Dr. Azizan Osman – 7 Rahsia Pemasaran Saya Belajar Daripada Beliau

by Aqif Azizan

Dr. Azizan Osman merupakan pengasas syarikat Richworks yang cukup popular dengan seminar pemasaran anjurannya yang diberi nama Seminar Marketing Power.

Dr Azizan Osman - Rahsia Pemasaran Berkesan

Seminar ini diadakan bagi membantu orang ramai, khususnya para usahawan untuk mengetahui rahsia menarik pelanggan dan meningkatkan keuntungan.

Beliau cukup dikenali dengan gelaran pakar pemasaran di Malaysia kerana berjaya membantu syarikat-syarikat besar dalam meningkatkan keuntungan secara drastik.

Di samping itu, Dr. Azizan Osman juga telah berjaya membantu individu-individu serta usahawan sederhana kecil untuk membawa perniagaan kecil mereka ke tahap yang lebih tinggi.

7 Rahsia Pemasaran Dr. Azizan – Rahsia Menarik Pelanggan

“Pemasaran adalah kuasa yang menentukan sama ada perniagaan kita berjaya atau sebaliknya.” – Dr. Azizan Osman

Ini adalah ayat yang disimpulkan selepas kami menonton beberapa video Dr. Azizan Osman berkenaan dengan kepentingan pemasaran dalam perniagaan.

Seminar Advanced Marketing Power

Dalam artikel ini juga kami ingin berkongsikan 7 rahsia pemasaran yang juga prinsip Dr. Azizan Osman untuk membangunkan bisnes-bisnes dari peringkat awal, sehingga ia berjaya mencapai kepada paras yang menguntungkan.

  1. Rahsia Pemasaran #1 – Setiap bisnes yang menguntungkan mempunyai strategi pemasaran yang dirancang dengan baik.
  2. Rahsia Pemasaran #2 – Kempen pemasaran perlu wujud dalam setiap perniagaan yang dijalankan.
  3. Rahsia Pemasaran #3 – Sentiasa cuba pelbagai strategi pemasaran. Apa yang paling penting adalah strategi pemasaran yang digunakan dapat memberikan kesan yang positif.
  4. Rahsia Pemasaran #4 – Kunci pemasaran adalah reminder. Manusia sering lupa. Maka tugas kita dalam pemasaran adalah memberikan peringatan terhadap mereka tentang produk kita (atau dikenali sebagai recall).
  5. Rahsia Pemasaran #5 – Maklumat pelanggan sangat penting. Ia dipanggil database. Sekecil-kecil bisnes kita, maklumat pelanggan adalah emas dalam perniagaan.
  6. Rahsia Pemasaran #6 – Aktifkan kempen dan strategi pemasaran mengikut bajet sedia ada. Gunakan apa yang ada dalam tangan. Lain bajet, lain kaedahnya.
  7. Rahsia Pemasaran #7 – Sistem SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) mampu meledakkan keuntungan bisnes dan memantapkan jenama kita. Gunakan sistem SMS yang boleh menggunakan fungsi ‘nama pemilik telefon’.

Penekanan terhadap strategi pemasaran oleh Dr. Azizan Osman benar-benar memberikan kesan yang positif kepada pengamalnya.

Walaupun maklumat yang diperoleh ini sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan perkongsian beliau di seminar yang dianjurkan, namun kami percaya ia mampu menghasilkan keputusan yang mengejutkan apabila diamalkan secara konsisten.

Seminar Pemasaran Internet - Seminar SEO

Bagi yang berminat untuk menyertai Seminar SEO Majalah Niaga (Seminar Pemasaran Internet Berkos Rendah), sila klik pada laman web di bawah untuk maklumat lanjut:

Daftar Seminar Seo Majalah Niaga (Klik Di Sini)

Kredit gambar: Alumni Dr Azizan Osman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 19 comments… read them below or add one }

hisam April 4, 2012 at 5:22 pm

Good job bro. Semoga anda lebih kaya dan berjaya. :)

Reply

Aqif April 4, 2012 at 5:32 pm

Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Hisam. :)

Reply

mazni April 4, 2012 at 7:20 pm

Assalam,mcmana nk dftr sistem sms database tu ye….

Reply

Aqif April 4, 2012 at 7:27 pm

Waalaikumsalam. Boleh gunakan sistem SMS yang dibekalkan oleh http://web.etsi.com.my. Ia adalah sistem yang dicadangkan oleh Dr. Azizan Osman. ;)

Reply

izzat zainal April 4, 2012 at 7:47 pm

Saya tertarik dengan sistem SMS tu.. huhu.. Boleh explore lebih lagi ni.. Artikel yang bagus !
izzat zainal recently posted..Kenapa perlu pergi seminar ? Part 2My Profile

Reply

Aqif Azizan April 7, 2012 at 9:41 am

Terima kasih tuan. Saya juga suka dengan idea SMS dan database yang beliau kongsikan. :)

Reply

Fazreen April 4, 2012 at 8:30 pm

Satu tips yang baik semoga dapat join lagi seminar DAO
Fazreen recently posted..Laser Warzone IOI Mall Terbaik!My Profile

Reply

Aqif Azizan April 7, 2012 at 9:42 am

Insya Allah tuan. Semoga kita dapat berjumpa dalam seminar Dr. Azizan di masa akan datang. ;)

Reply

Khairul Razmi April 5, 2012 at 6:42 pm

Rindu nak “recharge” energy dengan Dr Azizan. Perunding Pemasaran ETSI ada di seluruh tanah air. Anda yang berminat menggunakan pemasaran sms boleh hubungi mereka di kawasan anda. Boleh rujuk http://web.etsi.com.my.

Reply

Aqif Azizan April 7, 2012 at 9:43 am

Saya juga turut rindu untuk mendapatkan tenaga daripada Dr. Azizan. ;)

Reply

Abdul Mutalib April 6, 2012 at 2:58 pm

Salam. Teringin nak pergi dua seminar ni. Aqif dan Dr. Azizan tapi masih tak berkesempatan, hara dapat pergi selepas ini (selepas kesihatan pulih semula). Insya Allah..

Reply

Aqif Azizan April 7, 2012 at 9:43 am

Insya Allah tuan. Mudah-mudahan usaha tuan dipermudahkan. ;)

Reply

Kb April 7, 2012 at 9:37 am

Nice info. Masa SARS dulu, every airline try to reduce budget, but Tony Fernandes trippled Air Asia’s budget for marketing. Result? Air Asia is the first think people think when they want to travel….Kaedah pemasaran #4…..Reminder…..

Thanks for the info.
http://redinkblackink.blogspot.com/
(p/s: don’t forget to join my list….if u ever want to…thanks
Kb recently posted..Kerana Tamak & Haloba…Last-last Kena Tipu Dengan ‘Awang Hitam’My Profile

Reply

Aqif Azizan April 7, 2012 at 9:45 am

Terima kasih tuan kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna. Saya suka. :D

Reply

Lawrence Vision April 9, 2012 at 11:33 pm

Kalau bukan seminar MLM takpe, MLM ni seminar power tapi banyak yang menguntungkan orang atas
Lawrence Vision recently posted..Kucing Pun Makan DurianMy Profile

Reply

wandisini April 24, 2012 at 4:45 pm

haha..memang betul..dah penah terkena dulu
wandisini recently posted..Resepi Mee Goreng MamakMy Profile

Reply

Ahmad Ijat May 12, 2012 at 9:35 am

Saya dan daftar untuk seminar percuma Dr Azizan 26 Mei ni. Nak tgk sendiri power ke tak. Harap dapat tambah ilmu marketing di sana nanti. :)
Ahmad Ijat recently posted..Seluar Palazzo Kain Lycra Kualiti TinggiMy Profile

Reply

Abd Rasid June 12, 2012 at 4:28 pm

Saya dah gi SMP 3Jun2012…memang power gila..gila…sekarang tengah mengatur strategi pemasaran….mau kasi hura hara………

Reply

Rahsia Pemasaran Facebook November 25, 2012 at 3:44 pm

Sangat menarik atas perkongsian ini..:D

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: