Digi Wwwow Awards Kembali Lagi Tahun 2012

by Aqif Azizan

Pada tahun lepas, kami tidak sempat membuat liputan mengenai pertandingan Digi Wwwow Awards yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi terkemuka tempatan, iaitu Digi.

Digi Wwwow Awards

Tahun 2012 merupakan satu lagi tahun yang membuka peluang kepada para blogger tempatan untuk turut serta memeriahkan lagi pertandingan ini.

Apakah manfaatnya kepada kita? Berikut adalah pandangan kami:

  1. Mendedahkan blog kita kepada orang ramai.
  2. Meluaskan komuniti pembaca blog kita.
  3. Berkenalan dengan blogger-blogger autoriti tanah air.
  4. Memperoleh pengiktirafan sebagai seorang blogger.
  5. Membuka peluang untuk bekerjasama dengan organisasi besar seperti Digi, Astro, Exabytes dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai latar belakang Digi Wwwow Awards, sila klik di sini.

Digi Wwwow Awards  – Siapa Juri Disebalik Propaganda Ini?

Setiap pertandingan, pasti ada juri yang akan menilai hasil kerja para peserta.

Digi Wwwow Awards - Senarai Juri

Untuk Digi Wwwow Awards, terdapat 17 orang juri yang terdiri daripada kepakaran masing-masing iaitu:

  1. Lisa Surihani – Selebriti.
  2. Sharifah Sofia – Pelakon.
  3. Altimet – Penulis lagu dan produser.
  4. Azran Osman-Rani – CEO of AirAsia X.
  5. David Lian – APAC Digital Lead of Text100.
  6. Diwa Tharan – Head of Product & Innovation of Catcha Digital.
  7. Hassan Alsagoff – Managing Partner of Wago Sdn Bhd.
  8. James Yeang – Industry Head of Google Malaysia.
  9. John Lim – Food Podcaster.
  10. Kal Joffres – Director of Tandem Fund.
  11. Kee Jon Tjin – Country Ambassador & Sales Director of Yahoo! Malaysia.
  12. Mark Darren Lee – Senior Online Strategy & Marketing of DiGi Telecommunications.
  13. Ng Khai Lee – CEO at Says.my.
  14. Praveen Rajan – Head of Internet & Services of DiGi Telecommunications.
  15. Premesh Chandran – CEO & Founder of Malaysiakini.com.
  16. Timothy Tiah – Nuffnang founder.
  17. Sulin Lau – Head of Marketing Services of Digi Telecommunications.

Melihat pada senarai nama di atas, setiap individu mempunyai tanggungjawab dan kepakaran yang besar untuk diri dan organisasi masing-masing.

Digi Wwwow Awards – Cara Mendaftar Blog

Terdapat 5 langkah yang perlu dilakukan oleh tuan dan cikpuan untuk mendaftarkan diri ke Digi Wwwow Awards iaitu:

  1. Layari laman ‘Submission’ Digi Wwwow Awards (Klik di sini).
  2. Login dengan akaun Facebook.
  3. Muat naik gambar, video dan juga URL.
  4. Sahkan pendaftaran.
  5. Selesai dan promosikan pertandingan kepada orang ramai.

Tempoh masa pendaftaran bermula dari 24 Mac 2012 sehingga 22 April 2012. Selepas pendaftaran berakhir, maka bermula tempoh undian blog bermula 23 April 2012 sehingga 13 May 2012.

Manakala pada 9 Jun 2012, blog-blog yang berjaya menjadi finalis akan peroleh jemputan khas ke Wwwow Awards.

Adakah Aqif Azizan (dot) com Turut Serta?

Jawapannya ya, sebagai tanda kami menyokong pertandingan dan usaha untuk memartabatkan dunia blogging tanah air.

Aqif Azizan (dot) com Sokong Digi Wow Awards

Jika kita tidak menyokong usaha ini, tidak akan ada orang yang akan melakukannya.

Justeru itu, kami menjemput tuan dan cikpuan untuk menjadi sebahagian daripada Digi Wwwow Awards. Lakukan pendaftaran sekarang.

Oh ya, jangan lupa untuk undi kami sebaik sahaja undian dibuka kelak.

Daftar Digi Wwwow Awards (Klik Di Sini)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 8 comments… read them below or add one }

Haru March 25, 2012 at 10:05 am

perghhh!! bro masuk kategori mane nie :D nk vote nie
Haru recently posted..Business Card Nisa KayMy Profile

Reply

Haru March 25, 2012 at 10:06 am

oh dah nmpk dah banner kecik kat atas tu..hehe..blogger of the year..good luck bro :)
Haru recently posted..Business Card Nisa KayMy Profile

Reply

Aqif March 25, 2012 at 10:06 am

Sekadar mencuba-cuba. Saya masuk dalam kategori Nuffnang Blogger of The Year. Boleh vote di http://www.wwwow.my/display_entry.aspx?ID=eb112b1e-90fc-4809-96ef-5b55ae18b555. ;)

Reply

Shafina Bazilah March 25, 2012 at 10:37 am

Wah, berminat nak turut serta submit blog! Tapi.. Blog masih belum ada artikel! Halaman ‘Tentang’ pun belum ditulis lagi! InsyaAllah tahun hadapan bila blog sudah ‘berusia’ sedikit.

Walaubagaimanapun.. VOTE FOR AQIFAZIZAN.COM! :D

Reply

Aqif March 25, 2012 at 10:39 am

Mari turut serta. Mari kita meriahkan lagi acara yang dapat menaikkan industri blog tempatan ke satu tahap yang lebih baik.

Oh, terima kasih. Pastikan undi blog ini apabila undian dibuka nanti ya. :D

Reply

Reds March 26, 2012 at 11:10 am

tq, saya pun dh masuk dlm pencalonan… :)

Reply

EqbalZack March 29, 2012 at 12:57 pm

hehe…’uncle’ pun join Aqiff. Kalau menang nak bawa nenek dgn atuk jalan2…hehe
EqbalZack recently posted..DiGi WWWOW Awards Promo 1.0My Profile

Reply

Aqif March 29, 2012 at 1:24 pm

Wah. Kalau ‘paksu’ pun sertai sekali memang seronoklah. Semoga berjaya! :D

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: