Pertama-tama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembeli Lubuk Rahsia Dropship.

Sebuah produk informasi yang dipakejkan dalam bentuk video, untuk membantu orang ramai menjana pendapatan di eBay menggunakan kaedah dropship.
Kali ini, saya berpeluang untuk menemubual Tuan Najib Asaddok. Pemilik produk yang telah membantu ratusan orang untuk merasai US Dolar pertama mereka dengan eBay.
Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Lubuk Rahsia Dropship. Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, sila klik pada pautan di bawah:
Lubuk Rahsia Dropship (Klik Di Sini)
Lubuk Rahsia Dropship – 7 Soalan Temubual Bersama Najib Asaddok
#1 – Sila perkenalkan sedikit latar belakang tuan. Serta pengalaman tuan dalam bidang perniagaan Internet khususnya eBay.
Nama saya Mohd Najib Bin Asaddok. Sebelum terlibat dengan perniagaan Internet saya terlibat dalam bidang Network Marketing serta bidang jualan secara offline.
Mula terlibat serius dengan perniagaan Internet pada tahun 2009. Antara yang pernah saya ceburi di peringkat awal ialah program Google Adsense dan blogging.
Pernah mendapat pendapatan daripada program ini walaupun sedikit. Kemudian saya mula nampak potensi di eBay dan mula menjual produk di laman eBay.
Pada mulanya agak sukar untuk saya mendapat pendapatan lumayan dari eBay kerana hanya belajar daripada ebook sahaja. Banyak perkara perlu saya buat kajian melalui ‘try & error‘.
Saya mengambil masa sehingga 3 bulan barulah mencapai pendapatan USD1,000 pertama saya. Waktu itu saya hanya menggunakan dropship AN dimana keuntungannya sangat kecil.
Dari proses pembelajaran melalui pengalaman, akhirnya saya mahir dengan teknik-teknik di eBay khususnya tentang dropship dan bagaimana menjana keuntungan lumayan daripadanya. Alhamdulillah saya pernah mencapai jualan USD10,000 dalam masa sebulan.
Saya juga telah menghasilkan panduan video Lubuk Rahsia Dropship di mana lebih 800 orang yang telah mendapatkannya dan mula menghasilkan pendapatan di ebay.
Kini saya adalah usahawan Internet sepenuh masa dan menumpukan pada eBay serta penjualan produk digital.
#2 – Bagaimana tuan boleh terlintas untuk menghasilkan produk digital yang diberi nama ‘Lubuk Rahsia Dropship’?
Idea untuk menghasilkan produk ini timbul bila saya belajar LIVE dengan Haji Rahman Basri mengenai affiliate. Waktu itu beliau mengajar tentang penyediaan bonus untuk menarik prospek membeli produk melalui link affiliate kita.
Jadi timbul idea untuk menghasilkan Lubuk Rahsia Dropship di mana ia adalah bidang kepakaran saya, dan orang pertama mendapatkan produk ini juga ada dari kalangan peserta group coaching Haji Rahman Basri ketika itu.
Semasa saya lancarkan ia sebagai bonus seramai 70 orang telah mendapatkan produk ini dan saya sangat terkejut dengan sambutan yang diterima. Lantas timbul idea untuk menjadikan LRD sebagai ‘stand alone product’.
Alhamdulillah ketika bulan pelancaran saya berjaya membuat 230 unit produk LRD dan jualan sebanyak RM31,000. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat Joint Venture (JV) yang banyak membantu produk sulong saya ini.
#3 – Dalam banyak-banyak perkongsian tuan dalam pakej video ‘Lubuk Rahsia Dropship’, apakah maklumat utama yang tuan ingin para pembeli fokuskan, supaya mereka dapat balik modal pelaburan mereka untuk membeli produk digital ini menerusi eBay?
Maklumat utama yang saya ingin pembeli fokuskan ialah teknik berniaga di eBay dan mahir dengan platfom lubuk dropship serta mengetahui keperluan pasaran.
Paling pening matlamat utama saya ialah para pembeli akan tahu selok belok perniagaan eBay, dan menghasilkan jualan pertama mereka sekurang-kurangnya USD1. Alhamdulillah ramai yang telah berjaya menghasilkan jualan sehingga 5 angka sebulan melalui panduan LRD ini.
#4 – Berdasarkan testimonial-testimonial yang dipaparkan dalam laman web ‘Lubuk Rahsia Dropship’, ramai yang sudah merasai ‘duit pertama’ mereka di eBay mengikut panduan tuan.
Soalannya, berapa lamakah masa yang diambil untuk para pembeli berjaya merasai wang pertama mereka selepas membeli pakej video ini?
Ya benar memang ramai telah merasai ‘duit pertama’ mereka dari eBay dan saya rasa sangat gembira dengan kejayaan mereka. Kebanyakan yang menghasilkan pendapatan ini bertindak segera, bak kata mentor saya ‘Fast Action, Fast Result’.

Tidak lama sebenarnya untuk mendapatkan duit pertama dalam eBay. Dalam tempoh kurang sebulan pun sudah boleh menghasilkan jualan pertama walaupun keuntungannya kecil. Tetapi dari kecil lah ia akan menjadi besar kelak.
Cara Jana Keuntungan Dengan eBay (Klik Di Sini)
#5 – Berdasarkan pengalaman tuan sendiri, apakah rahsia kejayaan untuk menjana pendapatan lumayan di eBay menggunakan teknik dropship?
Rahsia yang paling utama ialah para pembeli perlu bertindak segera. Pelajari semua panduan yang berikan, dapatkan seberapa banyak maklumat dari group support yang saya berikan serta kuasai teknik mengkaji pasaran. InsyaAllah para pembeli pasti berjaya.
#6 – Kami dapati tuan juga turut aktif dalam pemasaran affiliate dan penjualan beberapa produk fizikal yang lain (seperti Pen Pintar MyIman).
Adakah ini menandakan ada sedikit masalah pada pendapatan tuan di eBay, atau ia adalah cara tuan menambahkan lagi saluran pendapatan di Internet?
Itu adalah salah satu strategi perniagaan yang saya ingin kembangkan tahun 2012 ini. Lagipun saya berasa sangat seronok menjalankan perniagaan dalam niche pendidikan dan banyak sangat respon kegembiraan dari para ibu bapa yang mendapatkan produk dari www.penpintarmyiman.com.
Isteri saya juga banyak dilibatkan dalam perniagaan baru ini kerana sebelum ini beliau tidak begitu berminat dalam perniagaan di Internet.
Dengan jiwa pendidik yang ada dalan diri beliau, beliau banyak membantu saya dalam projek Pen Pintar MyIman ini sekaligus menaikkan minat beliau dalam perniagaan Internet.
Saya juga mempunyai perancangan untuk menambahkan lagi beberapa segmen produk untuk jualan di eBay.
#7 – Apakah nasihat terakhir tuan kepada para pembeli dan bakal pembeli pakej video ‘Lubuk Rahsia Dropship’? Kenapa mereka perlukan dapatkan produk ini sebelum tuan membuat keputusan untuk menutup jualan atau meningkatkan harga produk?
Saya nasihatkan kepada anda yang belum mendapatkan panduan LRD ini supaya segera mendapatkannya. Inilah hasil perkongsian pertama saya dan saya mengambil masa begitu lama untuk membuat keputusan untuk berkongsi ilmu ini atau tidak.
Panduan ini juga saya buat dengan begitu teliti dan saya sediakan input yang benar-benar dapat membantu pembeli menghasilkan jualan pertama mereka, seterusnya mendapat USD1 pertama mereka di internet.
Dari tiada testimoni sehingga menghasilkan begitu banyak testimoni daripada para pembeli yang berjaya menghasilkan jualan pertama mereka. Malahan ada yang menghasilkan jualan sehingga 5 angka. Ini memberikan satu kepuasan kepada diri saya kerana dapat membantu usahawan-usahawan Internet baru.

Selain itu saya juga mengembangkan lagi ilmu saya ini melalui kelas atau bengkel yang lebih eksklusif kepada para peserta melalui www.bengkeldropship.com.
Jadi sebelum saya menaikkan lagi harga produk ini, anda dinasihatkan untuk bertindak segera dan mendapatkannya sekarang. Yang paling seronok anda akan dimasukkan ke dalam group support untuk membantu anda menghasilkan jualan lumayan di ebay.
Beli Lubuk Rahsia Dropship (Klik Di Sini Sekarang)
Terima kasih kepada tuan Aqif Azizan yang sudi memberi satu ruangan untuk sesi temubual ini. Jazakallah.
Semua gambar dalam temubual ini dikreditkan kepada Facebook Najib Asaddok.


{ 6 comments… read them below or add one }
Best panduan yang diberikan.. menaikkan semangat untuk menceburi bidang IM ni.. terima kasih..
Muhammaed recently posted..Broadband U Mobile Bulan Pertama – U28
Alhamdulillah, mudah-mudahan maklumat yang terkandung dalam temubual ini dapat membantu kita semua.
Saya telah dapatkan produk Tuan M.Najib ini. Produk yang bagus. Saya sendiri telah mendapat RM1 pertama dari ebay hasil praktik produk ini. Mahu menghadiri bengkel dropship pula.
ahmadyani recently posted..Jenama Yang Membelenggu Dan Membebaskan Kehidupan
Ini berita baik! Seronok saya mendengarnya.
Terima kasih kpd tuan Aqif kerana memberi ruang temubual kepada saya di blog tuan!
Tuan, saya sepatutnya berterima kasih atas kesudian tuan untuk menerima pelawaan temubual ini. Terima kasih, terima kasih.