Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan – Shah Othman (Buku Bisnes Fotografi Perkahwinan)

 Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan - Shah Othman

Tajuk:Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan
Penulis: Shah Othman
Harga: RM20 / RM23
Jumlah halaman: 120 muka surat.
Kategori: Fotografi / Bisnes / Pemasaran
Penerbit: Must Read Sdn. Bhd.

Perniagaan fotografi merupakan perniagaan yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Khususnya terhadap individu yang mempunyai bakat dan minat terhadap lensa kamera.

Buku Dalam Bungkusan

Setiap senjata lensa ini boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan yang lumayan, jika kita terdedah dengan cara yang betul. Salah satu cabang perniagaan fotografi yang mempunyai lubuk emasnya adalah fotografi perkahwinan.

Bagi yang berminat dengan bidang fotografi perkahwinan, izin pinjamkan kami sedikit masa untuk memberikan maklumat yang terkandung dalam buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan.

Ia adalah buku yang ditulis oleh Tuan Shah Othman. Usahawan yang telah berkecimpung dalam dunia fotografi sejak tahun 2007 sehingga hari ini. Selain daripada bisnes fotografi perkahwinan, beliau juga aktif dalam memberikan ceramah dan seminar untuk usahawan-usahawan kecil.

Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan – Panduan Kerjaya Jurufoto

Kami diberikan penghargaan untuk mengulas buku ini secara berperingkat untuk manfaat para pembaca semua. Bagi yang mempunyai obsesi terhadap lensa kamera dan bidang fotografi, buku ini wajar dijadikan panduan.

Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan

Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan - Tandatangan Penulis

Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan - Kaver Belakang

Dalam buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan. Lebih 27 ilmu yang bermanfaat disampaikan oleh Tuan Shah Othman kepada para pembaca. Antaranya adalah:

  1. Keperluan penting untuk menjadi jurufoto kaya da berjaya.
  2. Rahsia di sebalik kejayaan fotografi perkahwinan.
  3. Cara mendaftar dan membina perniagaan fotografi peringkat permulaan.
  4. Kaedah memahami kehendak pelanggan.
  5. Rahsia untuk close deal apabila berjumpa dengan pelanggan.
  6. Kaedah penetapan harga servis fotografi perkahwinan.
  7. Strategi-strategi pemasaran untuk meningkatkan keuntungan bisnes fotografi perkahwinan.

Pengalaman pertama kami memegang buku ini adalah desain layout buku yang sangat menarik. Penggunaan dan reka letak teks begitu memudahkan pembacaan.

Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan - Isi Kandungan

Secara tidak langsung membuatkan kita tidak bosan untuk menimba ilmu tentang bisnes fotografi perkahwinan. Apabila kami membelek setiap muka surat dalam buku ini, kebanyakannya disertakan dengan gambar untuk meningkatkan pemahaman pembaca.

Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan (Beli Buku Online)

Tuan Shah Othman juga memberikan peluang kepada para pembaca yang meminati bidang fotografi perkahwinan, untuk mendapatkan buku ini secara online.

Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan - Kaver Hadapan

Tempahan secara online hanya RM25 sahaja. Ia disertakan sekali dengan tandatangan dan kata-kata aluan daripada penulis jika tuan dan cikpuan mahu.

Pihak kami akan mengulas buku ini dari semasa ke semasa, mengikut tajuk yang berjaya menarik perhatian kami. Dengan harapan agar para pembaca dapat membuat keputusan untuk menjadikan buku ini sebagai satu lagi koleksi ilmu dunia akhirat.

Bagi membuat pembelian secara online, boleh klik pada laman web di bawah:

Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan – Beli Online (Klik Di Sini)

Berdasarkan pengalaman pertama kali kami membaca buku ini, kami berpendapat buku ini adalah buku lengkap untuk mereka yang berminat untuk mengetahui selok belok membina perniagaan berasaskan fotografi perkahwinan.

Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan - Biodata Shah Othman

Tuan Shah Othman bukan orang calang-calang dalam bidang ini. Beliau sudah menjejakkan kaki dalam industri fotografi perkahwinan lebih 5 tahun.

Jelas setiap ilmu dan pengalamannya jauh lebih mahal jika hendak dibandingkan dengan harga RM25 ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
5 Comments
  1. topo April 2, 2012 Reply
    • Aqif April 3, 2012 Reply
  2. Reds April 2, 2012 Reply
    • Aqif April 2, 2012 Reply
  3. cikguizuan September 16, 2012 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge