Aqif Azizan (dot) com

Blog Ini Sudah Terkubur. Penggantinya Sudah Ada.
Tajuk yang kontroversi.

Saya suka.

Bagi pembaca blog Aqif Azizan. Sudah lebih 3 tahun blog ini hidup dan menulis maklumat-maklumat dari pelbagai bidang. Khususnya bidang penulisan dan bisnes.

Namun semuanya akan berakhir hari ini.

Blog ini tidak tutup. Akan terus dibuka bagi tatapan para pembaca yang baru mahupun lama.

Cuma post baru tidak lagi aktif di sini.

Saya dan tim bergerak secara total menerusi blog Write to Wealth.

Write to Wealth – Maklumat Ringkas

Write to Wealth adalah jenama baru di bawah kendalian saya. Ia dibangunkan dengan satu tujuan. Memaksimumkan kuasa penulisan untuk menjadi dua kategori jutawan:

Jutawan dunia – Menerusi penguasaan perkataan bagi menarik lebih ramai pelanggan dan mencipta mesin duit.

Jutawan akhirat – Menerusi penghasilan penulisan-penulisan yang berbentuk ilmiah lagi bermanfaat untuk tatapan para pembaca di bumi Malaysia.

Write to Wealth masih lagi berstatus bayi. Penting untuk jenama ini terus dipasakkan dalam minda pelanggan. Keutamaan kami bukan duit. Setiap ketulan duit yang masuk ke akaun bank syarikat di bawah jenama Write to Wealth akan dimasukkan ke dalam akaun aset.

Maksud Akaun Aset

Akaun aset adalah apa sahaja pembelian yang mencipta satu lagi saluran duit. Write to Wealth mengamalkan mazhab bisnes ikat perut selama 3 tahun, bagi membentuk telaga duit yang deras untuk tahun-tahun akan datang.

Manakala fokus model bisnes kami adalah: Produk informasi dan juga servis copywriting.

Setiap duit masuk, bukan untuk menampung keperluan nafsu seluruh tim syarikat. Duit akan digunakan untuk memakmurkan lagi ekonomi ummah. Kami juga sedang aktif mencari badan-badan kebajikan yang perlukan pertolongan .

Write to Wealth – Membentuk kekayaan berlegasi dengan penulisan.

Kami akan teruskan perjuangan bersama tim yang besar pada tahun hadapan.

Untuk itu, tuan puan boleh dapatkan tip-tip penulisan lanjutan daripada saya menerusi blog Write to Wealth.

3 Tip Jadi Penulis Kaya Raya
Seronok dengan perkembangan dunia penulisan di Malaysia. Khususnya arena penulisan non-fiksyen atau dalam mazhab Aqif Azizan, ia dipanggil sebagai buku bisnes.

Keterujaan yang memuncak sahaja tidak cukup untuk merealisasikan impian insan bagi menjadi seorang penulis berkaliber, buat banyak duit dan berkredibiliti tinggi. Keutamaan utama adalah mempunyai skil yang bagus dalam penulisan.

Berdasarkan pengalaman selama 4 tahun berkecimpung dan hidup dengan perkataan demi perkataan yang dihasilkan, berikut adalah tip simpel yang boleh dipraktikkan. Tujuannya supaya kita boleh menjadi penulis yang konsisten menghasilkan karya-karya berwang (membawa duit masuk ke poket).

Tip 1 – Rancang Kejayaan Diri

“Apakah panggilan dan gelaran yang kita mahukan?”

Merancang kejayaan bermula pada pembentukan jenama diri. Lagi jelas jenama itu, lagi mudah untuk merancakkan lagi kejayaan si penulis. Apakah gelaran yang kita mahukan?

Contoh-contoh gelaran adalah seperti berikut:

Penulis buku sejarah Islami.

Pakar penulisan bisnes.

Jutawan perkataan.

Asas pembentukan jenama diri wujud daripada kepercayaan. Kita percaya kita layak memegang takhta jenama itu. Skripnya seperti, “Aku mahu dikenali sebagai _____________.”

Tip 2 – Belajar Curi Idea Orang Lain

“Writers block itu adalah aktiviti yang dibuat-buat, supaya kita ada alasan untuk tidak berkarya atau menulis.”

Ketandusan idea adalah satu masalah yang kuno. Hari ini, limpahan idea sudah tersedia untuk kita hadam. Sebagai contoh, enjin carian seperti Google khususnya sudah membekalkan bilion sumber maklumat.

Kita hanya perlu taip dan akses. 100% percuma. Jika kena bayar, lain ceritanya.

Tip 3 – Tulis Buku

“Tanpa buku, impian menjadi penulis sepenuh masa kurang bermakna.”

Harga diri penulis terletak pada kad bisnes mutlaknya, iaitu buku. Penulis yang tidak ada buku sukar untuk meletakkan harga servis yang tinggi kepada khalayak umum. Buku juga boleh dijadikan satu sumber duit yang lumayan berbentuk royalti.

Parah, Parah, Parah

Jangan sekadar baca dan berharap. Musnahkan dinding dan dialog Mat Jenin yang sekadar berfoya-foya dengan angan-angannya seperti, “Seronoknya hidup sebagai seorang penulis…”

Mula menembusi media saat ini. Boleh mula menulis di blog. Mula merangka kejayaan kita sebagai penulis.

Pengalaman diri sendiri menjelaskan, apabila seseorang itu menguasai dunia penulisan, maka mereka mudah jadi jutawan. Sebab dalam dunia ini, semuanya memerlukan perkataan.

Skil Keramat Sebelum Jadi Penulis Jutawan
Blog ini sudah bersawang dari sudut konsistensi penerbitannya.

Namun ilmu yang boleh diceduk semenjak blog ini ditubuhkan masih lagi berterusan sampai bila-bila. Selagi mana saya tidak alpa untuk topup domain dan hosting setiap tahun.

… Atau ada yang sudi mahu taja blog yang mempunyai 10,000 pelawat hebat setiap bulan? Boleh hubungi saya sekarang.

Segala puji bagi Allah. Bulan Februari 2013 adalah bulan yang baik-baik. Setiap penulis ada waktu keras dan lembiknya. Ketika ini, selain daripada fokus untuk sihatkan badan, saya juga merangka pelan baru untuk meraikan lebih ramai penulis jutawan di Malaysia.

Antara perancangannya adalah:

Buat kelas penulisan (Berbayar dan percuma).

Grup mastermind.

Personal coaching (Secara online dan dunia realiti).

Skil Keramat Untuk Berjaya Sebagai Penulis

Ramai yang bertanya,

“Apakah skil utama untuk seseorang itu dapat hidup mewah dengan penulisannya?”

Jawapannya mudah tetapi sukar untuk dipraktikkan.

Skil itu adalah,

“Kemampuan untuk memaksa diri supaya menulis setiap hari walau apa jua berlaku dalam hidup. Walaupun ketika itu kita sedang sakit tenat sekalipun.”

Penulis hidup mewah dengan penghasilan perkataannya. Jadi penting untuk setiap penulis mempunyai skil untuk memaksa diri sendiri supaya mewujudkan tabiat konsisten.

Bukan mudah. Namun tidak mustahil.

Kelas Penulisan Buku – Menulis Karya Sedap Dibaca & Dihadam

Pada 3hb Mac 2013, pihak SCON Publishing Sdn Bhd menjemput saya untuk berkongsi teknik-teknik penulisan buku. Dalam sesi selama 4 jam ini, saya akan berkongsi kepada tuan puan yang mahu memulakan langkah sebagai penulis jutawan.

Ramai orang boleh menulis. Tetapi hanya segelintir sahaja yang faham bagaimana untuk menghasilkan karya yang sedap dibaca. Yakni karya yang diraikan dan didoakan oleh setiap pembaca kepada penulisnya.

Jawapannya ada di sini (Klik Sekarang).

… Atau tuan puan boleh bertemu saya di MPH One Utama pada 24hb Februari 2013 (Ahad). Bermula pukul 2 petang hingga 4 petang. Topiknya juga hampir sama.

Rahsia Kahwin Bajet – Jimat Duit, Jimat Air Mata, Jadi Menantu Kesayangan
Sengih. Senyum. Suka.

Perkahwinan adalah nikmat dunia yang juga menjadi jambatan untuk masuk ke syurga. Dalam masa sama, terdapat beberapa virus-virus negatif yang sudah bersemadi ke dalam minda masyarakat.

Virus-virus ini biasanya mencacatkan ruang, peluang dan harapan untuk kedua-dua kaum Adam dan Hawa untuk bersatu, bagi meraih nikmat syurga.

Antara virus-virus yang bersemadi adalah:

Adat Oh Adab

Adat dan adab tidak salah. Ia bukan medium perosak penyatuan bakal suami dan isteri. Bezanya adalah adat dan adab itu diikut-ikut secara keterlaluan. Antara yang popular sekarang adalah nilai hantaran wajib ikut kelayakan akademik seseorang.

Majlis Kahwin = Berhutang

Seorang rakan bercerita, “Aku terpaksa membuat pinjaman bank untuk menanggung kos majlis perkahwinan. Kini hubungan kami semakin retak kerana sering bergaduh dengan masalah hutang.”

Kumpul Harta Baru Kahwin

Sudah ada RM1,000,000 juta dalam poket, baru mahu cari calon isteri. Kumpul harta banyak-banyak supaya keluarga tidak hidup susah. Nawaitu yang baik. Tetapi kadang-kadang makan diri.

Rahsia Kahwin Bajet – Seminar Comeback Sabri Saifulsham

Tarikhnya: Ahad (3 Mac 2013)

Masanya pula: 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Lokasi dan harganya? Di sini (KLIK)

Dalam Seminar Rahsia Kahwin Bajet, kita akan belajar tentang teknik dan strategi pengurusan wang, komunikasi, dan sumber untuk jimat kos kahwin. Selain itu:

Belajar Teknik 7 Jalan Pintas

Formula ringkasnya adalah PSP (Bukan Playstation Portable). Yang membawa maksud:

P – Pihak berkepentingan (stakeholder).

S – Sumber.

P – Program.

Strategi ini membentuk gaya fikir dan mencipta strategi untuk kita kenal pasti dengan siapa yang perlu kita berurusan, untuk mengurangkan lebih banyak kos kahwin yang tidak sepatutnya.

Kemudian diikuti dengan perancangan sumber atau item yang diperlukan untuk majlis. Seterusnya merancang majlis supaya ia berimpak tinggi dari kaca mata hadirin walaupun berkos rendah.

Jimat Usaha dan Air Mata

Buangkan drama-drama yang tidak patut dalam mencipta hubungan yang Allah rahmat dan berkat, seperti bekerja separuh mati semata-mata untuk menampung kos-kos perkahwinan yang tidak sepatutnya.

Dalam seminar ini, Tuan Sabri (seorang pekerja, usahawan, dan suami orang) akan tunjukkan caranya.

I Love You, My Menantu

Teknik yang bakal ditunjukkan bukan sahaja selamatkan diri sendiri. Malah membuatkan diri disayangi ibu bapa mertua dan seangkatan dengannya. Baru majlis bercampur-campur dengan perasaan lega, nikmat dan berkat.

… Bagaimana mahu sertai? Daftar di sini (Ada Tawaran Hebat)

Muat Turun – Mini Ebook PERCUMA

Jangan sertai majlis ilmu ini selagi belum faham pengisiannya secara total.

Muat turun dahulu mini ebook “7 Kesilapan Ketika Merancang Perkahwinan.”

Ebook ini menjelaskan simptom-simptom yang bakal memusnahkan hubungan dan majlis perkahwinan kita. Baca dan kenal pasti simptom. Kemudian hapuskan simptom itu dengan hadirkan diri ke Seminar Rahsia Kahwin Bajet.

Jadi Kaya Harta Sebagai Penulis Marketer
Situasi trauma yang berlaku dalam diri penulis baru dan penulis berpengalaman biasanya berkait rapat dengan idea. Sinonimnya adalah content.

Mereka mahu karyanya unik. Jadi golongan penulis seperti ini beranggapan idea adalah segala-galanya. Tanpa idea yang luar biasa atau super, karya mereka tidak akan laku keras.

Pendapat ini tidak betul. Untuk karya kita laku keras, senjata utamanya adalah menguasai aspek pemasaran. Iaitu cara untuk memperkenalkan dan menarik minat untuk orang ramai membaca karya kita.

Lemah Pemasaran, Karya Tidak Laku

Kebanyakan penulis lemah dari sudut pemasaran. Mereka lebih cenderung untuk fikirkan idea penulisan yang terbaik. Lantas menyebabkan golongan seperti ini menghabiskan banyak masa untuk perah otak.

Terdapat dua jenis penulis. Mereka ini saling memerlukan antara satu sama lain:

Researcher.

Marketer.

Researcher

Mereka ini bertugas sebagai penulis yang menghimpunkan data, statistik dan maklumat-maklumat berbentuk autoriti. Tetapi jarang mengetahui cara untuk mempromosikan bahan-bahan ini dengan lebih efektif.

Golongan penulis ini terdiri daripada golongan para pengkaji dan analisis. Mereka obses dengan menghimpunkan maklumat berkualiti. Tanpa ambil peduli samada bahan itu boleh laku keras atau sebaliknya.

Marketer

Golongan kedua pula adalah golongan yang mengambil peluang daripada sumber sedia ada. Mereka ini melariskan kajian-kajian yang dilakukan oleh golongan researcher.

Sebagai contoh, mereka gunakan data-data daripada sumber researcher. Kemudian data itu diterjemahkan kepada bahasa yang mudah difahami oleh para pembaca.

Marketer adalah penulis yang bijak ambil peluang terhadap sumber orang lain. Mereka kuasai beberapa teknik penulisan seperti:

Adaptasi.

Headline.

Result-oriented information.

Untuk jadi penulis yang buat banyak duit, maka pilihan terbaik adalah menjadi sebagai seorang penulis yang memegang mazhab marketer. Kita bukan sekadar mempunyai potensi untuk memperoleh banyak duit.

Penulis Marketer - Lariskan Karya Researcher

Malah kita melariskan maklumat-maklumat penyedia sumber daripada golongan penulis researcher. Sebab itu penulis marketer mempunyai sifat mengenal pasti sasaran pembaca dengan jelas, kemudian mengolah isi kandungan orang lain untuk memenuhi keperluan sasaran pembacanya.

Buku Buat Duit Dengan Freelance Blogging adalah buku yang menggunakan pendekatan sebagai penulis marketer. Yakni menggunakan sumber sedia ada menerusi buku, blog dan kajian orang lain sebagai hidangan kepada golongan pembaca yang tertentu.

Tip Penulisan – Bagaimana Obses Menulis Setiap Hari
“Tulis. Tulis. Tulis.”

Dialog di atas biasa digunakan oleh majoriti penulis apabila memberikan nasihat kepada bakal-bakal penulis. Dialog ini tidak salah. Apabila menjadi seorang penulis, memang tugas mereka adalah menulis selagi mana yang termampu.

Penulisan atau olahan karya menerusi bait-bait perkataan dibentuk menerusi satu perbuatan. Perbuatan itu adalah memahami.

Apabila kita memahami subjek. Baru kemudian kita mengolah mengikut citarasa dan gaya bahasa yang kita selesa serta suka. Ini yang menjadikan diri seorang penulis itu unik, pelik dan hebat.

Gerabak Pembaca

Prinsip pertama sebagai seorang penulis adalah bergerak sebagai seorang pembaca yang aktif. Selain daripada membaca, terjemahan karya penulis juga boleh diolah apabila mereka menjadi pengamal industri yang aktif.

Sebagai contoh, Firdaus (bukan nama sebenar) adalah seorang akauntan yang menguruskan akaun syarikat yang bernilai jutaan ringgit.

Sebagai pengamal industri, beliau boleh berkongsi pengalamannya menguruskan akaun syarikat, amalan aliran wang tunai syarikat supaya bank suka untuk berikan pinjaman kepada syarikat, dan pelbagai lagi.

Pembaca dahagakan kedua-dua jenis pembaca ini:

Pengamal industri.

Pembaca aktif.

Kedua-duanya ada pasaran tersendiri.

Bagaimana Obses Menulis

Selepas kenal pasti diri kita berada dalam golongan penulis yang mana satu, langkah seterusnya adalah mencipta semangat yang membuak-buak untuk menulis setiap hari. Dalam bahasa mudahnya, obsesi.

Penulisan ibarat roda. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Semangat penulisannya boleh turun dan naik. Justeru itu, penting untuk kita memaksimumkan ketika ia sedang ghairah atau naik.

Penting juga untuk kita respon dengan pantas apabila semangat kita sedang merudum. Kedua-duanya adalah situasi yang membentuk disiplin sebagai seorang penulis.

Langkah-langkah Wujudkan Obsesi

Berikut adalah pendekatan yang penulis dan bakal penulis boleh amalkan untuk mencipta obsesi:

1 Muka Surat Sehari

Minda boleh rasa bebannya apabila kita berdialog, “Aku mesti tulis 10 muka surat sehari.” Dalam dunia penulisan, bebanan seperti ini biasanya makan diri dan bunuh produktiviti.

Maka pilih untuk menulis 1 muka surat sahaja sehari. Percaya atau tidak, ketika memulakan penulisan, biasanya kuantiti muka surat lebih daripada 1. Dunia penulisan ibarat kereta yang perlu panaskan enjin sebelum ia boleh berjalan dengan lebih jauh.

1 Buku Sehari

Jangan pilih buku yang kita tidak suka. Pilih buku yang kita mahu kuasai ilmunya. 1 hari 1 buku. Semakin banyak kita membaca, semakin lebar nilai ilham yang dapat diserap ke dalam minda.

Aktif membaca buku juga melatih penggunaan bahasa yang baik apabila menulis. Pilih 1 jenis topik sahaja yang kita suka.

1 Kawan Akrab Penulis

Bau penulis itu melekat lebih kuat apabila kita sendiri mempunyai rakan-rakan penulis. Bermula dengan seorang rakan yang meminati bidang penulis. Bersahabat dengannya. Cipta keakraban.

Karya lebih banyak terhasil apabila sinerginya betul.

Bermula Dengan Ebook

Ebook “7 Hari Siapkan Ebook” adalah ebook yang ditulis untuk membantu golongan:

Dari bakal penulis menjadi penulis tegar.

Penulis yang berminat mahu tahu cara penulisan ebook yang pantas dan sedap dijamah pembaca.

Penulis yang mahu buat duit lumayan dengan ebook.

Beli di sini >> 7 Hari Siapkan Ebook (KLIK SEKARANG).

Kenyataan Rasmi: Aqif Azizan Berundur Dari Majalah Niaga
28hb Januari 2013: Dengan ini, saya Muhammad Aqif bin Azizan secara rasmi memberikan kenyataan bahawa saya tidak lagi bersangkut paut dengan dua projek syarikat Inovattic Solution iaitu:

Majalah Niaga.

Komik Niaga.

Pengunduran ini berkuatkuasa secara rasmi bermula 1hb Februari 2013 (Jumaat).

Sebagai individu yang bertanggungjawab membangunkan dua jenama besar ini, saya mendoakan agar projek ini terus maju dan hebat di masa akan datang. Pengunduran diri ini adalah cara yang terhormat dan dipersetujui oleh rakan niaga dan pihak atasan yang terbabit.

Pengunduran secara umumnya melibatkan isu kesihatan peribadi yang melanda diri.

Secara peribadi, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Hasbul ‘Aqill, Tuan Hasbul Ariff, Encik Idris, Tuan Adly Mukhtar, Tuan Zhafran dan seluruh warga kerja Flarebiz Network serta Inovattic Solution.

Kalian adalah mentor saya dahulu, kini dan selamanya. Perkongsian ilmu dan perjuangan kita bersama ini adalah nilai yang besar. Terima kasih atas segala-galanya.

Untuk itu, saya tidak lagi menguruskan segala projek berkaitan Majalah Niaga dan Komik Niaga. Malah saya tidak lagi menjenamakan diri saya sebagai pengasas bersama Majalah Niaga dan Komik Niaga.

Siapa Mentor Penulisan Saya – Dia, Si Nenek Tua
Setiap kali berjumpa dengan pembaca-pembaca karya Aqif Azizan, soalan yang biasa ditanya adalah:

Siapakah mentor penulisan tuan?

Kita mudahkan cerita. Saya ramai mentor penulisan. Namun mentor yang benar-benar asah minat saya dalam bidang penulisan ini dua orang sahaja. Pertama, Tuan Zamri Mohamad.

Nanti saya tulis satu entri panjang tentang beliau. Kerana dalam entri ini, semuanya tentang mentor seorang lagi. Beliau menggelarkan dirinya sebagai “Si Nenek Tua”.

Nenek Tua – Jutawan Otak Geliga

Walaupun gelarannya nenek, namun ilmunya jauh lebih hebat daripada insan-insan yang saya kenali dalam arena penulisan. Si nenek tua yang saya maksudkan adalah Puan Ainon Mohd. Beliau adalah Pengerusi syarikat penerbitan buku gergasi Malaysia, iaitu PTS Publications Sdn Bhd.

Waktu yang tidak boleh dilupakan adalah ketika saya belajar teknik penulisan berpengaruh di hadapan beliau. Cikpuan Azzah Abdul Rahman saksinya. Kelas tidak formal itu berlangsung dari pukul 1.45 petang sehingga 4.45 petang.

3 jam yang begitu bermakna. 3 jam yang benar-benar mengubah kehidupan dan rentak penulisan.

Teknik Penulisan Berpengaruh

Kena hentam itu perkara biasa. Puan Ainon Mohd. adalah seorang guru yang berdedikasi dan cukup fokus apabila berkongsi ilmu. Saya ingat lagi setiap lafaz perkataannya, apabila mengajar saya tentang teknik penulisan berpengaruh (persuasif).

Satu per satu perkataan disebut pekat dan padat. Supaya saya faham dan tiru bulat-bulat. Teknik-teknik penulisan ini adalah berdasarkan mazhab Puan Ainon Mohd. secara total.

Pada mulanya, saya agak skeptik untuk menjadi pengamal. Namun atas dasar percaya dan kewajipan mendengar cakap cikgu yang baik akhlaknya, maka saya teruskan sahaja.

4 Tahun Sudah Hidup Lumayan Dengan Penulisan

Apa yang membuat saya tersenyum adalah hasilnya hari ini. Masuk tahun 2013, sudah 4 tahun saya hidup dengan perkataan. Bukan soal lumayan. Tetapi soal impian.

Hidup dengan karya-karya sendiri adalah impian yang saya idamkan sejak dahulu lagi. Itu sebabnya saya cukup bersyukur dan gembira dengan kehidupan yang saya lalui hari ini. Kerana semua perkataan-perkataan Aqif Azizan bernilai tinggi.

Kali terakhir bertemu dengan Puan Ainon Mohd, beliau berkata:

“Saudara sudah rasai sendiri kesannya apabila mengamalkan teknik penulisan berpengaruh yang saya kongsikan dahulu.”

Kelas Teknik Penulisan Berpengaruh – Mazhab Ainon Mohd.

Teknik penulisan berpengaruh menjangkaui segala-galanya. Dengan amalan teknik penulisan ini, kita bukan sahaja mudah untuk buat duit. Malah pembaca hormat, tabik dan yakin terhadap diri si penulis. Dalam erti kata lain, teknik penulisan berpengaruh adalah teknik yang menjadi amalan para penulis jutawan.

Saya tidak pasti Puan Ainon Mohd masih lagi terima anak murid yang baru. Beliau kini sibuk dengan perjuangan barunya iaitu Ainon Mohd Business School. Namun saya kini bersedia untuk berkongsi mazhab penulisan beliau kepada orang ramai.

Nantikan maklumat kelas penulisan di masa akan datang.

Cara Jadi Jutawan Perkataan
Selesai sudah sesi 2 hari Mentorship Penulisan Buku Bisnes.

Walaupun 2 hari, namun penyampaian ilmu penulisan yang peserta peroleh melebihi 3 tahun. Apa yang berlaku pada diri mereka selepas hadir ke sesi ini?

… Mereka lebih dekat dan obses untuk menjadi jutawan perkataan.

Insan yang hadir bukan calang-calang. Mereka ini orang-orang bisnes yang lebih hebat daripada trainer.

Namun mereka ada satu matlamat yang sama. Mahu maksimumkan setiap perkataan untuk:

#1 – Tingkatkan Respon Pelanggan

Mereka tahu.

Apabila struktur setiap perkataan itu betul dan menyentap pelanggan, bisnes mereka akan berada di tahap yang lebih bagus daripada pesaing lain.

Sebab itu mereka hadir dan belajar selama 2 hari.

#2 – Tingkatkan Jualan, Kurang 60 Saat

Mereka tahu.

Apabila setiap tulisan itu mengandungi unsur direct response, setiap perkataan dan ayat dalam kempen pemasaran mereka bertukar menjadi responsif.

Dalam erti kata lain, huru-hara.

Minta maaf. Terpaksa jadi begitu.

Sebab itu mereka hadir dan belajar selama 2 hari.

#3 – Naikkan Harga Air Liur Sendiri

Mereka tahu.

Apabila mereka mempunyai buku bisnes yang persuasif (berpengaruh) dan membuatkan pembaca tergila-gilakannya, maka nilai air liur mereka meningkat dengan serta merta.

Mereka menjadi juara industri. Mereka berada dalam kelompok jutawan industri. Air liur mereka bertukar jadi mahal-mahal belaka. Orang sanggup bayar kerana mahu dapatkan nasihat.

Sebab itu mereka hadir dan belajar selama 2 hari.

… Sekarang ini mari kita lihat hasilnya hari demi hari.

Semoga Allah permudahkan segala usaha dan pelaburan tuan puan. Saya cuma berkongsi ilmu yang ada. Tuan puan adalah perlaksananya.

Coaching Jutawan Perkataan

Bagi sesiapa yang berminat untuk sertai coaching seperti ini.

Minta maaf. Penyertaannya sudah tutup.

Ia eksklusif untuk peserta Majalah Niaga yang hadir ke Seminar Penulisan Bisnes.

Namun begitu. Jika ada sebarang ruang dan peluang untuk saya adakan sekali lagi, maka tuan puan boleh menerima notifikasi dengan segera.

Syaratnya adalah:

E-MEL KE: aqifazizan@gmail.com.

TAJUK: “Saya Jutawan Perkataan.”

ISI: Nama, nombor telefon, alamat dan Facebook.

Tawaran ini sah sehingga 30 Januari 2013. Selepas tarikh ini, maka semua e-mel tidak akan dilayan.

Sebab ia hanya untuk orang yang serius dan pantas bertindak.

Bagaimana Tulis Buku – Susah atau Alasan Si Pemalas
E-mel bertalu-talu bertanyakan soalan yang maksudnya seperti,

“Aqif! Tolong ajar saya menulis buku. Saya mahu belajar.”

Serius seronok baca e-mel seperti ini. Namun ayat seterusnya membuatkan diri ini rasa seperti menjadi penulis murahan.

Ayatnya adalah:

“Saya mahu belajar secara PERCUMA. Ya, 100% PERCUMA. Saya TIDAK MAHU BAYAR.”

Walaupun saya akui bahawa saya adalah mata duitan. Namun sebagai penulis, saya menganggap mata duitan ini menjadi alat tukaran kepada nilai dari sudut ilmu atau skil yang bermanfaat dan berkualiti tinggi.

Bukan saya seorang sahaja melihat ini sebagai satu keadaan manja dan kritikal.

Jurulatih penulisan lain (fiksyen dan non-fiksyen) juga mempunyai pandangan yang sama.

Namun begitu, entri ini lebih kepada perkongsian. Bukan cacian.

Bagi yang mahu belajar secara percuma, berikut adalah tip mudah untuk dihadam, bagi merealisasikan impian menjadi seorang penulis. Kebanyakan tip ini adalah menjurus kepada Tip Menulis Buku Versi Non-fiksyen.

Saya tidak akan cerita ‘Kenapa Perlu Tulis Buku’.

Mungkin di entri akan datang.

Notis #1 – Peraturan Dualisme

Kenyang lawannya lapar. Putih lawannya hitam. Tinggi lawannya rendah.

Begitu juga dalam dunia penulisan buku. Tulis lawannya baca. Justeru itu, sebelum mempunyai keghairahan untuk menulis buku, kenal pasti diri kita terlebih dahulu. Adakah kita boleh dikategorikan sebagai insan yang rajin membaca?

Tidak perlu jadi ulat buku. Asalkan seronok membaca dan tidak pernah sekalipun rasa membaca itu satu aktiviti yang membebankan.

Jika suka membaca, maka boleh menulis. Orang yang hebat menulis, orang itu juga hebat membaca.

Notis #2 – Dunia Buku Tidak Indah

Royalti ratus-ratus ribu? Royalti juta-juta? Semuanya dengan terhasilnya satu buku?

Tidak mustahil. Dalam masa sama, jangan berangan.

Jangan berangan jika sehingga hari ini, satu buku pun masih belum kita hasilkan. Jangan berangan jika hari ini kita tidak pergi ke mana-mana kelas penulisan, untuk menterjemahkan idea menjadi buku.

Dunia buku hanya indah, apabila di tangan kita mempunyai buku sendiri.

Notis #3 – Duit Matang Apabila Ada Estet

Jangan tulis satu buku. Tetapi tulis banyak buku yang fokus genrenya.

Pesan mentor Ainon Mohd., “Untuk hidup mewah dengan buku, tulis banyak buku.”

Peringatan yang mudah, namun sukar untuk direalisasikan. Namun begitu, saya berpegang pada teknik Tuan Syaizul Amal, yakni Pengurus Besar jenama Ain Maisarah (Novelis Terkenal).

Tekniknya adalah, “Merancang 4 buah karya dalam satu genre (niche) sekaligus.”

Notis #4 – Kuasai Satu Teknik

Lain penulis buku, lain mazhab penulisannya. Ada yang suka menulis gaya bercerita. Ada yang suka menulis fakta berjela-jela. Ada yang tulis seperti angin sepoi-sepoi bahasa.

Penulis buku tidak sempurna dan tidak menguasai semua teknik penulisan. Mereka hanya menulis dengan cara yang mereka selesa.

Tugas kita? Pilih mana yang kita selesa. Kuasai satu sahaja teknik terlebih dahulu.

Notis #5 – Muka Tebal

Beranikan diri untuk promosikan karya.

Gunakan apa sahaja ruang dan medium yang ada untuk menghebahkan buku kita di mata khalayak ramai.

Cipta satu mesej yang dapat simen persepsi buku kita dalam minda pembaca. Sebagai contoh, jika kita menulis buku motivasi, maka wujudkan nafas baru dalam penyampaian mesej buku kita kepada orang ramai.

Antara contoh yang terbaik, bagi menggantikan ayat, “Buku ini adalah buku motivasi…” adalah:

“Buku ini menghidupkan kembali manusia yang rasa mereka sudah mati ditelan keperitan hidup.”

Coaching Penulisan Buku

Selesai sudah notis percuma. Bagi yang bertanya tentang kelas penulisan secara peribadi (one-to-one coaching session), ia tidak lagi dibuka buat masa ini.

Namun boleh masukkan nama ke dalam WAITING LIST.

Sebaik sahaja ia dilancarkan semula, tuan puan akan menjadi orang terawal (dan pertama) yang mengetahuinya.

Ini Langkah-langkahnya

E-melkan maklumat berikut ke aqifazizan@gmail.com.

Nama penuh.

Nombor telefon.

Alamat.

Tawaran ini sah sehingga 9 Januari 2013 sahaja. Selepas tarikh ini, penyertaan nama akan ditutup dan tidak akan dilayan.