Gorila Marketing – Menjadi King Kong Bisnes & Pemasaran

by Aqif Azizan

Pertama kali saya dengar perkataan ini disebutkan adalah ketika bersama dengan Tuan Zamri Mohamad di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 di Putra World Trade Center.

Gorila Marketing - Pemasaran Kos Rendah

Kredit: Tom Conger

Tergamam dan keliru sebentar. Adakah beliau tersilap cakap atau benar-benar maksudkan perkataan ‘Gorila’?

Sebelum ini, saya hanya tahu teknik pemasaran berkos rendah yang diberi nama Guerilla Marketing. Sebuah metodologi yang diasaskan oleh Jay Conrad Levinson.

Berbeza sedikit dengan Gorila Marketing. Banyak benda yang berjaya menarik perhatian saya untuk dikongsikan bersama para pembaca blog ini.

Gorila Marketing – Berkos Rendah, Jenama Kukuh, Banyak Jualan

Itu adalah penerangan ringkas berkenaan dengan Gorila Marketing.

Umumnya, pendekatannya sama seperti pemasaran gerila yang diasaskan oleh Jay Conrad Levingson. Tetapi ia diberikan nafas baru untuk orang ramai seperti saya memahami asas pemasaran berkos rendah ini.

Antara pendekatan yang berjaya menarik perhatian saya adalah rahsia di sebalik value proposition.

Bagi yang tidak tahu (seperti saya sendiri sebelum ini), ia adalah satu kaedah bagi mengenal pasti fungsi bisnes kita kepada pelanggan.

Berikut adalah penerangan ringkas yang diperoleh daripada Facebook Gorila Marketing tentang value proposition:

Jika kita tahu apakah ‘value proposition’ bisnes yang kita libatkan diri. Kita boleh sahaja menjadi puluhan, ratusan, ribuan, jutawan bahkan bilionan (istilah yang diada-adakan) dengan memilih ‘value proposition’ yang betul.

Value Proposition – Contoh Mudah

Manakala salah seorang daripada mentor saya pula menyatakan value proposition bermaksud:

Sebelum memulakan bisnes, tetapkan dahulu apa ‘value proposition‘ bisnes kita.

Sebagai contoh, kita menjual cup cake. Di sebalik cup cake itu, apakah sebenarnya yang kita jual kepada pelanggan? Dan apabila pelanggan membeli cup cake kita, apa sebenarnya yang dibelinya dari kita?

Contoh jawapan kepada soalan di atas:

*”Saya menjual cup cake yang murah dan sedap. Jadi, pelanggan saya dapat membeli cup cake yang murah dan sedap.” (Kita terpaksa menurunkan harga.)

*”Saya menjual cup cake dekoratif yang akan menjadikan meja hidangan VIP kelihatan sangat mewah dan cantik kepada para tetamu. Jadi, pelanggan saya mendapat bahan hiasan meja hidangan yang tidak pernah dilihat di majlis orang lain.” (Isu harga tidak penting.)

Value proposition menentukan skrip iklan dan skrip jualan yang kita kemukakan kepada bakal pelanggan (apa mahu cakap kepada pelanggan).

Gorila Marketing – Belajar Lebih Banyak Secara Percuma

Pengasas Gorila Marketing adalah Tuan Yusry Mohd Yusopp. Beliau juga merupakan pengasas Creative Sifu: Perunding Aktiviti & Permainan Islami. Juga merupakan penulis buku yang laku keras di pasaran iaitu Tip & Trik Usrah.

Untuk belajar lebih banyak tentang Gorila Marketing secara percuma, sila klik di bawah untuk ‘Like’ Facebook Pages beliau.

Facebook Pages Gorila Marketing (Klik Di Sini).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 5 comments… read them below or add one }

titan May 24, 2012 at 1:39 am

ok. ni first time dengar. leh belajar nih. hoho..
titan recently posted..Lelaki kacak dan Awek Cendol.My Profile

Reply

Shafina Bazilah May 24, 2012 at 2:33 pm

Saya pun pertama kali dengar perkataan Gorilla Marketing ini. Menarik juga untuk tambah ilmu pengetahuan berkenaan pemasaran kos rendah. Nanti boleh berkongsi dengan pelajar-pelajar personal coaching saya ;)
Shafina Bazilah recently posted..10 Tips Penting Melatih Diri Menjadi Seorang Copywriter (Bahagian 1)My Profile

Reply

PerenLee May 24, 2012 at 2:55 pm

Gorila?Kenapalah agaknya dipilih nama Gorila itu ye?Apakah sekadar mahu menciptakan rasa keterujaan si pendengar atau ada etimologinya sendiri?

Reply

kodinz May 24, 2012 at 10:41 pm

Baru dengar gak. Pasti boleh explore lagi. :)
kodinz recently posted..Google Ajak Menari Pulak…My Profile

Reply

muhammad fakhruddin May 25, 2012 at 10:37 pm

Teknik yang menarik. Ini satu petanda bahawa lahirnya lebih ramai usahawan maklumat di Malaysia, sebelum ini didominasi oleh guru-guru pemasaran dari Barat dan Jepun.
muhammad fakhruddin recently posted..Warkah Andalusia: Sejenak di GibraltarMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: