“Mohon jasa baik Aqif untuk sebarkan berita mengenai kempen ini. Mereka memerlukan bantuan. Hanya Allah dapat membalas jasa orang-orang beriman yang sanggup menghulurkan bantuan.”
Tuan Rozmie adalah sahabat baik saya. Beliau juga lebih dikenali sebagai Jimie Ray. Sebelum ini kami hanya berkenalan di dunia Internet dalam kelompok usahawan Internet.

Disebalik perniagaan, terselit satu perjuangan yang beliau tuntut. Beliau adalah salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam program menambah saham akhirat, iaitu Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata.
Artikel ini bukan menagih simpati, tetapi menyampaikan erti.
Betapa besar nikmat memberi pertolongan kepada hamba Allah yang memerlukan. Di sini saya mengambil kesempatan untuk menwar-warkan tentang kempen ini.
Matlamatnya adalah mengumpul sumbangan pakaian hari raya, supaya dapat membantu pelajar miskin dari sekolah dan rumah anak yatim yang terpilih untuk mendapat baju raya baru menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Berapa Lama Kempen Ini?
Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata ini bermula dari 20hb Mei 2012 dan berakhir pada 10 Ogos 2012. Namun begitu, tuan puan yang ingin menghulurkan bantuan disarankan untuk bertindak selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh Hari Raya Aidilfitri.
Ini bertujuan supaya memudahkan tim yang bertugas untuk mengedarkan baju-baju yang didermakan sebelum menjelang hari yang dinanti-nantika mereka.
Baju terpakai dan wang tunai tidak diterima untuk menjayakan kempen ini. Fokus mereka adalah untuk membahagiakan anak-anak kecil kesayangan Allah ini menerusi pemberian baju-baju yang baru dan elok.
Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi pihak urusetia:
- Ahmad Saabun: 016 215 1192.
- Harif@NagaTimur: 013 227 5450 / 017 608 6987 / 018 203 6320.
- Norakmal Abdullah: 019 365 2834.
- Mohd Rozmie (JimieRay): 012 498 2295.
Tuan puan boleh layari laman web rasmi Sehelai Baju untuk dapatkan maklumat terkini.
Atau layari Facebook Pages mereka menerusi laman web di bawah:
Facebook Pages Sehelai Baju Buat Menyapu Air Mata (Klik Di Sini)
Pengorbanan kita untuk membekalkan sekurang-kurangnya baju raya baru kepada si anak kecil ini, dapat memberikan harapan serta kegembiraan untuk mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sekali kita membantu, selamanya Allah membantu kita.
Mudah-mudahan.
Sebarkan kempen ini untuk menghebahkan peluang menambah saham akhirat menerusi ruangan Facebook tuan puan.


{ 2 comments… read them below or add one }
Semoga usaha Tuan Romzie diberkati.. Amin..
Anuar recently posted..Rumah Banglo Satu Tingkat Di Batu Gajah, Perak
Selama ini kita selalu dengar dan lihat, syarikat korporat besar sahaja yang menjalankan aktiviti kemasyarakatan ini. Sekarang sudah ada usahawan Internet yang mengambil inisiatif ini. Semoga diberkati dan dipermudahkan oleh Allah.
ahmadyani recently posted..Sisi Ungku Aziz Yang Jarang Diketahui