Menjadi Blogger Jutawan – 17 Formula dan Strategi Implementasi

by Aqif Azizan

Jika tuan dan cikpuan merupakan rakan-rakan Facebook atau follower saya di Twitter, pasti kalian perasan yang saya kerap kali berkongsi mengenai potensi sebuah blog. Dari sekecil-kecil blog, kini menjadi empayar.

Pete Cashmore - Pengasas Mashable (Blogger Jutawan)

Namun dukacitanya, kesemua blog-blog yang saya kongsikan di atas adalah dari negara luar. Satu daripada blog yang saya kerap kongsikan adalah Mashable. Kerana pemiliknya, Pete Cashmore mempunyai sedikit persamaan dengan diri saya.

“Saya mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan saya ketinggalan semasa di sekolah. Tetapi saya begitu minat dalam bidang penulisan dan teknologi.” – Pete Cashmore, Pengasas Mashable.

Apa yang Menyebabkan Nilai Mashable Setinggi USD200 Juta?

Mashable adalah sebuah blog yang dibangunkan pada tahun 2005. Asalnya, ia hanya dioperasikan oleh Pete Cashmore sahaja. Beliau membuat keputusan untuk naik taraf blog ini selepas menerima bayaran daripada pengiklan sebanyak USD3,000 sebulan.

Menjadi Blogger Jutawan - Mashable

Sejak daripada itu, Mashable terus menjadi satu revolusi dalam dunia blogging dunia. Menjadikan ia sebuah blog rujukan bagi mendapatkan berita mengenai industri gajet, teknologi, pembangunan bisnes dan banyak lagi.

Sehingga hari ini, Mashable mempunyai lebih 60 pekerja dan ratusan penulis yang sudi berkongsi artikel dalam blog ini.

Saya tidak melakukan sebarang kajian khusus terhadap faktor yang menyebabkan Mashable berjaya menarik perhatian CNN untuk dibeli dengan nilai USD200 juta. Namun begitu terdapat beberapa elemen ketara yang mendorong kepada nilai ini:

  • Jenama Mashable sendiri yang sangat kuat di pasaran dunia.
  • Jumlah pelawat yang melebihi 10 juta setiap bulan.
  • Pemiliknya, Pete Cashmore ibarat selebriti dalam industri ini.
  • CNN mempunyai hubungan yang rapat dengan Pete Cashmore dan pernah bekerjasama untuk beberapa projek.
  • CNN melihat satu potensi besar yang kita sendiri tidak dapat kenal pasti.
  • Mashable adalah blog yang sentiasa mengekalkan identiti untuk tampil segar dan unik di hadapan para pembaca mereka.

Perkongsian poin-poin ini adalah kajian secara kasar. Tujuan utama saya melakukan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana strategi dan formula kejayaan Mashable boleh dibawa ke dalam arena blogging tempatan.

17 Pendekatan Blogger Jutawan

Saya dan seluruh tim Majalah Niaga sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti industri blogging tempatan agar industri ini tidak tepu dan hanya menguntungkan satu pihak sahaja.

Buat Duit Dengan Blog - 17 Prinsip Blogger Jutawan

Berikut adalah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti industri blogging tempatan. Supaya setiap blog yang kita kendalikan mampu menjadi blog yang bernilai tinggi di hadapan mata pembaca, syarikat pengiklan dan pelabur (investor).

  1. Berhenti copy paste isi kandungan daripada sumber lain – Olah ikut gaya sendiri. Belajar teknik adaptasi.
  2. Laburkan wang untuk menggunakan domain komersial seperti .com, .net atau mana-mana domain extension yang sesuai.
  3. Fokus untuk bina bisnes, bukan sekadar buat duit.
  4. Aktif dalam dunia offline – Hadir ke seminar atau acara-acara rasmi dan perkenalkan blog kita.
  5. Bergerak secara berkumpulan – Untuk peringkat awal, cari rakan-rakan mempunyai perjuangan yang sama dengan kita.
  6. Laburkan wang untuk ubahsuai themes blog – Berani untuk melabur jika kita percaya dengan potensi blog.
  7. Gunakan bahasa yang betul -  Berhenti menggunakan bahasa SMS. Tulis menggunakan bahasa yang betul supaya artikel kita boleh dibaca oleh semua golongan umur.
  8. Bangga dengan blog sendiri.
  9. Menulis artikel biar sedikit setiap hari, asalkan konsisten.
  10. Mempunyai pandangan dan prinsip sendiri – Ini yang akan menjadikan blog kita unik.
  11. Luangkan lebih banyak masa untuk merancang bagaimana blog kita dapat membantu lebih ramai orang.
  12. Promosi blog kita dari pelbagai sudut – Trafik adalah satu daripada aset berharga.
  13. Mulakan blog berdasarkan industri yang kita minat – Pete Cashmore memulakan Mashable kerana beliau meminati bidang penulisan dan teknologi.
  14. Berhenti berfikiran kecil. Fikirkan bagaimana blog kita boleh mengubah kehidupan orang ramai menjadi lebih baik dalam tempoh 3 tahun dari sekarang.
  15. Belajar daripada blog-blog yang berjaya menjadi satu empayar bisnes.
  16. Laburkan duit, masa dan tenaga untuk membina jenama blog yang kukuh. Rujuk Oh Media atau Amanz.
  17. Mulakan dengan kejayaan-kejayaan kecil. Percaya pada formula ‘snowball effect’, kejayaan kecil menghasilkan kejayaan besar.

Ini adalah sebahagian daripada pendapat saya secara rawak, memandangkan beberapa individu yang bertanyakan kepada saya bagaimana untuk menukarkan blog daripada blog buat duit menjadi empayar media untuk sesebuah industri.

Insya Allah, dari semasa ke semasa saya akan berkongsi hasil kajian. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membuka minda kita terhadap betapa luasnya dunia blogging atau lebih dikenali sebagai platfom media baru.

Sila berikan respon tuan dan cikpuan terhadap idea ini. Adakah kesemua pendekatan di atas berbaloi untuk diimplementasikan tahun ini?

PS: Majalah Niaga akan ditransformasikan mengikut acuan blog-blog yang bernilai jutaan ringgit di pasaran antarabangsa. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk meningkatkan taraf industri ini ke tahap yang lebih tinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 24 comments… read them below or add one }

Muhammad Ooi April 6, 2012 at 12:26 am

Assalamualaikum..terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu…

Tetapi saya merasakan Mashable.com mampu mencapai nilai yang tinggi, antara sebabnya ialah audience pembaca yang besar dan ramai. Pembacanya daripada seluruh dunia, pelbagai bangsa, kerana beliau menggunakan bahasa English yang diterima di peringkat antarabangsa.

Jika sekiranya blog kita dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang terhad dari segi jumlah dan geografinya maka ia akan mempengaruhi jumlah pembaca kita..dan sekiranya hanya berblog..saya tidak nampak blog Bahasa Melayu mampu mencapai nilai jutaan kerana target segmen market kita agak terhad.

Mungkin pandangan kita berbeza, tapi ianya mengundang pemikiran analitikal dan harap ianya dikembangkan dalam keadaan positif .

Terima kasih
Muhammad Ooi recently posted..Calar Kanan dan Calar KiriMy Profile

Reply

Aqif Azizan April 6, 2012 at 7:38 am

Waalaikumsalam Tuan Muhammad Ooi.

Serius, saya suka dengan pendapat tuan yang mengambil kira dari sudut demografik dan potensi pasaran tempatan. Terima kasih kerana berkongsi. :D

Reply

Asyrof Asri February 1, 2013 at 6:19 pm

Blog tempatan – Malaysia mampu pergi jauh.

Antaranya ;

1.Hanya gunakan bahasa melayu tinggi / bahasa melayu mudah faham.
2. Posting artikel dengan gaya tersendiri.

Insya-Allah saya rasa ia sangat berbaloi.

Jika kita praktikkan 2 perkara sahaja, sudah berbaloi. Kerana mungkin 1 hari nanti blog kita akan diterjemahkan oleh agensi antarabangsa untuk pelbagai tujuan.

Saya yakin, ia pasti berlaku.

Reply

zool April 6, 2012 at 12:31 am

Idea yang baik dari tuan Aqif.. memang ada byk yang perlu saya perbetulkan ni.
zool recently posted..Program SENYAPMy Profile

Reply

Aqif Azizan April 7, 2012 at 9:40 am

Terima kasih Tuan Zool. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. ;)

Reply

Zoelhilmi April 6, 2012 at 2:26 am

Salam Tuan Aqif,

Terima kasih di atas pekongsian ini.

Saya suka dengan cadangan no 8 iaitu ” Bangga dengan blog sendiri”.
Zoelhilmi recently posted...My Profile

Reply

Aqif Azizan April 6, 2012 at 7:37 am

Waalaikumsalam tuan. Terima kasih kerana sudi memberikan pendapat. Saya juga suka dengan prinsip nombor 8 itu. :)

Reply

rohaniah noor April 6, 2012 at 4:24 pm

artikel yang menarik. saya suka perkara no 10.
tapi saya juga setuju dengan pandangan tuan muhammad Ooi. Blog berbahasa melayu memang mempunyai target demografi malahan bangsa yang terbatas berbanding blog berbahasa inggeris.
rohaniah noor recently posted..Symphony Park deposit refundMy Profile

Reply

Aqif Azizan April 7, 2012 at 9:38 am

Benar cikpuan. Saya juga bersetuju. Terima kasih. :)

Reply

coachnike28 April 6, 2012 at 6:33 pm

thanks for the info….sebagai org baru, ianya amat berguna….lebih-lebih lagi dengan saya yang cetek ilmu IT…

Reply

Aqif Azizan April 7, 2012 at 9:38 am

Sama-sama. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. ;)

Reply

redlomo April 6, 2012 at 10:55 pm

mmg best kalau boleh jadi jutawan dengan menulis blog

Reply

Aqif Azizan April 7, 2012 at 9:39 am

Ya. Memang seronok jika ia berlaku terhadap blog kita. Mudah-mudahan. ;)

Reply

ahmadyani April 7, 2012 at 10:57 pm

Walaupun blog bahasa Melayu yang bagus mungkin tidak mencapai status berjuta ringgit, ia dapat menjadikan pemiliknya sendiri bernilai tinggi. Individu yang bernilai tinggi insyaAllah dapat menghasilkan RM juta dalam kerjayanya.

Reply

Aqif Azizan April 8, 2012 at 7:17 am

Saya suka perkongsian tuan. Kita lebih bernilai daripada blog kita. Terima kasih. :D

Reply

KiD April 8, 2012 at 12:42 am

tips2 yang terbaik lah bro!!!
KiD recently posted..Selangor vs Terengganu LIGA SUPER 2012My Profile

Reply

Aqif Azizan April 8, 2012 at 7:18 am

Terima kasih. :D

Reply

wynn78 April 8, 2012 at 8:51 am

saya orang baru dlm dunia blog ni,terima kasih kerana berkongsian tip2 yg berguna.
wynn78 recently posted..Syer Bank RakyatMy Profile

Reply

titan April 8, 2012 at 3:01 pm

tengok jenis atau niche blog juga. Kalau advertiser suka dan ada potensi senang dapat advertiser..memang leh pergi jauh. nak dapat pengiklanan rm3 ribu sebulan..bukan perkara yang mudah untuk penulis blog kat malaysia. Nak dapat RM10 pun berjuta yang sangkut.
titan recently posted..Selangor jentik ketiak Terengganu ini malam.My Profile

Reply

jeff April 9, 2012 at 1:34 pm

Apa maksudnya ’17.Mulakan dengan kejayaan-kejayaan kecil’?kejayaan macam mana?
jeff recently posted..Amazing demo Google’s Project GlassesMy Profile

Reply

Aqif Azizan April 9, 2012 at 4:10 pm

Tuan Jeff, kejayaan-kejayaan kecil bermaksud kita mulakan dengan apa yang kita mampu dan terus memperbaiki kualiti blog di sepanjang perjalanan.

Sebagai contoh, kejayaan kecil seorang blogger adalah menetapkan niche, kemudian membeli domain dan hosting dan seterusnya.

Semoga jawapan ini membantu. :)

Reply

Lawrence Vision April 9, 2012 at 11:07 pm

Info berguna untuk newbie macam saya
Lawrence Vision recently posted..Kucing Pun Makan DurianMy Profile

Reply

sadiq April 10, 2012 at 11:24 pm

ohh..masih banyak lagi yang x dibuat..tapi agak2 tuan aqif,potensi untuk pasaran Malaysia untuk menjadikan seorang blogger tu jutawan,boleh ke x?
sadiq recently posted..Computer Technology and ProgressMy Profile

Reply

MyKeyPad April 11, 2012 at 2:48 pm

Tapi apakah pernah ada atau sudah ada blogger dari Malaysia yg bergelar jutawan?Siapa yah agaknya?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: