Apabila kesihatan yang terganggu mampu diendahkan untuk satu situasi penting, itu bermakna kita bersedia untuk berkorban bagi mencapai matlamat tertentu. Begitu juga situasinya ketika mahu hadir ke…

Envato Community Meetup 2012. Di mana seluruh tim Envato, sebuah syarikat perniagaan Internet yang bertapak di Australia memilih Malaysia sebagai lokasi pertemuan bersama dengan pembaca dan pengguna laman web mereka seperti:
- Tuts+ Premium.
- Appstorm.
- Envato Marketplaces (Theme Forest, Audio Jungle dan banyak lagi).
- Freelance Switch.
- Creattica.
- Rockable Press.
- Dan banyak lagi.
Pertemuan bersama orang-orang hebat dalam dunia maya ini sama sekali tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Tambahan pula pemilihan peserta untuk hadir ke meetup ini adalah terhad.
Collis Ta’eed – Pengasas dan CEO Envato
Bertemu dengan pengasasnya, Collis Ta’eed merupakan satu pengalaman yang dinanti-nantikan oleh penulis. Beliau merupakan seorang yang sangat peramah, sentiasa senyum, bersopan santun dan lebih menarik, beliau begitu menghormati agama lain.

Dari perspektif personaliti dan keperibadian, penulis cukup kagum dengan Collis Ta’eed kerana beliau boleh downgrade dirinya untuk tampil seperti orang biasa.
Dalam majlis ini, tidak ada seorang pun orang yang berpangkat besar dalam syarikat, berpakaian seperti mereka berpangkat besar. Semuanya sama. Lebih mengujakan, mereka semua peramah.
Boleh dikatakan setiap teguran yang berlaku bermula daripada mereka, bukan penulis.
Namun begitu, tujuan menghadirkan diri ke majlis bukan semata-mata mahu berjumpa mereka yang hebat-hebat. Tetapi mengambil ilmu-ilmu rahsia, khususnya yang berkait rapat dengan dunia blog.
Penulis sempat untuk berbual panjang dengan beberapa orang kuat Envato berkenaan tip membina empayar blog. Antaranya adalah:
- Collis Ta’eed (CEO / Pengasas).
- Skellie (Penulis blog / Premium Manager).
- Naysan Naraqi (Rockable Manager).
- Dan beberapa lagi seperti editor Appstorm.
7 Tip Membina Empayar Blog Daripada Envato
Berikut adalah maklumat yang saya peroleh apabila berbual-bual dengan mereka di Envato Community Meetup 2012. Kebanyakan soalan yang saya ajukan kepada setiap seorang berbunyi begini:
“Sekiranya tuan mempunyai satu peluang untuk berkongsi rahsia mengenai cara membina empayar blog seperti Appstorm, apakah 1 rahsia utama yang akan dibongkarkan?”
Setiap seorang daripada nama individu yang disebutkan di atas memberikan jawapan yang menarik. Mereka tidak segan silu untuk bercakap mengenai rahsia dan strategi pembinaan empayar perniagaan Internet yang diaplikasikan sehingga hari ini.

Bagi yang belum tahu mengenai Appstorm, ia adalah satu daripada projek Envato yang berbentuk blog pendidikan. Berdasarkan sumber yang diperoleh daripada orang-orang Envato, laman web Appstorm memberikan keuntungan sekitar 7 angka setahun.
Berikut adalah 7 tip yang dikongsikan:
“Untuk membina blog perniagaan yang memberikan keuntungan lumayan, kita perlu tahu di mana arah tuju blog dalam tempoh 3 tahun dari sekarang.” – Collis Ta’eed.
“Memilih penulis untuk bersama dengan Envato adalah satu tugasan yang mencabar. Kita lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti.” – Naysan Naraqi.
“Pelbagaikan sumber pendapatan blog. Dari situ baru kita boleh tahu yang mana satu sumber pendapatan yang terbaik untuk difokuskan. Itu yang Appstorm lakukan sehingga hari ini.” – Editor, Appstorm.
“Content adalah raja untuk membina perniagaan berasaskan blog. Pembaca sekarang lebih cerewet. Justeru itu, pemilik blog juga perlu berusaha lebih keras untuk menghasilkan artikel yang berkualiti secara konsisten.” – Collis Ta’eed.
“Sumber trafik (pelawat) yang terbaik bagi kami adalah Google (SEO). Caranya mudah. Gunakan Google Keyword Tools untuk mencari kata kunci yang orang cari di Internet. Kemudian hasilkan artikel yang berkaitan dengan kata kunci.” – Editor, Appstorm.
“Bina bisnes dan buat duit dengan blog adalah dua perkara yang berbeza. Tahu matlamat kita terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.” – Collis Ta’eed.
“Di Envato, kami bukan sahaja seronok membangunkan perniagaan. Majoriti daripada staf kami begitu teruja dalam dunia pendidikan. Ini yang menjadi nadi kejayaan blog-blog Envato.” – Skellie.
Walaupun majlis ini berlangsung dalam masa 5 jam (7 petang sampai 11 malam), banyak ilmu yang saya peroleh. Di samping itu, dapat beramah mesra dengan orang-orang hebat yang bersama dengan Envato.

Dari semasa ke semasa, saya akan kongsikan ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh orang-orang hebat ini. Sebenarnya, begitu banyak perbualan mengenai rahsia blogging yang diperoleh daripada Collis Ta’eed sepanjang kami berbual.

Terima kasih Envato kerana memilih Malaysia dan memberikan peluang kepada orang baru seperti kami, untuk mencungkil rahsia-rahsia perniagaan Internet. Semoga kita dapat bertemu lagi!

PS: Hadiah penghargaan mereka juga sangat menarik. Memang ada nilai sentimental.


{ 17 comments… read them below or add one }
Terima kasih atas perkongsian ilmu. Jeles tak dapat join. Beberapa bulan sebelum event ini dah terbaca promosi diorang, tapi tak berkesempatan untuk turut serta kerana berada di luar negara ketika ini. Mesti ramai blogger-blogger hebat/developer/designer yang turut hadir
Affan recently posted..Bercuti Daripada Dunia Blog
Sama-sama Tuan Affan.
Saya juga secara kebetulan menyertai majlis ini. Kerana saya merupakan subscriber untuk beberapa marketplace mereka.
Ya, semua yang hadir hebat-hebat belaka.
Teruja !
izzat zainal recently posted..Kenapa perlu pergi seminar ? Part 2
Ohsem.
great tips dude. really make senses
Fazreen recently posted..Tip Blogging Itu Bullshit!
Terima kasih tuan. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman bersama mereka.
Hadiah dari mereka juga menarik..
Juan recently posted..Berapa saiz facebook timeline cover photos?
Hehe. Mari ke rumah jika mahu tengok hadiahnya secara langsung.
Saya akan datang nanti..;) Hehe..
Saya cemburu! :p
Zulhilmi Zainudin recently posted..3 Sebab Kerja Berkumpulan Gagal
Saya juga cemburu! Lepas ini kena selalu peka bila email mereka sampai ke inbox. Kalau tiada, check spam box!
p.s: Tuan Aqif tak mahukah pos kepada saya salah satu cenderamata Envato?

Shafina Bazilah recently posted..Seminar SEO Bongkar Rahsia Dominasi Enjin Carian
Ho yeah. Semangat ini yang kita mahu. Keterujaan yang ohsem.
Jangan cemburu. Tetapi berita sedihnya, mereka mungkin tidak akan datang ke Malaysia pada tahun hadapan. Setiap tahun lokasi meetup berbeza.
Lagi mengukuhkan alasan untuk Tuan Aqif poskan cenderahati kepada saya! Heh!

Shafina Bazilah recently posted..Seminar SEO Bongkar Rahsia Dominasi Enjin Carian
Fuuhh… memang bertuah sangat dapat berjumpa dan berkongsi maklumat lebih-lebih lagi dengan pengasas dan ceo sesebuah empayar besar seperti Envato… Nanti jgn lupa kongsikan lagi info menarik tuan aqif…
Wah! Saya sedang menunggu rahsia-rahsia blogging terbaik seperti blogger aqif cakapkan. Mesti pengalaman di majlis itu begitu berharga kan? Ruginya…
Wah, seronok.
Saya memang teruja sangat jika dapat pergi program mat saleh.
Banyak rahsia dari mereka.
{ 1 trackback }