Dalam dunia ini, majoriti manusia gagal adalah mereka yang tergolong dalam golongan biawak, atau mereka yang berkawan dengan rakan-rakan yang termasuk dalam golongan biawak.

Biawak, apakah maksud yang disebalik nama binatang ini?
Biawak adalah gelaran yang dinyatakan oleh jurulatih kejayaan nombor satu Malaysia, iaitu Dr. Azizan Osman, untuk golongan manusia yang:
- Suka menjatuhkan orang lain.
- Suka menyalahkan orang lain.
- Sering berasa tidak selesa apabila orang sekeliling ingin mengecapi kejayaan.
Biasanya dialog yang digunakan oleh golongan biawak ini adalah seperti berikut:
- Apabila kita mempunyai impian, mereka akan berkata, “Engkau tidak payah berangan untuk mengecapi impian itu.”
- Apabila kita mahu melakukan sesuatu, mereka akan berkata, “Engkau tidak akan boleh melakukannya.”
- Apabila kita berazam untuk menjadi kaya, mereka akan berkata, “Engkau ditakdirkan untuk hidup sebagai orang miskin, bukan orang kaya.”
Dalam kehidupan seharian kita, golongan biawak ini ada di mana-mana sahaja. Ia boleh jadi rakan, saudara mara, malah termasuklah adik beradik dan ibu bapa kita.
Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Biawak
Berkomunikasi bersama golongan-golongan biawak adalah satu tindakan yang berisiko. Ia adalah tindakan yang membawa kita ke kancah kegagalan hidup.
Sedangkan manusia yang tidak suka merokok boleh rasa ‘ingin mencuba’ apabila melepak dengan golongan perokok, sama juga realitinya jika ingin berjaya. Kita tidak boleh bergantung pada rakan-rakan yang memberikan input negatif.
Justeru itu, bagi yang benar-benar serius untuk mengubah kehidupan, mengelakkan diri daripada golongan biawak adalah satu tindakan yang wajib. Jika tidak, nescaya ia akan memusnahkan harapan kita untuk mencapai sesuatu yang bermakna dalam hidup.
Golongan Biawak – Cara Mengelakkan Diri
Terdapat beberapa cara mengelakkan diri daripada golongan biawak ini. Antaranya adalah:
- Sentiasa berusaha memilih kawan.
- Jangan tinggalkan biawak, cari lain.
- Fikirkan tentang masa depan sendiri.
#1 – Sentiasa Berusaha Memilih Kawan
Apabila hendak memilih rakan, ambil masa selama mungkin untuk mengenali diri mereka terlebih dahulu. Ketahui sama ada mereka ini bakal menyokong atau memusnahkan impian yang kita inginkan dalam hidup.
Analisis boleh dilakukan menerusi penceritaan tentang impian kita. Lihat reaksi dan tutur kata mereka. Sekiranya pandangan yang diberikan konstruktif, iaitu menyokong atau menambah baik daripada penceritaan asal, maka itu adalah golongan rakan yang sesuai.
Jika sebaliknya, maka…
#2 – Jangan Tinggalkan Biawak, Cari Lain
Perbuatan meninggalkan golongan biawak semata-mata tidak digalakkan. Ini kerana bukannya 100% salah mereka kerana tidak menyokong kita.
Kebanyakan golongan biawak lambat laut akan mendekatkan diri dan memberikan sokongan, apabila mereka melihat kejayaan-kejayaan kecil yang kita kecapi. Justeru itu, jangan tinggalkan tetapi teruskan pencarian untuk mencari mereka yang menyokong.
Mencari manusia yang menyokong kita adalah satu proses dan perjalanan yang panjang. Namun setiap pencarian itu berbaloi.
#3 – Fikirkan Tentang Masa Depan Sendiri
Jika kita terus bersama dengan golongan biawak, kita memilih untuk mengikut arus kehidupan orang lain. Dengan kata lain, kita membenarkan mereka untuk menetapkan hala tuju kehidupan kita.
Kepuasan hidup bermula dengan melakukan sesuatu berlandaskan apa yang kita mahu. Justeru itu, fikirkan tentang masa depan sendiri dan buat keputusan untuk tidak bersama dengan golongan biawak.
Kita Dicorakkan Oleh Kawan
Selain daripada ibu bapa dan guru, rakan-rakan di sekeliling juga adalah pencorak kehidupan kita. Berkawan dengan golongan yang berfikiran negatif dan destruktif akan membinasakan kehidupan kita.
Menyesal di kemudian hari mungkin tidak berguna lagi. Maka buat keputusan hari ini untuk memilih rakan-rakan yang berkualiti. Yakni mereka yang sentiasa memberikan sokongan untuk kita mencapai impian dalam hidup.
Nota: Golongan biawak ini tidak bermakna kita menganggap mereka seperti binatang. Ia cuma gelaran yang digunakan supaya manusia lebih mudah mengingati. Segala salah silap mohon dimaafkan.


{ 11 comments… read them below or add one }
Macamana pula nak mendekati orang-orang yang berjaya ye?
Boleh laburkan masa, wang dan tenaga untuk hadir ke majlis-majlis ilmu. Kebanyakan golongan manusia di sana dahagakan kejayaan.
Salam tuan Aqif,
Mohon pandangan tuan. Jika keramat hidup kita yang tak percayakan diri kita
dan menentang apa yang kita lakukan demi mencari kejayaan dan minat kita,
bagaimanakah untuk mengatasinya.
Tapi kita perlu dapat restu dari mereka bukan. Tapi saya tetap cuba bahagiakan hati mereka.
Thanks!
Waalaikumsalam warahmatullah hiwabarakatuh Cikpuan Iza Hazwani.
Bak kata mentor saya, pedulikan mereka yang tidak menghasilkan duit untuk kita.
Dari aspek ini, cadangan saya adalah ketepikan mereka terlebih dahulu dan fokus sepenuhnya untuk mencipta lebih banyak kejayaan.
Kita tidak perlukan orang yang tidak menyokong.
Bagaimana pula golongan yang suka berkata tentang orang lain?
Lucu pula sub tajuk “Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Biawak” walaupun ada kebenarannya. Lebih lama kita bergaul dengan golongan biawak, lama-lama kita pun bersisik dan bertukar menjadi biawak.
Shafina Bazilah recently posted..Teknik FBO : Buat Duit Di Facebook Cara Mudah
Biasanya memang banyak biawak disekeliling kita. Saya juga biawak suatu masa dahulu. Harap, dengan perubahan diri yang lebih positif sekarang ini, tidak membawa saya semula ke masa lampau tersebut..

Juan recently posted..Bagaimana Cara Berniaga di Facebook – Siapa Bakal Pembeli Anda?
biasalah tu. ramai biawak sekarang ni..
titan recently posted..Lelaki kacak dan Awek Cendol.
Saya amat bersetuju dengan artikel ini.. Memang ramai ‘biawak-biawak ‘ ni..
Suka kondem org yg ingin berusaha. tak beri sokongan moral dlm sesuatu tapi lebih kepada cuba menjatuhkan…
Secara peribadi saya akan cuba menjauhkan diri dari mereka tapi sukar nak cari org yg bermotivasi dlm persekitaran ini. Sebab itu cuba berkomunikasi secara maya dengan tuan aqif dan kawan2..
Insyaalah dapat tempias kejayaan tuan tu……………..
zool recently posted..Keputusan Piala AFC 23.5.2012 – Kelantan vs Terengganu
Ooo..kena berhati hati ni dengan golongan biawak..thanks
Simon Reyes recently posted..Remi GAILLARD – Gila Punya Orang!
Pglmn pribadi utk d kongsi,sy akui sy adlh ‘biawak’ bg ***..sy slalu m’biawak’kan dia agar m’jadi individu yg lbh b’tjwb dlm mgejar kjayaan hidup, t’utama dgn ibubapa..bg sy utk b’jaya dlm hidup,1st dptkan restu ibubapa (jgn sakiti & bebani tjwb kita pada mereka).2nd utamakan ibubapa b’banding mereka yg lain krn ibubapa akan senantiasa bsama kita ssh & sng…3rd bru fikir pkara lain..skian,wsLm.