Mencipta kejayaan yang besar bermula daripada perjalanan mencipta kejayaan-kejayaan kecil. Ia seperti teori snowball effect, semakin banyak gumpalan bola salji kecil bercantum, semakin besar bola salji itu.

Dalam hidup manusia, kita terlupa pada satu aktiviti penting iaitu fokus.
Hari ini kita buat satu kerja lain. Esok satu lagi kerja yang lain. Kemudian akhirnya kita tertanya-tanya, kenapa tidak ada satu kepuasan yang muncul dalam diri ini selepas sekian lama mengusahakannya?
Soalannya sekarang, fokus kita di mana letaknya?
Manusia suka membuat banyak perkara dalam satu masa. Tetapi mereka tidak sedar yang banyak perkara itu yang membuang masa.
Tidak kira siapa pun diri kita, cabarannya tetap sama.
Perniagaan yang Menguntungkan Peniaga
“Semua orang boleh berjoging. Tetapi tidak semua orang boleh berjoging setiap hari.”
Dari sudut buat duit dan perniagaan, apabila hasil jualan kita kurang memuaskan, kebanyakan daripadanya akan mengambil keputusan untuk mencari peluang perniagaan baru.
Yang kononnya lebih menguntungkan.
Membangunkan satu perniagaan baru tidak menjamin sebarang keuntungan. Bisnes adalah satu perkara yang melibatkan urusan jual beli dengan pelanggan. Membina bisnes kerana semata-mata mahu untung adalah satu tindakan yang rugi.
Lihat bisnes dari satu sudut yang lain. Kenal pasti siapa pelanggan kita. Siapa sasaran yang sesuai membeli produk kita. Golongan mana yang kita dapat bantu untuk menyelesaikan masalah mereka.
Memetik kata-kata Dr. Azizan Osman, pakar pemasaran Malaysia,
“Perniagaan yang menguntungkan adalah perniagaan yang fokusnya menyelesaikan masalah orang ramai.”
Facebook adalah satu contoh produk yang menyelesaikan masalah orang ramai. Laman social media ini menghapuskan rasa sukar untuk berkomunikasi dengan semua manusia di seluruh dunia.
Mereka menghapuskan kompleksiti, dan fokus pada simplisiti.
Justeru itu, kunyah satu perkara asalkan kunyah bermaksud fokus untuk membina perniagaan kita walaupun satu langkah ke hadapan. Hari ini mungkin perniagaan kita tidak menghasilkan sebarang keuntungan.
Berani Menawan Dunia
Dalam buku Mengapa Yahudi Berprestasi, disebutkan betapa hebatnya golongan yang mempunyai jumlah penganut yang berganda-ganda lebih sikit daripada agama Islam ini.
Mereka dididik supaya pentingkan ilmu dan pendidikan. Kerana mereka percaya daripada ilmu dan pendidikan, maka datangnya akal untuk mendominasi.
Golongan mereka memang sombong dan ego dengan orang yang tidak sehaluan dengan pegangannya. Tetapi mereka tetap berani untuk menawan dunia.
Buktinya? Lihat sendiri dunia ini dikuasai oleh siapa.
Agama Islam mengajar kita perkara yang sama. Tetapi penganutnya sahaja yang kurang mempraktikannya.


{ 5 comments… read them below or add one }
Bagaimana pula untuk mengekalkan fokus kita?
PerenLee recently posted..Smartphone Touchscreen Kalis Air!Sony Xperia Go dan Xperia Acro S!
orang kita memang kurang fokus dan memperaktikkan apa yang dibelajar.
titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 5
sampai kt sini eah ko titan.HAHA
Master Zuheir recently posted..Wordless Wednesday : Sumber Rujukan Terbaru Untuk Designer Newbie
thanks atas motivasi atas ni

sgt bermanfaat
Master Zuheir recently posted..Wordless Wednesday : Sumber Rujukan Terbaru Untuk Designer Newbie
er.. terkena sikit kat diri ni..
tapi harap2 projek pertanian saya dapat difokuskan…
AMIN
zool recently posted..Peramah di laman sosial , pendiam di dunia realiti