Buat Duit Dengan Laporan Ringkas – Jana RM10 Pertama Dengan Ebook Ringkas

Baca entri sepenuhnyaMajoriti manusia memerlukan duit dalam hidupnya.

Tidak kira siapa mereka, pangkat apa yang mereka ada hari ini, duit menjadi teras utama dalam kehidupan. Tiada duit, maka tiadalah makan dan minum. Tiada duit, maka tiadalah keupayaan untuk membeli kelengkapan diri.

Dalam dunia bisnes ebook, duit juga adalah salah satu matlamat kita. Supaya dengannya, kita boleh mencapai matlamat bebas kewangan, dan memandaikan bangsa. Bisnes juga mempunyai dua situasi, iaitu untung dan rugi.

Apabila kita memilih untuk berada dalam bisnes ebook, maka kita memilih dua jalan, iaitu jalan keuntungan dan jalan kerugian. Entri kali ini akan membawa kita kepada satu ideologi baru, dalam mengurangkan risiko kita dalam bisnes ebook, serta membawa kita ke jalan keuntungan.

Mitos Ebook ‘Mesti Lebih’ 50 Muka Surat

“An ebook can be sold for 1 million copies with 10 pages, as long as it benefits your audience.” – Jimmy D. Brown

Majoriti kita sebelum ini dididik untuk menulis lebih daripada 50 muka surat, sebelum menjual ebook pada sasaran pembaca. Didikan ini juga menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mengaku kalah, sebelum berusaha.

Berdasarkan pengalaman sendiri, ia adalah mitos semata-mata. Ini kerana saya pernah menjual sebuah ebook, yang hanya mempunyai jumlah muka surat sekitar 10 hingga 15 sahaja. Ebook ini juga lebih dikenali sebagai… Laporan ringkas.

Buat Duit Dengan Laporan Ringkas – Panduan Berdasarkan Modul Video

Ini merupakan produk terbaru daripada saya, dan telah dilancarkan dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Panduan ini merupakan satu lagi panduan untuk buat duit dengan ebook, yang akan membantu kita menulis sebuah ilmu berbentuk digital, yang hanya memerlukan 10 hingga 15 muka surat sahaja.

Lebih menarik, pendapatan yang bakal kita peroleh daripada laporan ringkas ini adalah jauh lebih baik daripada menulis ebook yang beratus-ratus muka surat panjangnya.

Terdapat 8 modul video yang akan membentangkan ilmu-ilmu, yang akan membantu kita untuk:

  • Mencari dan mengenal pasti idea ebook yang mempunyai permintaan.
  • Merancang dan menulis laporan ringkas yang pertama.
  • Pelan tindakan siapkan laporan ringkas dalam masa 5 hari.
  • Kaedah promosi dan jualan efektif untuk laporan ringkas.

Mudah Difahami dan Berbentuk Praktikal

Saya membuat keputusan untuk mencipta produk ini dalam bentuk video, agar para pembeli mudah mendapat cetusan inspirasi, dan mendorong mereka untuk bermula serta merta. Panduan ini juga boleh dijadikan panduan untuk jangka masa panjang.

Kerana ilmunya mudah dipraktikkan, dan relevan untuk tempoh 50 akan datang dalam industri penerbitan digital.

Dapatkannya Sekarang – Rasai Pengalamannya Sendiri

Jika tuan dan puan ingin memilikinya hari ini, boleh klik pada laman web di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut, mengenai produk ini.

Klik di sini (Buat Duit Dengan Laporan Ringkas)

Semoga panduan ini dapat memberikan satu lagi ilmu, ilham dan inspirasi, untuk kita sama-sama berjaya dalam membina bisnes ebook. Jika ada sebarang soalan, tuan dan puan boleh ajukan dalam ruangan komen di bawah.

P.S: Salah seorang pembeli panduan ini telah berjaya balik modal tidak sampai seminggu, selepas mempraktikkan ilmu dalam panduan ini. Tuan dan puan bila lagi?

Aqif Azizan

9 thoughts on “Buat Duit Dengan Laporan Ringkas – Jana RM10 Pertama Dengan Ebook Ringkas

  1. Tuan Aqif,

    Saya pernah membeli ebook Tuan dahulu tajuknya Rahsia Blog Commenting. Kalau tak silap harganya masa itu sekitar RM10. Isi kandungan buku itu sangat-sangat bernilai dan jauh lebih berharga daripada sedikit pelaburan yang saya keluarkan untuk membeli buku itu.

    Sayangnya, produk Tuan kali ini keluar pada masa saya baru sahaja membeli dua lagi produk untuk membuat duit secara dalam talian. Kalau saya beli juga, saya risau ‘information overload’ pula.

    Walaupun begitu, saya yakin berdasarkan pengalaman lalu, saya yakin produk ini pasti memberikan nilai untuk wang pembelinya.

    -KC | Buluh Perindu-

    1. Tuan Ahmad Fadli.

      Terima kasih saya ucapkan atas puji-pujian tuan. Semoga ebook itu terus memberikan manfaat. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa pelaburan tuan.

      Jika ada sebarang persoalan, boleh terus ajukan pada saya.

      Terima kasih dan salam kejyaan. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge