I Don’t Have To Get It Right, I Just Have To Get It Going

by Aqif Azizan

Baca entri sepenuhnyaNota penting, entri ini tetap ditulis dalam Bahasa Melayu, meskipun tajuknya Bahasa Inggeris. Ia sekadar kejutan bahasa sahaja.

Pernahkah tuan dan puan mengalami tekanan perasan, sehingga mahu berhenti menulis ebook? Jika pernah, maka salah satu faktor yang mendorong perbuatan ini mungkin sekali datang daripada sifat yang terlalu inginkan kesempurnaan.

Sifat ingin menjadi seorang yang lebih sempurna ini adalah normal bagi setiap manusia. Hal ini terjadi dalam kehidupan seharian. Mungkin hari ini kita memiliki kereta kancil, tetapi kita rasa kereta BMW dapat memberikan kesempurnaan dalam hidup kita, jika kita berjaya memilikinya.

Sama juga dalam dunia penulisan ebook. Kita sudah menulis berpuluh-puluh muka surat. Tetapi apabila tiba waktu penerbitannya, kita rasa ragu-ragu dan khuatir akan potensi ebook ini. Kita jadi tidak yakin serta merta, kerana terlalu asyik memikirkan tentang kesempurnaan ebook.

Kesempurnaan Itu Menyeksakan

Bayangkan jika syarikat Apple terlalu memikirkan kesempurnaan. Sudah tentu kita tidak akan merasa gajet-gajet berteknologi tinggi, seperti iPod, Macbook, iPad dan banyak lagi sehingga hari ini.

Bayangkan jika Microsoft terus kekal pada Windows Millenium sehingga hari ini, dan rasa takut-takut untuk mengeluarkan versi terbaru Windows seperti Windows XP, Vista, dan seterusnya. Adakah kita akan merasai teknologinya hari ini?

Jawapannya mudah. Tidak.

Bukan sahaja syarikat-syarikat bernilai bilion dolar ini sahaja boleh dijadikan contoh. Syarikat-syarikat sederhana kecil juga banyak mengeluarkan produk pertama, dan belajar untuk menambah baik produk mereka di masa akan datang.

Adakah Kita Seorang Penulis yang Mementingkan Kesempurnaan?

Penulis tidak dapat lari daripada memiliki sifat ini. Majoriti mereka takut untuk menulis, kerana menunggu waktu yang sesuai. Hakikat sebenarnya adalah, tidak ada waktu yang sesuai atau sempurna.

Bak kata Steve Jobs, “Tiada masa yang sesuai atau sempurna untuk bermula, melainkan hari ini dan sekarang.”

Jika kita mahu menulis, mulakan hari ini. Jika kita mahu menunggu semuanya sempurna, maka jawapannya adalah jelas… Karya kita tidak akan siap sehingga bila-bila.

Mulakan dengan muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Dalam kita menulis, kita sedang membawa kesempurnaan dalam karya kita. Inilah pegangan saya sebagai penulis sehingga hari ini.

Ikut Pesan Hamka – Cari Kesempurnaan Dengan Bermula

Ketika saya membaca buku ‘Tip Menjadi Penulis Bestseller’ oleh Tuan Zamri Mohamad, saya terjumpa sebuah petua hebat lagi berkesan, yang dikongsikan oleh Hamka.

Dalam buku ini, beliau menyatakan, “Jangan tunggu kesempurnaan. Kerana ia akan datang apabila kita mula menulis.”

Oleh itu para sahabat-sahabat, dan para pembaca yang budiman, saya menyeru agar kalian tidak menunggu hingga sesuatu itu menjadi sempurna. Tiada yang sempurna dalam dunia ini. Mulakan menulis, mulakan langkah pertama untuk memandaikan bangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 14 comments… read them below or add one }

paan June 15, 2011 at 2:42 am

thanks untuk info ini… sangat byk buku yang bro baca ye…. :)

Reply

Aqif June 15, 2011 at 8:56 am

Sama-sama tuan. Apa yang saya baca, adalah untuk dikongsikan kepada para pembaca ebook ini. Contohnya tuan. :)

Reply

afzal laidin June 15, 2011 at 9:22 am

Thanks Aqif, ini memberikan motivasi untuk terus menulis. Sekarang tengah buat dengan penulisan dalam blog.

Reply

Aqif June 15, 2011 at 5:13 pm

Sama-sama. Alhamdulillah, mudah-mudahan entri ini dapat meningkatkan momentum tuan untuk terus berkarya dalam dunia blog. :)

Reply

Firdaus Latib June 15, 2011 at 9:40 am

Sangat bersetuju dengan penulisan tuan. Memang sukar untuk menjadi sempurna jika tidak bermula.

Malah, konsep ini juga terpakai dalam pelbagai perkara. Just do it!

Reply

Aqif June 15, 2011 at 5:12 pm

Benar. Buat dahulu dan rasai pengalamannya sendiri. :D

Reply

paan June 16, 2011 at 3:00 am

Nike : Just Do It ! hahaha

Reply

Safwan Seth June 15, 2011 at 12:05 pm

“Jangan tunggu kesempurnaan. Kerana ia akan datang apabila kita mula menulis.”

Saya suka penyataan ini, dan saya pun insyaAllah akan mula untuk membuat satu blog yang berkualiti dan berpengaruh.

Reply

Aqif June 15, 2011 at 5:12 pm

Terima kasih tuan. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. :)

Reply

ahmadyani June 15, 2011 at 10:21 pm

Kadang-kadang menulis entri pendek dalam blog pun boleh ragu dan teragak-agak adakah ia sempurna ditulis. Kena lawan yang ini dulu. Tapi tidak boleh tunggu lama. Bila tunggu lama, entah bila pula ebook nak terbit.

Reply

Aqif June 16, 2011 at 1:25 am

Benar tuan. Kita perlu berusaha untuk melawan diri sendiri. Asalkan ia untuk kebaikan semua pihak. Anggaplah kita perlu menulis, bagi berkongsi sesuatu ilmu penting kepada rakan-rakan kita.

Reply

titan June 17, 2011 at 3:05 am

aku pun tengah sakit jiwa ni..tengah tulis ebook..tapi malas betul nak buka microsoft word nih..

Reply

paan June 17, 2011 at 3:08 am

nak menulis , tapi malas nak buka microsoft word ?? haha .

bro tulis kat notepad k ?? hehehe… wat yang terbaik bro .. nnt leh release . hehe :)

Reply

Dila.13 June 20, 2011 at 5:10 pm

Kesempurnaan hanya akan diperolehi bila perkara yang nak disempurnakan itu ada. Contohnya penulisan artikel, jika artikel belum siap ditulis, bagaimana kita nak edit untuk dapatkan kesempurnaan. Ini yang selalu saya tekankan dalam blog saya.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: