
Tajuk: Empayar Perniagaan Internet – Rahsia Membina Empayar Perniagaan Internet Anda Daripada Zero.
Penulis: Ammar Zahar.
Harga: RM50.
Muka surat: 260 muka surat.
Penerbit: Jootawan / Ammar Zahar Sdn Bhd.
Laman web: Beli Online (Klik di sini) – Dilancarkan pada 30hb April 2012.
Sebelum ini, Ammar Zahar cukup dikenali sebagai usahawan Internet Malaysia yang cukup aktif menerbitkan produk-produk informasi, seperti e-book, video tutorial, dan pelbagai lagi untuk membantu orang ramai menjana pendapatan di Internet.

Hari ini, beliau mengorak langkah yang lebih besar apabila berjaya menerbitkan buku fizikal yang pertama, yang diberi nama Empayar Perniagaan Internet.
Buku ini adalah buku yang dihasilkan 100% daripada pengalaman Ammar Zahar (Muhammad Ammar bin Zaharudin) sejak tahun 2007.
Beliau bermula tanpa modal, tanpa mentor dan hanya bergantung pada keazaman yang tinggi untuk mencapai matlamat bebas kewangan.
Empayar Perniagaan Internet (Pandang Pertama)
Pihak kami diberi peluang untuk mengulas buku ini untuk manfaat para pembaca blog Aqif Azizan (dot) com. Sebelum ini, kami sudah diberikan dalam versi digital (.pdf).

Namun pengalamannya jelas berbeza apabila membaca buku Empayar Perniagaan Internet dalam bentuk fizikal.
Reka bentuk kaver buku ini cukup menarik kerana memaparkan Ammar Zahar sebagai ikon. Di samping itu, memperkenalkan Jootawan.com sebagai satu jenama yang dikelolai olehnya.
Menurut Ammar Zahar, beliau kini sedang merangka strategi penjenamaan Jootawan dari pelbagai sudut. Buku ini adalah satu daripada strategi untuk memperkenalkan jenama ini kepada orang ramai.
Penggunaan warna yang digunakan dalam buku ini juga selaras dengan jenama Jootawan. Pandangan kami, buku ini mempunyai tarikan desainnya yang tersendiri.
Empayar Perniagaan Internet – 8 Tajuk Bakal Mengubah Kehidupan
Berikut kami kongsikan gambar yang memaparkan senarai tajuk yang terkandung dalam buku Empayar Perniagaan Internet oleh Ammar Zahar.

Terdapat 8 tajuk utama yang dikongsikan oleh beliau. Antaranya adalah:
- Mindset Jootawan Internet - Bahagian ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita teruja dan bermotivasi untuk membina empayar perniagaan Internet.
- Pembinaan Aset Internet - Ammar Zahar menjelaskan elemen-elemen yang menjadi ‘aset utama’ beliau untuk terus maju dalam industri perniagaan Internet tempatan mahupun global.
- Hubungan Joint Venture Partner - Rakan niaga kita adalah ‘emas’. Buku ini menunjukkan langkah demi langkah untuk membina hubungan yang baik dengan mereka, dan menjadikan mereka sebagai rakan pemasaran strategik.
- Pembinaan Produk Informasi - Bahagian menarik untuk diri penulis. Ammar Zahar menceritakan pengalamannya membina lebih 100 produk informasi di Internet dari pelbagai niche.
- Promosi Laman Web Anda - Berhenti membeli produk informasi lain yang berkaitan dengan pemasaran. Buku ini menjelaskan cara yang Ammar Zahar gunakan hari ini untuk memasarkan setiap produk, sehingga mencecah 6 angka dalam masa yang singkat.
- Menjual Produk Fizikal - Ammar Zahar membongkarkan beberapa rahsia (antaranya adalah cara mengkaji produk yang mempunyai permintaan hangat) untuk menjana pendapatan lumayan dengan produk fizikal.
- Pendapatan Pasif Di Internet - Beliau akan menunjukkan langkah demi langkah bagaimana menukarkan modal yang kecil, menjadi keuntungan besar tanpa perlu melakukan kerja-kerja teknikal dalam bab ini.
- Pembinaan Empayar Perniagaan Internet - Bagaimana untuk menjadi golongan 2% usahawan Internet yang berjaya mengembangkan perniagaan Internet mereka? Jawapannya adalah dalam bab ini.
Buku Empayar Perniagaan Internet – Beli Secara Online
“Kita boleh buang segala strategi ‘try & error’ dan aplikasikan strategi yang berkesan untuk membina empayar perniagaan Internet dengan buku ini.” – Aqif Azizan
Pihak kami akan mengulas bab demi bab untuk memberikan kepuasan kepada para pembaca blog ini. Dalam masa sama membantu kita membuat keputusan yang terbaik sebelum melakukan pembelian.

Berdasarkan pengalaman pertama kami membaca buku ini, Empayar Perniagaan Internet boleh dikatakan satu himpunan ilmu lengkap untuk kita bermula dari fasa:
- Buat duit di Internet, kemudian…
- Membina pendapatan pasif di Internet, dan…
- Membina empayar perniagaan Internet.
Untuk melakukan pembelian secara online, boleh rujuk laman web di bawah:
Beli Buku Empayar Perniagaan Internet (Klik Di Sini)
Klik untuk menjadi orang terawal yang memiliki buku ini. Buku Ammar Zahar ini akan dilancarkan secara rasmi pada 30hb April 2012 (Isnin).


{ 11 comments… read them below or add one }
Promosi Laman Web Anda Berhenti membeli produk informasi lain yang berkaitan dengan pemasaran. Wow pasti ini sudah lengkap. Belum ada di pasaran ke.
happysus recently posted..Cara buat backlink power guna pdf ebook percuma dan install pdf
Saya sudah membaca buku ini sekali imbas. Setakat ini perkongsian dalam buku Empayar Perniagaan Internet memang berlandaskan pengalaman Ammar Zahar.
Ia akan dilancarkan pada 30hb April 2012.
first time tengok buku ni…
Abdul Rahman recently posted..Resepi Mark Zuckerberg Menjadi Usahawan Internet Berjaya
Sebab baru diterbitkan. Masih segar dari oven.
Terbaik beb.
abangensem recently posted..Demi Sebuah Janji
Thor-baik? Hehehe. Terima kasih.
Berani menerbitkan buku ini sendiri dan memasarkannya sendiri tanpa melalui penerbitan lain yang yang sudah terkenal. Keberanian yang dikagumi.
Benar tuan. Buku saya juga tidak terbit-terbit lagi…
Reviu yang amat menarik! InsyaAllah saya akan dapatkannya kelak. Dahulu saya pernah menterjemah buku salah seorang Internet Marketer tahan air ke bahasa Melayu. Kesimpulannya, apa sahaja buku yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar individu yang telah berjaya memang patut dimiliki.
Shafina Bazilah recently posted..Seminar SEO Bongkar Rahsia Dominasi Enjin Carian
Yeay! Saya suka perkongsian Cikpuan Shafina Bazilah!
Copy-paste kaedah usahawan/jutawan yang berjaya, ditambah dengan garis panduan yang betul dan ‘fool proof’ adalah jalan singkat untuk kita kecap kejayaan yang sama, insyaAllah. Sudah tentu perlu berbekalkan usaha yang gigih dan bersikap positif.
Shafina Bazilah recently posted..Seminar SEO Bongkar Rahsia Dominasi Enjin Carian
{ 1 trackback }