Macbook Air – Mini DisplayPort To VGA Adapter (Kabel Projektor LCD)

by Aqif Azizan

Walaupun kurang sihat, ambil sedikit masa untuk singgah sebentar di Low Yat untuk membeli barang keperluan bisnes, iaitu kabel alternatif untuk projektor LCD. Semua ini kerana penulis menggunakan Macbook Air sebagai komputer kerja.

Mini DisplayPort To VGA Adapter - Macbook Air

Untuk melakukan persembahan Powerpoint dan mengelakkan daripada menggunakan komputer orang lain ketika menggunakan projektor, bantuan Mini DisplayPort to VGA Adapter sangat diperlukan oleh pengguna Macbook Air.

Harga Mini DisplayPort to VGA Adapter

Harganya adalah RM99 sahaja.

Macbook Air Mini DisplayPort to VGA Adapter

Boleh beli secara online atau di mana-mana kedai Apple yang rasmi seperti Mac Studio, Machines dan sebagainya.

Tujuan penulis pergi beli ke kedai adalah untuk bertanyakan soalan-soalan kepada staf yang bekerja di sana, mengenai Mini DisplayPort to VGA Adapter.

Katanya Macbook Air versi lama dan versi baru berbeza adapter yang digunakan. Nasib baik tanya, kalau tidak memang sia-sia beli adapter versi lama.

Tambah beliau, di Malaysia lebih berbaloi membeli VGA Adapter berbanding DVI. Kerana kebanyakan projektor di Malaysia menggunakan kabel VGA. Sebenarnya penulis sendiri agak blur dengan penerangan ini.

Macbook Air – Beza VGI dan DVI

Cuma apa yang jelasnya adalah paparan kabel VGI dan DVI sangat berbeza. Bagi penulis, itu pun sudah cukup jelas.

Bagi pemilik-pemilik Macbook Air (versi baru) yang ingin menggunakan projektor bagi tujuan pembentangan, Mini DisplayPort to VGA Adapter adalah satu alat yang wajib dimiliki.

Pelaburan RM99 ini sangat berbaloi. Walaupun pada dasarnya harga ini agak mahal, namun pengguna Apple rasanya sedar apabila mereka memasuki dunia serba putih dan elegan ini.

Mahal, Berkualiti dan Berbaloi

Barang Apple memang mahal, tetapi berkualiti.

Macbook Air - Kabel Projektor LCD

Untuk perkakas ini, semudah plug and play.

Setakat ini Macbook Air telah memberikan pulangan sebanyak ribuan ringgit kepada penulis. Justeru itu, ini adalah alat kerja yang sangat disayangi oleh penulis.

Maklumat lanjut  mengenai Mini DisplayPort to VGA Adapter boleh didapati di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 2 comments… read them below or add one }

Sham EdyMart May 13, 2012 at 11:09 am

Betul tu, memang penting, saya pun ada satu, dan just nak kongsi, ada lagi satu benda penting, remote player, so bila presentation, tak perlu klik kat macbook, sebab ada remote di tangan…
Sham EdyMart recently posted..Interaksi Dengan Pelanggan Pantas Dan Automatik Di Kedai Online EdycartMy Profile

Reply

Aqif Azizan May 13, 2012 at 3:41 pm

Terima kasih kerana berkongsi. Untuk alat wireless presenter, berkemungkinan besar saya akan kongsikan alat yang saya guna dalam artikel akan datang.

Terima kasih sekali lagi tuan kerana mengurniakan artikel yang hebat ini. :D

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: