KL Server Studio – Penyedia Domain dan Hosting Berpatutan Di Malaysia

by Aqif Azizan

KL Server Studio Logo

Hosting: KL Server Studio.
Pemilik: Warganegara.
Harga: Serendah RM70 sahaja + Percuma domain (Lifetime).
Laman web: KL Server Studio // Facebook

Kesilapan yang sering dilakukan orang ramai apabila memulakan perniagaan Internet adalah memilih penyedia servis domain dan hosting.

KL Server Studio

Majoriti kita cenderung memilih penyedia servis yang menawarkan harga yang murah, tanpa memikirkan kesan buruk jangka masa panjang. Kami sendiri mempunyai pengalaman buruk apabila memilih untuk mengambil servis domain dan hosting dengan harga yang murah.

Kami dapati, tidak semua penyedia servis mampu memberikan khidmat servis pelanggan (customer support) yang berkualiti selaras dengan bayaran yang diterima. Lambat laun tempias negatif itu akan melanda pada laman web kita.

Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk mengulas satu daripada penyedia domain dan hosting di Malaysia, iaitu KL Server Studio.

KL Server Studio – Apa Kata Usahawan Internet Smartzul?

Kami dapati antara pelanggan yang menggunakan KL Server Studio adalah usahawan Internet tempatan yang terkemuka, iaitu saudara Mohd Zulfadli (Smartzul).

KL Server Studio - Testimonial Smartzul

Beliau menyatakan antara kekuatan utama KL Server Studio berbanding penyedia lain adalah dari segi bantuan sokongan pelanggan.

Pihak KL Server Studio sentiasa komited untuk membantu para pelanggan dalam 3 fasa iaitu:

  • Sebelum – Bertanya mengenai hal-hal hosting dan domain sebelum membuat keputusan pembelian.
  • Semasa – Apabila kita sudah menjadi pelanggan mereka, sebarang soalan mengenai masalah atau pertanyaan akan cuba dijawab dalam tempoh kurang 24 jam.

Pendapat kami, jika usahawan Internet turut mencadangkan penyedia servis hosting ini, maka tidak ada sebab khusus untuk kita tidak mencubanya. Pemilihan domain dan hosting yang berkualiti sangat penting bagi memastikan perniagaan Internet kita berjalan dengan lancar.

Daftar Sekarang dan Dapatkan Domain Percuma (Lifetime)

Pihak kami akan mengulas lebih lanjut tentang tawaran yang dibuka oleh pihak KL Server Studio dalam artikel akan datang.

KL Server Studio - Percuma Domain (Lifetime)

Ketika ini, kami diberitahu oleh mereka tentang satu tawaran menarik kepada mereka yang ingin mendapatkan domain percuma dengan harga serendah RM70 sahaja.

Ya, pihak KL Server Studio sedang menawarkan domain percuma (Lifetime) kepada individu terawal yang menjadi pelanggan mereka. Kami tidak pasti berapa lama tawaran ini akan dibuka.

Dengan mengambil pakej ini, kita hanya perlu membayar RM70 sahaja dan memiliki pakej hosting seperti berikut:

  • Disk space: 2GB (Cukup untuk membangunkan blog profesional dan laman web perniagaan).
  • Bandwith: 20GB.
  • FTP Accounts: Tiada had.
  • E-mail Accounts: Tiada Had.
  • Domain Percuma: Untuk selama-lamanya (Lifetime).

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan pembelian. Sila klik pada laman web di bawah:

Dapatkan Domain Percuma + Hosting 2GB (Klik Di Sini)

Sekiranya kita ingin mendapatkan konsultansi percuma daripada KL Server Studio, boleh hubungi mereka menerusi:

  • Yahoo Messenger (ID: klservernet) atau,
  • 013 9346 576 (Tuan Wan Aziz).

Nantikan ulasan selanjutnya daripada kami dalam artikel akan datang. Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu para pembaca untuk memilih servis domain dan hosting terbaik di Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 8 comments… read them below or add one }

rohaniah noor April 5, 2012 at 9:10 am

tuan, adakah mereka menyediakan hotline untuk kita hubungi atau chat bila ada masalah teknikal? atau hanya berhubung melalui sistem web?
rohaniah noor recently posted..Who Moved My Cheese?My Profile

Reply

Aqif Azizan April 5, 2012 at 9:13 am

Rasanya tiada masalah. Boleh berhubung terus menerusi nombor telefon yang diberikan di atas. ;)

Reply

Shafina Bazilah April 6, 2012 at 12:44 am

Saya setuju benar yang hosting memainkan peranan penting dalam perniagaan berasaskan Internet. Istilah “server down” adalah istilah paling ditakuti pemilik perniagaan online! Setakat ini, pilihan saya adalah hosting unlimited daripada syarikat luar negara, belum pernah lagi menggunakan hosting syarikat tempatan.

Reply

Aqif Azizan April 6, 2012 at 7:37 am

Ya. Selain daripada server down, saya juga trauma apabila laman web diceroboh oleh hackers yang bijak-bijak belaka.

Reply

Shafina Bazilah April 10, 2012 at 12:21 am

Betul, Tuan Aqif. Kalau terkena SQL injection sudah tertekan, inikan pula diceroboh homepage. Haru-biru dibuatnya. Sebab itu pemilihan hosting penting kerana hal-hal seperti ini memerlukan pemilik laman web dapat berhubung terus pada kadar yang pantas dengan penyedia hosting yang dilanggan.

Reply

titan April 8, 2012 at 3:02 pm

jadi, buatlah pilihan yang bijak. :)
titan recently posted..Selangor jentik ketiak Terengganu ini malam.My Profile

Reply

UMARvellous April 10, 2012 at 2:36 pm

eh bukan Tuan SmartZul ada bisnes hosting sendiri ke?
UMARvellous recently posted..Borak Bisnes SantaiMy Profile

Reply

beckhr00y September 21, 2012 at 9:52 pm

byk dgr review bagus pasal kl server ni, minat juga dgn pakej yg ditawarkan.
skrg ni selesa pakai hosting serverfreak
beckhr00y recently posted..Hosting Serverfreak Upgrade PercumaMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: