Ebook Lubuk Rahsia Dropship – 5 Tip Penting Membangunkan Bisnes Tanpa Modal

by Aqif Azizan

Baca entri sepenuhnyaKajian yang telah dilakukan oleh laman web Arbitron mendapati, jumlah kuasa beli menerusi internet semakin meningkat dengan drastik. Ini didorong oleh teknologi yang memudahkan mereka untuk melakukan pembelian, tanpa perlu beratur panjang dan menunggu giliran.

Negara Malaysia juga tidak terkecuali. Kini bank-bank terkemuka tempatan seperti Maybank2u dan Cimb Clicks sudah diintegrasikan untuk pembeli membuat bayaran secara online.

Ini merupakan berita baik untuk para usahawan bagi mengambil kesempatan terhadap medium internet. Menurut jutawan internet tempatan, Irfan Khairi, perniagaan internet adalah perniagaan yang rendah kos dan untung maksimum. Justeru itu, hampir semua individu daripada pelbagai penjuru mampu memulakan perniagaan ini.

Antara perniagaan yang dijangka akan mendapat sambutan bermula tahun 2011 ini adalah perniagaan dropship. Dropship merupakan perniagaan internet yang hanya memerlukan kita untuk melakukan aktiviti pemasaran dan jualan sahaja. Manakala stok dan penghantaran produk akan dilakukan oleh pihak penyedia sistem dropship.

Antara kelebihan bisnes dropship adalah:

  • Kos rendah, untung tinggi.
  • Kita bebas bekerja di mana-mana.
  • Potensi untuk menjana pendapatan 4 hingga 5 angka setiap bulan.
  • Tidak perlu simpan stok.
  • Tidak perlu risau mengenai penghantaran produk.

Namun apakah faktor kejayaan bisnes internet berasaskan dropship ini? Mohd Najib bin Assadok, penulis ebook Lubuk Rahsia Dropship menyatakan, terdapat 5 tip penting yang perlu kita tahu bagi menjana keuntungan lebih 230% dalam bisnes dropship.

Tip #1 – Bijak Memilih Platfom Menjual

Platfom jualan adalah kedai online kita. Pemilihan platfom adalah penting bagi memudahkan pelawat mencari laman web kita di internet. Terdapat ratusan platfom percuma dan berbayar yang ditawarkan di internet. Oleh itu, kita perlu tahu platfom yang terbaik sebelum memulakan bisnes dropship.

Antara platfom yang terbaik di internet adalah:

  • Ebay.
  • WordPress (Content Management System / CMS).
  • Lelong.
  • Mudah.my.

Tip #2 – Kaji Pasaran

Apabila kita mengkaji pasaran, kita sedang melihat sama ada pasaran itu mempunyai kuasa beli atau sebaliknya. Kegagalan individu yang memulakan bisnes dropship berpunca daripada kurangnya pendedahan untuk melakukan kajian pasaran.

Secara asasnya, kajian pasaran boleh dilakukan menerusi penjualan produk sedia. Lihat bagaimana sambutan produk itu. Atau jika mahukan langkah yang lebih spesifik bagi mencari pasaran yang sentiasa ada permintaan, gunakan teknik yang diajar menerusi ebook Lubuk Rahsia Dropship.

Tip #3 – Memilih Pembekal dan Sistem Terbaik

Kita juga perlu bijak memilih penyedia sistem dropship yang terbaik. Di Malaysia, terdapat beberapa penyedia sistem dropship yang mempunyai reputasi yang baik, serta mempunyai pembekal produk yang telus iaitu:

Jika kita ingin menggunakan perkhidmatan dropship di peringkat antarabangsa, layari laman Artsnow untuk dapatkan maklumat lanjut.

Tip #4 – Kaji dan Belajar Daripada Pesaing (Cipta Keunikan)

Ketakutan individu pada pesaing-pesaing bisnes akan merugikan diri sendiri. Apabila bisnes kita mempunyai pesaing, ia bermakna bisnes kita mempunyai pelanggan. Bagi mengelakkan diri daripada rasa takut untuk bersaing, kita boleh lihat produk-produk pesaing kita.

Kemudian cipta keunikan yang tidak ada dalam produk pesaing. Cara ini dipanggil sebagai competitive advantage. Contohnya, jika pesaing kita menjual baju Melayu, kita boleh tambah nilai dengan memberikan songkok jenama bisnes kita secara percuma, menerusi pembelian baju Melayu.

Tip #5 – Bina Hubungan yang Baik Dengan Pembekal dan Penyedia Sistem

Hubungan yang baik di antara pembekal dan penyedia sistem dropship, adalah rahsia di sebalik kejayaan individu yang menjalankan bisnes ini. Ramai yang fikir kejayaan bisnes dropship memerlukan usaha diri sendiri.

Sebaliknya, apabila kita mempunyai hubungan yang baik dengan mereka, rangkaian bisnes kita akan menjadi lebih kukuh. Ini kerana kita mempunyai kelebihan-kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Antaranya adalah:

  • Kita berpeluang untuk mengetahui produk terhangat di pasaran sekarang.
  • Kita boleh mendapatkan tip pemasaran dan promosi daripada mereka yang berpengalaman.
  • Kita boleh memberi dan menerima idea baru daripada pihak pembekal.
  • Kita akan diberi layanan istimewa daripada segi komisyen produk.

Rahsia Lebih Mendalam – Dapatkan Ebook Rahsia Lubuk Dropship

Apabila kita sudah mengamalkan kelima-lima tip di atas secara konsisten, kejayaan bisnes dropship sudah berada dalam genggaman. Sekiranya kita mahu mengetahui lebih banyak rahsia bisnes dropship daripada individu yang berpengalaman, boleh dapatkan ebook karya Tuan Mohd Najib bin Assadok, iaitu Lubuk Rahsia Dropship.

Klik untuk layari laman web Lubuk Rahsia Dropship

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 2 comments… read them below or add one }

Safwan Seth July 30, 2011 at 8:59 pm

produk ini memang bagus,,,support after sales terbaik.

Reply

ella September 9, 2011 at 8:39 am

Salam,

Tips yang amat baik dan berguna. Kalau ada tips tentang strategi pemasaran secara lebih detail lagi best..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: