Menu
Aqif Azizan
  • Sample Page
Aqif Azizan

Cara bina mindset untuk hidup sebagai penulis iklan sepenuh masa?

Posted on November 26, 2020December 29, 2020

Ayat di bawah ini macam kelakar.

Tapi ia adalah hakikat:

“Hidup kita adalah berdasarkan pemikiran yang kita bawa setiap hari.”

Cara kita berfikir, akan menentukan siapa diri kita.

.

Biasanya pakar-pakar motivasi selalu sebut ayat di atas. Kenapa kelakar? Sebab benda ini dah disebut banyak kali.

Tapi hanya segelintir saja yang betul-betul faham. Termasuk saya.


Dalam dunia penulisan iklan, ada beberapa mindset yang penting seperti:

.

1 – Klien pertama paling susah nak dapat

Saya tak nak cerita fantasi. 

Contoh? Boleh buat banyak duit. Boleh hidup kaya. Boleh hidup bebas.

Realitinya, jika kita betul-betul baru bermula dan menapak dalam industri ini, mahu dapat klien pertama adalah yang paling susah.

(Klien: Individu atau syarikat yang sanggup bayar untuk servis penulisan iklan kita)

Contoh perjalanan penulis iklan yang baru bertapak:

Minggu pertama: Hanya bagi servis percuma untuk bina portfolio dan keyakinan diri (dan juga keyakinan klien).

Minggu kedua: Daripada servis percuma, mungkin sangkut 1 klien yang sanggup bayar. Atau tiada langsung.

Minggu ketiga: Rasa nak mengaku kalah dan rasa kerjaya sebagai penulis iklan hanya konspirasi yang terancang untuk memiskinkan kehidupan kita sekeluarga.

Minggu keempat: Berjaya lock klien yang sanggup bayar servis dengan nilai yang sama seperti apa yang kita idamkan. Tiba-tiba kita rasa boleh jadi penulis iklan sepenuh masa.

.

2 – Jangan gelojoh nak lock servis lebih 1 bulan

Saya faham perasaan bila dah berjaya dapat klien yang sanggup bayar.


Tapi, tolong jangan gelojoh.

Gelojoh untuk terus lock servis lebih 1 bulan dengan mereka.

Memang betul, kita dapat selamatkan diri kita dengan mempunyai income tetap lebih 1 bulan dengan klien.

Tapi kena ingat, klien ini manusia. Kita tak betul-betul kenal lagi.

Saya bagi contoh senario yang berlaku:

Bulan pertama: Klien setuju dan bayar servis kita selama 3 bulan.

Bulan seterusnya: Tiba-tiba klien ubah terma dan buat kita macam kuli batak. Contoh? Kena submit lebih banyak iklan daripada yang dipersetujui.

Bulan seterusnya: Perangai sebenar klien dah mula nampak. Mereka sebenarnya mahu ambil kesempatan dan menganggap kita ini sebagai orang gaji. Bukannya sebagai penyedia servis. 

Masa ini tiba-tiba klien akan nampak sekecil-kecil kesilapan kita. Kemudian diugutnya kita dan semuanya jadi tak kena.

.

3 – Klien adalah partner bisnes kita

Setiap kali bekerjasama dengan klien, cuba sebaik mungkin untuk anggap bisnes mereka sebagai bisnes kita juga.

Duit yang kita dapat, tak akan ke mana pun. Jadi baik kita fokus pada membangunkan bisnes bersama-sama.

Bila sales mereka jatuh, kita sama-sama cuba naikkan. 

Bila sales mereka naik, kita sama-sama raikan.

Kita bukan sekadar buat servis. Kita bekerjasama membangunkan bisnes.

Jangan sekadar fikir perut kita saja. Mereka bayar servis kita sebagai tanda percaya untuk membangun bersama mereka.

Sebagai contoh:

Bulan Januari: Sales bisnes klien jatuh, kita bagi servis penulisan iklan lebih daripada apa yang diminta. Bagi sekali cadangan strategi untuk klien eksperimen.

(Walaupun mereka bayar pada harga sama. Atau tidak mampu untuk bayar dan terpaksa minta diskaun)

Lepas 3 bulan: Strategi itu berjaya dan sales klien naik mendadak. Klien gembira, kita lagi gembira. Hubungan pula semakin akrab kerana jatuh dan bangun bersama.

Lepas 12 bulan: Bayaran servis meningkat 3 kali ganda, atau mungkin diterima menjadi partner bisnes (dan masih fokus buat kerja yang sama).

.

4 – Sentiasa bagi servis percuma

Ya. Sentiasa.

Jangan pernah berkira. Lebih-lebih lagi jika kita baru bermula.

Mendapatkan klien sama saja seperti mendapatkan kekasih. Kita perlu dapatkan kepercayaan mereka terlebih dahulu.

(Cakap pandailah. Haha)

.

Contohnya:

Potensi klien: Produk makanan.

Minggu pertama: Tawarkan servis percuma. Masih tak berjaya jadi klien berbayar.

Minggu kedua: Tawarkan servis percuma. Iklan yang digunakan berjaya naikkan sales dengan mendadak.

Minggu ketiga: Klien sendiri mahu bayar dengan rela hati. 

.

5 – Lambat kaya. Tapi pasti kaya.

Kerjaya ini bukan mudah. Sebab itu bukan untuk semua orang.

Khususnya buat orang yang lemah semangat, mahu cepat kaya dan malas berusaha. 

10 tahun lepas, saya sendiri mengambil masa yang sangat lama (dan hampir mengaku kalah) untuk membina kerjaya ini.

Contoh perjalanan yang kita akan lalui setiap bulan:

Bulan 1: Berjaya dapat 1 klien berbayar. Tapi bagi servis percuma pada 10 klien dan tak ada sebarang respon.


Bulan 2 sampai 5: Hanya berjaya dapat 5 klien berbayar. Masih tak berjaya untuk hidup sebagai penulis sepenuh masa.

Bulan 6: Rasa mahu mengaku kalah. Tapi bagi peluang untuk cuba lagi supaya cukup setahun sebelum buat keputusan untuk mengundurkan diri.

Bulan 12: Berjaya lock 10 klien dan pendapatan cecah RM20,000 ke RM50,000 sebulan. Hidup sebagai penulis iklan sepenuh masa.

.

Begitulah asas pemikiran atau mindset sebelum kita dapat jadi penulis sepenuh masa.

Jika saya hilang semua dan bermula semula, saya tetap akan pilih kerjaya ini.


Kerjaya ini paling puas untuk diri saya, dan saya boleh hidup bebas dan merdeka dengan cara sendiri.

.

Jika nak belajar lebih lanjut, team Write to Wealth ada tulis ebook asas untuk jadi penulis iklan sepenuh masa.

Harga RM29 saja. Tapi jangan harap dengan beli ebook ini terus kaya. 

Boleh baca di komen:

.

Dapatkan panduan di sini: http://ezy.la/penulis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Free Ebook – Proven Journaling Strategy to Achieve Anything You Want in Life
  • Ebook – Cara bina mindset untuk hidup sebagai penulis iklan sepenuh masa
  • Cara bina mindset untuk hidup sebagai penulis iklan sepenuh masa?
  • 9 Perkara yang perlu anda belajar dari lelaki ini, jika anda pun mahu merasa komisyen USD 1 juta setahun dengan menjual produk orang lain.
  • 6 Ways you can use, to finish writing your ebook less than 30 days from now.

Recent Comments

    Archives

    • January 2021
    • December 2020
    • November 2020
    • May 2017
    • June 2016
    • May 2016

    Categories

    • Affiliate marketing
    • How to be productive writer
    • How to write and grow rich
    • Productivity tips
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    ©2021 Aqif Azizan | WordPress Theme by Superb WordPress Themes