimpunkan artikel-artikel yang ditulis di blog dan dipakejkan menjadi buku atau e-book.”
Status Facebook #2 – Siapa Guna Teknik Blook?
“Salah seorang daripada usahawan Internet yang mengamalkan konsep ‘blook’ adalah Neil Patel. Beliau menghimpunkan artikel-artikel terdahulu, kemudian dipakejkan menjadi kursus online dalam bentuk e-book.
Pakej ini sahaja bernilai lebih RM350+. Majalah Niaga berkemungkinan besar akan menggunakan konsep ‘blook’ juga untuk menghargai artikel-artikel yang dihasilkan sebelum ini.”
Selain daripada Neil Patel, terdapat beberapa individu hebat lain yang menggunakan teknik blook ini. Antaranya adalah:
- Robert Kiyosaki.
- Zamri Mohamad (Buku Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop).
- Pat Flynn (Green Exam Academy).
Malah penulis juga menghasilkan blook untuk e-book ‘7 Hari Siapkan E-book’. Namun begitu, artikel-artikel dalam blog sudah dibuang atas sebab-sebab tertentu.
Blook – Adakah Sesuai Untuk Semua Industri?
Berdasarkan pengalaman penulis, jawapan yang akan diberikan adalah ya. Cuma setiap industri berbeza selera pembacanya. Tugas kita adalah mengenal pasti keperluan mereka.
Sebagai contoh, dalam industri automotif. Mereka mahu baca e-book tentang apa? Adakah cara menjaga kereta? Atau cara untuk membeli kereta Proton dengan pendekatan yang lebih spesifik seperti:
- Senarai pusat servis kereta Proton yang terbaik.
- Cara untuk membeli kereta Proton walaupun gaji bulanan RM1,500.
- Ada lagi idea? Sudah blur.
Namun begitu, antara pendekatan yang berkesan untuk semua industri dalam dunia ini adalah berkait rapat dengan kewangan (financial). Contohnya seperti dalam poin nombor dua di atas.
Blook – 7 Langkah Menghasilkan Blook Pertama
Berikut adalah cadangan langkah demi langkah untuk kita memulakan blook.
- Fikirkan tajuk buku / e-book.
- Senaraikan bab (hasilkan lebih daripada 20 senarai) – Contoh akan ditunjukkan.
- Guna blog (percuma atau berbayar) – Untuk menulis isi kandungan buku setiap hari sehingga siap.
- Guna KJ Method untuk siapkan setiap bab (mulakan dari mana-mana bab yang kita mahu).
- Sebaik sahaja semua bab siap, pakejkan menjadi buku / e-book.
- Jual buku / e-book kepada para pembaca.
- Dapat duit, sedekahkan kepada Aqif Azizan (opsyenal).
Berkenaan poin nombor dua, berikut adalah contoh menghasilkan tajuk dan bab untuk blook.
Contohnya, saya memilih tajuk Panduan Menulis Buku Dalam Masa 30 Hari. Jadi babnya adalah seperti berikut (susun secara rawak sahaja):
- Bagaimana menjana idea penulisan.
- Rahsia disebalik kejayaan penulis buku.
- Bagaimana KJ Method dapat bantu penulis.
- Tiru kandungan orang lain cara halal.
- … Tulis senarai bab sehingga lebih daripada 20 poin.
Kemudian, ambil masa sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari untuk menulis satu artikel daripada senarai tajuk di atas. Terbitkan artikel itu di blog kita sehingga semua bab selesai.
Selesai sahaja semua bab yang dirancang, pakejkan ia menjadi buku atau e-book. Kemudian siapkan laman jualan dan bersiap sedia untuk promosi serta terima duit daripada pembaca.
Blook – Adakah Orang Mahu Bayar Isi Kandungan Percuma?
Pada awalnya, penulis juga risau dengan pendekatan blook ini. Siapa mahu beli himpunan artikel yang sudah diterbitkan secara percuma di blog?
Namun begitu, Tuan Zamri Mohamad berjaya melakukannya. Pat Flynn juga berjaya melakukannya. Di mana hasil daripada blook ini, beliau menjana lebih daripada RM600,000 nilai jualan.
Pendapat peribadi, selagi mana isi kandungan itu bermanfaat dan boleh dijual kepada para pembaca, mereka akan membelinya. Tambah nilai yang diperlukan adalah dari segi:
- Pakejing.
- Tajuk yang menarik perhatian dan memenuhi kehendak pasaran.
- Alang-alang menulis di blog, promosikan terus dan kumpul pembaca serta peminat.
Pembaca akan membeli sekiranya mereka mempercayai dan meminati jenama kita.
Blook – Adakah Aqif Azizan Akan Guna Teknik Ini?
Jawapannya, ya.
Sebab penulis melihat dari sudut pandang bisnes. Dengan menggunakan blook, kita sebenarnya sudah menjimatkan masa. Berikut adalah beberapa kelebihan blook:
- Alang-alang menulis di blog, biar sampai jadi buku / e-book.
- Kita dapat menghasilkan banyak e-book dan buku dalam masa kurang 12 bulan (ka-ching!).
- Penjenamaan secara konsisten dan pembaca dapat dikumpul serta bergerak sekali.
- Wujudkan satu lagi sumber pendapatan di Internet.
- Pembaca sudah percaya dengan jenama blog dan penulis.
- Boleh upsell produk lain seperti servis dalam buku atau e-book yang dipakejkan.
- Tambah bonus untuk bezakan pakejing produk kita.
- Blog baik untuk SEO (Search Engine Optimization)
- Dan banyak lagi.
Jadi, itu sahaja yang dapat penulis kongsikan mengenai strategi blook. Mudah-mudahan ia dapat memberikan idea yang bermanfaat kepada para pembaca. Jangan pandang dari sudut duit sahaja, pandang dari sudut manfaat kepada pembaca.
Mereka akan dapat koleksi ilmu yang dipakejkan. Malah pelaburan mereka ternyata berbaloi apabila artikel yang diterbitkan di blog benar-benar berkualiti, dan menepati selera mereka.
Hakikatnya, pentingkan pembaca. Kerana mereka yang akan mengeluarkan duit.


{ 31 comments… read them below or add one }
Ka-ching! Semoga cita-cita tuan ini dipermudahkan. Saya juga pernah terfikir, adakah orang mahu membayar sesuatu yang sudah jelas percuma? Tuan mengulas dengan penuh berisi di sini nampaknya. Syabas!
Alhamdulillah, terima kasih Tuan Zulhilmi.
penah dengar pasal blook sebelum nih. Boleh la try pasnih. Sebelum ni artikel pon main sedap tulis jer. Klu nak jadikan blook pon tak bleh.

kodinz recently posted..Kelebihan Deleted Domain
Semoga tuan berjaya. Merancang blook terlebih dahulu sebelum mula menulis di blog.
Seorang lagi pakar blook yang saya kagumi adalah Darren Rowse daripada Problogger.com. Tidak silap saya, beliau menggunakan pendekatan ini untuk menjual ebook 31 Days To Build A Better Blog.
Pada pendapat saya, jika blook dijual pada harga yang berpatutan, tidak mustahil akan ada pembeli terutama dari pembaca blog itu sendiri. Bukan mudah nak belek satu per satu halaman blog yang menghimpunkan artikel-artikel lebih daripada satu topik.
Selebihnya.. PEMASARAN & PROMOSI

Shafina Bazilah recently posted..Teknik FBO : Buat Duit Di Facebook Cara Mudah
Saya bersetuju dengan pendapat Cikpuan Shafina Bazilah.
Terima kasih kerana berkongsi.
artikel yang sangat bagus. terutama part yang sedekahkan duit tu.. hehehe…
semoga tuan lebih berjaya lagi di masa depan
rohaniah noor recently posted..kontroversi booking pangsapuri melor
Itu sunat. Kalau buat, dapat pahala sedekah. Hehe.
I’ve done that before and the result was very ‘tempting’..
abangensem recently posted..Peluang Untuk Belasah AE
Alhamdulillah. Tahniah tuan!
Mungkin kita boleh menulis begini…menulis isi ringkas untuk blog, kemudian menambah fakta supaya menjadi isi padat bila mahu menjadikannya ebook. Jadi tidak timbul isu…kenapa bayar sedangkan boleh membacanya dengan percuma?
ahmadyani recently posted..Kena Bayar Tapi eBook Ini Percuma!
Cadangan yang baik tuan. Boleh sahaja jika mahu melakukan aktiviti begitu untuk menghasilkan blook.
Irfan Khairi juga menggunakan konsep blook ini.Tip 1 minit di blog beliau dihimpunkan dalam buku “Tip Motivasi Jutawan”
Ya, satu lagi kajian kes yang menarik. Terima kasih tuan.
aah betul tu.perasan juga.hehe
Master Zuheir recently posted..Wordless Wednesday : Sumber Rujukan Terbaru Untuk Designer Newbie
Terkenang cita-cita sewaktu mula menceburi dunia blogging. Terinspirasi dengan Ustaz Hasrizal, tetapi realitinya masih panjang langkah saya mahu sampai ke cita-cita punya blook sendiri.:)
muhammad fakhruddin recently posted..Muallim, Murabbi, Muaddib
Insya Allah, boleh teruskan perjuangan. Saya menyokong usaha tuan. Mudah-mudahan.
Jazakallah….
Artikel tuan ini cukup memberi inspirasi kepada saya…
Sekarang ini saya harus fikirkan bagaimana nak menukar blog sedia ada saya kepada blook…
Semoga Allah memberkati ilmu yg tuan kongsikan…
Aminnn…
Sophy Sufian recently posted..Don’t Let Your Expenses Lead You Into A Debt Trap
Alhamdulillah, terima kasih atas doa-doa tuan. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.
Aminnnn….
Sophy Sufian recently posted..Don’t Let Your Expenses Lead You Into A Debt Trap
Wow..memang powerful teknik ni.
Penceramah terkenal seperti ustaz zaharuddin dan ustaz hasrizal pun gunakan teknik ni..
Sebab bukan semua orng rajin nak baca blog…Cumanya blog dan ebook agak rapat kaitannya..tapi kalau blog, transfer jadi fizikal book lagi ok kot sebab lebih ramai capaiannya..
Adi Hanif recently posted..Sesi Anda Bersama Penulis WTF, 23 Buah Rumah Sebelum Umur 30 Tahun
Benar tuan. Terima kasih kerana menambah maklumat yang berguna kepada saya dan pembaca lain.
Terima kasih dari saya juga… semakin memberi keyakinan kepada saya tentang teknik blook ni…
Sophy Sufian recently posted..Don’t Let Your Expenses Lead You Into A Debt Trap
Tidak semua yang rajin untuk mencari maklumat satu persatu di internet walaupun ianya percuma. kedua, artikel-artikel yang telah disatukan disimpan dalam 1 fail sahaja senang untuk rujukan di kemudian hari.
eims @ emas recently posted..Kursus 5 hari belajar pelaburan emas
Saya setuju dengan pendapat tuan. Terima kasih.
blook. hoho..taktik lama aku tuu..
titan recently posted..Lelaki kacak dan Awek Cendol.
hahaha..
Master Zuheir recently posted..Wordless Wednesday : Sumber Rujukan Terbaru Untuk Designer Newbie
pernah juga terfikir sebelum ini adakah orang akan membeli apa yang sudahpun diterbitkan secara percuma di blog. sekarang ni persepsi saya sudah berubah. terima kasih Tuan
nice sharing
Amirez recently posted..Video Klip Kedua OST Drama Adam & Hawa
Baru tahu ada teknik blook ni. Nak try buat juga ni tapi masih ragu-ragu lagi. adakah orang mahu beli kalau dah post kat blog. Rasanya bagus ambil dari artikel yang lama-lama tapi masih bermanfaat kemudian edit. Sebab saya ada jumpa satu ebook, dia kumpulkan semua entri terbaik dari blogger lain cara jana trafik tapi tak tahu pula itu di panggil blook.
Naziman recently posted..Top blog gadget Malaysia dan luar negara
Langkah yang ketujuh sangat menarik;
Dapat duit, sedekahkan kepada Aqif Azizan (opsyenal).
Tersenyum saya baca
Artikel yang berguna untuk mereka yang ingin mula buat buku atau ebook. Ejaan blook ini yang menarik perhatian saya. Adakah ia eiaan baku.
happysus recently posted..Bing Webmaster tool terkini kajian keyword yang lebih tepat
{ 1 trackback }