Hari Ketiga Seminar Intensif Kekayaan Kejayaan (IMKK) Dr. Azizan Osman

Salam penulisan dan salam kekayaan.

Salam maulidur Rasul. Mari kita sama-sama memanjatkan doa kepada Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

“Wo Yik Ting Yaw Pik Jek Ci!” – Pepatah Cina, dikreditkan kepada Dr. Azizan Osman.

Sekiranya tuan dan cikpuan baru membaca entri ini, sila klik pada pautan di bawah untuk membaca pengalaman saya sepanjang 2 hari yang lepas menghadiri Seminar Intensif Kekayaan Kejayaan Dr. Azizan Osman.

  1. Seminar Intensif Mentor Kekayaan Kejayaan (Hari kertama).
  2. Seminar Intensif Mentor Kekayaan Kejayaan (Hari kedua).

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang mengurniakan rezeki, kekuatan dan kekayaan kepada hambaNya.

Hari ini adalah hari yang gemilang untuk diri saya.

Disebalik kejayaan berada di seminar selama 3 hari untuk mendalami ilmu daripada mentor kejayaan nombor satu Malaysia, saya juga berjaya melupakan sebentar masalah kesihatan yang dialami. Semuanya kerana kesungguhan ingin menuntut ilmu.

Benar kata Dr. Azizan, apabila kita melakukan sesuatu dengan kesungguhan dan buat sehingga habis, maka kejayaan akan hadir dengan sendirinya.

Oleh sebab itu, kita sentiasa disarankan untuk melakukan perkara yang kita suka, perkara yang kita cintai.

Kerana daripada situ, kita akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Serta mengabaikan tohmahan-tohmahan negatif atau rasa putus asa.

Buat sehingga habis, itu pesan beliau.

Sepanjang 3 hari ini, khususnya hari yang terakhir, terdapat beberapa perkara yang dapat saya simpulkan. Antaranya adalah:

  1. Berjumpa dengan orang hebat, kita jadi hebat.
  2. Ilmu adalah untuk diamalkan.
  3. Kaya itu satu ibadat.

Berjumpa dengan orang hebat, kita jadi hebat

Manusia akan terpengaruh menerusi pilihan rakan-rakannya.

Jika kita berkawan dengan ahli perniagaan, maka tidak mustahil kita akan menjadi ahli perniagaan. Jika kita berkawan dengan pemain bola sepak, tidak mustahil kita akan cenderung untuk meminati permainan bola sepak.

Justeru itu, pemilihan rakan-rakan adalah penting. Sangat penting. Ia bagi mengelakkan diri daripada terkena dengan sihir-sihir negatif, yang amat sukar untuk dikawal.

Jadi, pemilihan rakan adalah penting. Jika kita mahu hidup kaya dan berjaya, maka rakan yang perlu kita pilih adalah rakan yang dahagakan kekayaan dan kejayaan. Dengan ini, proses untuk kita mencapai impian adalah lebih tinggi.

Mulai hari ini, pilih rakan yang sama keinginannya dengan kita.

Rapatkan diri kita dengan mereka setiap hari. Rakan yang negatif, tinggalkan buat sementara, sehingga impian kita tercapai.

Ilmu adalah untuk diamalkan

Baik, biar saya akui terlebih dahulu. Perkara ini agak mencabar untuk orang yang mempunyai karakter nombor ’4′. (Sila hadir ke seminar IMKK untuk tahu maksud karakter ini).

Dipendekkan cerita, karakter nombor ’4′ ini cukup obses merancang.

Ya, terlalu merancang sehingga terlalu lambat bertindak.

Sedangkan cara belajar yang betul adalah mempunyai ilmu, fahami ilmu, bertindak, kemudian belajar daripada kesilapan.

Teknik ini dipanggil try and adjust, bak kata Dr. Azizan.

Beliau turut menambah,

“Ilmu yang baik adalah ilmu yang diamalkan. Orang kaya dan berjaya adalah orang yang mengamalkan ilmu yang dipelajarinya.”

Sentap hati di sini. Saya akan mengubah karakter saya untuk lebih banyak bertindak dan belajar.

Kaya itu satu ibadat

Orang kaya memandang duit itu sebagai elemen positif.

Kekayaan itu adalah satu peluang keemasan untuk manusia melakukan ibadat dengan lebih baik.

Dengan kekayaan harta, kita boleh bersedekah dengan lebih banyak.

Dengan kekayaan ilmu, kita boleh membantu lebih ramai manusia di muka bumi untuk lebih berjaya dunia akhirat.

Dengan kekayaan iman, kita meningkatkan kemungkinan untuk ibadah diterima Allah. Mudah-mudahan.

Hadir Ke Seminar IMKK Dr. Azizan

Saya merindui beliau selepas seminar. Kerana isi kandungan seminar adalah over delivered. Hati saya turut memberikan signal bahawa beliau memberikan 200% komitmen, untuk menyampaikan ilmu kekayaan dan kejayaan kepada para peserta.

Saya mencadangkan tuan dan cikpuan, pembaca blog yang budiman, untuk menyertai seminar Intensif Mentor Kekayaan Kejayaan, atau apa sahaja seminar yang dianjurkan Dr. Azizan Osman.

Saya percaya ia dapat memberikan manfaat kepada umat manusia. Saya menggalakkannya kerana saya sendiri sudah mengalami perubahan yang ketara dalam diri ini.

Satu transformasi telah berlaku. Tinggal berusaha sehabis baik untuk mencapai matlamat yang sudah jelas ditetapkan.

Seminar Intensif Mentor Kekayaan Kejayaan (IMKK)

Kredit gambar: Alumni atau Bakal Alumni Dr. Azizan Osman

Terima kasih Dr. Azizan Osman. Semoga Allah permudahkan perjalanan rezeki tuan, dan semoga Allah permudahkan segala usaha tuan untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai, untuk menjadi lebih kaya dan berjaya.

Kaya dan berjaya, dunia akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
36 Comments
  1. Juan February 5, 2012 Reply
    • Aqif February 6, 2012 Reply
  2. jihah February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 6, 2012 Reply
  3. Sha February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 6, 2012 Reply
  4. Hafizi Zain February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 6, 2012 Reply
  5. Rajemah Abdul Aziz February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 6, 2012 Reply
  6. Ahamad Faiz Kamaruddin February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 6, 2012 Reply
  7. nora February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 6, 2012 Reply
  8. Fariz Kamis February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 6, 2012 Reply
  9. Faizal Yusof February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 6, 2012 Reply
  10. Kamal DNQ Decor February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 6, 2012 Reply
  11. Haslindawati Ahmat Indar February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 6, 2012 Reply
  12. Nizam February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 6, 2012 Reply
  13. Zulhilmi Zainudin February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 7, 2012 Reply
  14. ahmadyani February 6, 2012 Reply
    • Aqif February 7, 2012 Reply
  15. Halimah Mohd Khalid February 7, 2012 Reply
    • Aqif February 7, 2012 Reply
  16. Firdaus Latib February 7, 2012 Reply
    • Aqif February 8, 2012 Reply
  17. Lily February 7, 2012 Reply
    • Aqif February 8, 2012 Reply
  18. Hanif May 15, 2012 Reply
  19. Mohd Allim January 12, 2013 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge