Kenapa Saya Masih Gagal Mencapai Impian?

by Aqif Azizan

Assalamualaikum dan salam penulisan.

Kecewa Dengan Impian - Kredit-supzones

Segala puji bagi Allah kerana sentiasa memberikan saya peluang untuk terus hidup di muka bumi ini, dan meneruskan perjuangan untuk memandaikan bangsa menerusi penulisan.

Kehidupan sebagai seorang penulis itu menyeronokkan. Seperti kata Azizi Ali, kita dibayar dengan sejumlah wang yang lumayan dengan melakukan apa yang kita minat. Situasi ini yang menyebabkan saya sentiasa seronok melakukan apa yang saya suka.

Menulis.

Namun begitu, apabila saya melihat semula impian yang telah dicatat pada tahun 2010, ia agak mengecewakan.

Boleh dikatakan hanya 2/10 senarai impian sahaja yang berjaya direalisasikan. Yang lain itu, semuanya serba tidak kena sehingga menyebabkan saya melupakannya.

Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk berada di luar kawasan Kuala Lumpur untuk muhasabah diri.

Kenapa saya masih gagal? Kenapa impian yang ingin saya kecapi tidak tercapai?

Berikut adalah sebab-sebab yang dapat saya kongsikan bersama para pembaca:

Kegagalan #1 – Tidak Yakin dan Teragak-agak

Saya tidak berjaya meyakinkan diri bahawa impian itu boleh dicapai. Ia berpunca daripada diri saya sendiri yang menetapkan mindset negatif. Kajian psikologi mendapati, manusia itu membina watak dan personalitinya berdasarkan gaya fikir (mindset).

Berfikiran Negatif - Kredit-Turner Barbur

Apabila kita berfikir kita akan gagal, maka kita akan lebih mudah untuk gagal berbanding mencapai kejayaan.

Punca kegagalan pertama ini akan diubah menerusi pembinaan mindset yang positif mulai hari ini. Oleh sebab itu saya mengambil inisiatif untuk menyertai program Dr. Azizan Osman iaitu Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan.

Kegagalan #2 – Takut Pada Kritikan

Saya ada kongsikan isu ini di Facebook Aqif Azizan.

“Dalam proses untuk kita mencipta kejayaan, akan wujud segelintir manusia yang akan cuba menghancurkan impian kita. Dr. Azizan Osman berikan gelaran kepada golongan manusia ini sebagai ‘biawak’.

Bukan kerana ingin membandingkan mereka dengan haiwan. Tetapi cuma terma yang memudahkan pemahaman sahaja.”

Kita tidak berjaya kerana kita terlalu fokus untuk mendengar kata-kata orang lain. Khususnya input-input yang negatif.

Sebenarnya, kita mempunyai pilihan. Yakni untuk mendengar cakap mereka atau teruskan sahaja melakukan perkara yang kita sendiri percaya. Mendengar kata-kata golongan ‘biawak’ ini akan menyekat kejayaan kita.

Semakin kita gagal, semakin mereka suka.

Cara untuk saya selesaikan kegagalan kedua ini adalah berkawan dengan lebih ramai rakan-rakan yang menyokong perjuangan dan impian yang ingin saya kecapi. Seperti tuan-tuan dan cikpuan, iaitu para pembaca blog ini.

Kegagalan #3 – Tidak Jelas

Impian yang tidak jelas akan menaikkan motivasi diri dalam jangka masa yang singkat. Sebagai contoh, kita mempunyai impian untuk menjadi seorang jutawan. Jutawan adalah perkara yang subjektif.

Soalnya, berapa banyak wang yang kita mahukan? Angka ini yang akan memberikan semangat kepada diri sendiri untuk mencapainya.

Dengan kata lain, impian yang jelas adalah impian yang spesifik. Lebih spesifik, maka lebih mudah untuk kita faham impian yang ingin dikecapi.

Solusi untuk menebus kegagalan ini adalah menulis impian yang saya sendiri faham dan jelas mengenainya.

Kegagalan #4 – Tidak Fokus

Ini adalah kegagalan yang berlaku berkali-kali pada saya setiap tahun. Iaitu kesukaran untuk fokus dalam mencapai satu demi satu impian.

Kekal Fokus - Kredit-kees straver

Sebagai manusia, kita sentiasa rasa tidak puas atau tamak kerana kita sedar kita boleh mencapai apa jua yang diinginkan. Namun begitu, akibat mempunyai kepercayaan sebegini, rata-rata kita (contohnya saya) akan berakhir dengan tidak memperoleh apa-apa.

Saya pernah menceburi perniagaan Multi-level marketing. Saya pernah menceburi perniagaan eBay. Saya pernah menceburi perniagaan konvensional. Semua itu mendatangkan hasil, tetapi ia tidak kekal lama.

Salah satu sebabnya (selain daripada tidak memiliki minat yang mendalam terhadap industri), saya tidak fokus untuk menghabiskan sesuatu.

Jalan penyelesaiannya? Saya memilih untuk menjadi seorang penulis. Ya, seorang penulis yang akan mengecapi status jutawan tidak lama lagi.

Dunia penulisan begitu luas aspeknya. Saya akan menceburi perniagaan e-book, buku, blogging dan apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan.

Kerana saya begitu meminati bidang ini, dan mentor-mentor saya menyatakan saya berbakat dalam bidang ini.

Kegagalan #5 – Kekurangan Mentor yang Rapat

Mentor adalah bahasa lain untuk guru. Tanpa guru, maka manusia itu tidak akan berilmu. Sejak dari kecil, kita diajar untuk berguru. Semasa kita berusia sekecil bayi, ibu bapa adalah guru kita.

Mentor Tv3 Logo - Tunjuk Ajarku Sifu

Mereka mendidik kita dan dari situ, ia membentuk keperibadian dan personaliti diri. Di sekolah pula, kita dididik oleh insan yang bergelar cikgu. Mereka yang akan memastikan setiap ilmu itu melekat dalam minda kita, agar kita dapat menjadi insan yang cemerlang dan berjaya dunia akhirat.

Dalam kehidupan, guru adalah satu keperluan. Pakar dalam pecutan kejayaan, Dr. Azizan Osman sendiri mengalaminya. Dengan adanya mentor, kehidupan beliau berubah serta merta. Soalnya mengapa?

Kerana mentor ini yang akan menunjukkan jalan yang betul berdasarkan pengalaman mereka. Tugas kita sebagai protege atau anak murid adalah mengikutinya bulat-bulat.

Sinergi di antara mentor dan anak murid yang rapat adalah kunci kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh sebab itu, saya akan mencari mentor yang rapat pada tahun 2012.

Tahun 2012 – Masa Untuk Lebih Kaya dan Berjaya

Lupakan kisah lama, lupakan kisah buruk dan pelbagai isu yang tidak mendatangkan kejayaan.

Mencapai Kejayaan - Kredit-Tomasito

Tukarkan air kotor yang sudah berkeladak menjadi air yang bersih. Tahun 2012 adalah tahun perubahan diri, atau transformasi diri agar lebih kaya dan berjaya. Doa saya agar para pembaca blog ini terus berusaha untuk mencapai apa sahaja impian yang diinginkan.

Manakala saya pula, Muhammad Aqif bin Azizan akan berusaha keras untuk menjadi seorang penulis yang kaya dan berjaya.

Dunia dan akhirat. Insya Allah. Doa-doakan untuk kejayaan kita bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 13 comments… read them below or add one }

zahida zakaria December 29, 2011 at 5:46 pm

hebat-hebat. saya jarang tulis impian/target atas kertas. banyak dalam fikiran sahaja.

Reply

Aqif December 29, 2011 at 7:46 pm

Cikpuan, mulakan menulis impian di atas kertas.

Kita akan rasa perbezaan yang ketara. :D

Reply

ahmadyani December 29, 2011 at 6:25 pm

2011 akan hilang tidak akan kembali lagi, ia sudah menjadi sejarah. Bila Allah izinkan, 2012 ialah tahun untuk mencipta sejarah
ahmadyani recently posted..Jangan Ucapkan Selamat Tahun Baru 2012My Profile

Reply

Aqif December 29, 2011 at 7:47 pm

Benar tuan. Mari kita sama-sama berusaha keras mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun 2012.

Reply

Ali Hanafiah December 29, 2011 at 8:05 pm

Tahniah saudara Aqif. Saya tidak nampak sesiapa pun Yang tidak Boleh berjaya. Cuma saya nampak orang yang tidak jelas definisi kejayaannya.
Ali Hanafiah recently posted..Kenapa Facebook Menjadi Medium Pemasaran Pilihan?My Profile

Reply

Aqif December 29, 2011 at 8:07 pm

Terima kasih Tuan Ali Hanafiah. Saya suka pendekatan tuan mengenai kejayaan.

Semoga tahun 2012 dapat menjadikan hidup kita berdua lebih kaya dan berjaya. Insya Allah, Amin Ya Rabb. :D

Reply

Juan December 29, 2011 at 8:07 pm

Semoga tahun 2012 membari lebih ketakwaan, kejayaan, kekayaan dan kemakmuran kepada kita semua.
Juan recently posted..Kaedah terkini untuk belajar & menghayati Al-QuranMy Profile

Reply

Aqif December 29, 2011 at 8:12 pm

Mudah-mudahan. Semoga kita berdua berjaya mencapai matlamat yang didoakan. Amin! :D

Reply

razis December 29, 2011 at 8:13 pm

saya pun akan menulis impian selepas baca entry ini.
razis recently posted..Advertorial: Jom Buat Duit Dengan Jual Domain NameMy Profile

Reply

Aqif December 29, 2011 at 8:18 pm

Semoga tuan berjaya mencapai matlamat pada tahun 2011!

Reply

titan December 29, 2011 at 8:57 pm

takpe. masih kena cuba dan terus mencuba.
titan recently posted..Komisen ke 3 dari AdvertletsMy Profile

Reply

KG January 30, 2012 at 5:09 pm

Saya juga akan mulakan menulis/melakar impian di atas kertas. Mudah-mudahan kita semua dapat capai apa yang kita hajati dan impi-impikan iaitu untuk menjadi kaya dan berjaya dalam apa bidang yang diceburi!

Reply

hemilia hassan May 20, 2012 at 8:34 pm

Saya ingin mengikuti seminar ini semoga ada tempat saya.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: