Blook – Saya Jawab 3 Persoalan dan Kekeliruan Tentang Blook

by Aqif Azizan

Dalam artikel kali ini, saya akan menjawab beberapa persoalan para pembaca blog yang bertanya tentang blook.

Blook - Blog A Book

Bagi yang masih baru dan tidak tahu apa maksud blook, ia adalah gabungan artikel-artikel yang diterbitkan dalam blog untuk menjadi sebuah buku.

Sama ada ia dirancang atau sebaliknya, kedua-dua metod ini boleh dilakukan.

Rujukan blook boleh didapati menerusi pautan di bawah:

Blook – Bagaimana Artikel Blog Jadi Buku atau E-book

Justeru itu, ini adalah jawapan bagi 3 soalan yang diajukan kepada saya selepas menerbitkan artikel mengenai blook.

3 Soalan Mengenai Blook

Soalan #1 – Bolehkah / Sesuaikah Kita Menjual Karya yang Sudah Diterbitkan Secara Percuma Di Blog?

Jawapannya, boleh dan sangat bagus.

Menurut laporan daripada presiden Hyperion Books, blog adalah satu medium yang bagus untuk mengetahui kehendak pembaca berdasarkan pasaran yang berbeza.

Penerbitan artikel secara percuma di blog adalah satu daripada kaedah ujikaji permintaan pembaca sebelum ia diterbitkan secara fizikal. Malah ini adalah satu daripada faktor untuk meyakinkan penerbit bahawa maklumat ini boleh dijual.

Soalan #2 – Adakah Saya Perlu Merancang Untuk Menulis Blook? Atau Hentam Kromo Sahaja?

Merancang itu lebih baik. Lebih-lebih lagi apabila kita sudah menguasai teknik untuk memulakan karya blook.

Caranya mudah (seperti yang saya terangkan dalam artikel sebelum ini). Kita hanya perlu:

  1. Mempunyai blog (sebaik-baiknya menggunakan .com dan self hosted WordPress).
  2. Fikirkan topik yang kita ingin kuasai.
  3. Senaraikan bab-bab berkaitan topik (15 hingga 30 bab sudah baik untuk permulaan).
  4. Tulis mana-mana sehingga siap semua bab.
  5. Berjumpa dengan penerbit.

Soalan #3 – Adakah Blook Terhad Pada Buku Sahaja?

Tidak, boleh juga dipakejkan dalam bentuk lain.

Satu daripadanya adalah e-book. Menurut Nina Amir, wartawan berusia 52 tahun dan pengasas How to Blog A Book, e-book adalah pakejing yang terhangat masa kini. Ia adalah satu cara untuk terbit dan jual karya kita dengan menggunakan kos yang rendah.

Selain itu, beliau juga turut memberikan cadangan untuk menjadikan artikel di blog kita sebagai:

  • Bahan untuk PR (Press Release).
  • Pakejkan ia menjadi bahan booklet.

Jika tuan dan puan ada sebarang soalan mengenai blook, mohon ajukan soalan itu menerusi ruangan komen yang disediakan di bawah.

Bagi yang berminat untuk belajar bagaimana untuk menulis e-book kurang dari 7 hari, sila klik pada laman web di bawah:

Belajar Tulis E-book Dalam Masa 7 Hari (Klik Di Sini).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 7 comments… read them below or add one }

PerenLee June 1, 2012 at 7:23 am

Terima kasih untuk tulisan ini tuan,tapi kita perlu lihat dari perspektif pengguna juga,kalau saya sebagai pengguna,saya betul-betul rasa macam tertipu sebab beli sesuatu yang sebenarnya boleh didapati dengan percuma.

Bagi saya kalau kita nak buat blook,kita perlu tambah kandungan ekstra supaya pengguna rasa berbaloi membelinya.

Memuaskan hati pelanggan sangat penting kalau kita ingin dihormati dalam bisnes.Terima kasih.
PerenLee recently posted..Smartphone Touchscreen Kalis Air!Sony Xperia Go dan Xperia Acro S!My Profile

Reply

Zairi Zaidi June 3, 2012 at 11:16 am

Saya ada pandangan yang berbeza. Mungkin ada sesetengah orang yang tidak gemar membelek-belek sebuah blog untuk membaca post-post terdahulu. Dengan adanya blook, ini memudahkan orang yang mencari sesuatu maklumat kerana penulis telahpun menyusunnya dengan baik.
Zairi Zaidi recently posted..Pakej Resell – Jom Jana Pendapatan Dengan Jual Semula Produk DigitalMy Profile

Reply

eyriqazz June 1, 2012 at 10:43 am

teringin juga buat ebook guna konsep blook ni..tapi, tak tahu nak start dari mana..

sudi jadi mentor saya bro?
eyriqazz recently posted..Pavlova : An Offer that I can’t refuseMy Profile

Reply

Fauzi Saad June 1, 2012 at 3:24 pm

Terima Kasih Aqif.

saya sudah gunakan teknik sudah hampir setahun lebih buat ebook by leveraging dari blogpost sendiri dan blogpost orang lain.
ditambah pula dengan teknologi curation sekarang ini. semua kerja jadi mudah.

Reply

Firdaus Latib September 6, 2012 at 8:14 pm

Tuan Fauzi,

Mohon pencerahan tentang teknologi curation. Saya berminat untuk mengetahui.

Terima kasih. :)
Firdaus Latib recently posted..Google Adsense – Rahsia Di Sebalik $1,077 (RM3,264) SebulanMy Profile

Reply

ahmadyani June 1, 2012 at 10:28 pm

Ramai tokoh-tokoh terkenal menerbitkan buku hasil catatan mereka dalam blog, jadi blook patutnya tidak menimbulkan kekeliruan lagi.
ahmadyani recently posted..Jenama Yang Membelenggu Dan Membebaskan KehidupanMy Profile

Reply

Zairi Zaidi June 3, 2012 at 11:17 am

Boleh beri saya contoh blook bahasa Melayu yang telah dihasilkan?
Zairi Zaidi recently posted..Pakej Resell – Jom Jana Pendapatan Dengan Jual Semula Produk DigitalMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: