MobileApp2u Hebah Bisnes Secara Viral – Kuasa Disebalik Kad Bisnes Smartphone

by Aqif Azizan

Dalam bisnes, komunikasi di antara peniaga dan pelanggan adalah penting. Tanpa komunikasi, pelanggan tidak akan faham dengan mesej bisnes. Oleh sebab itu, tiada sebarang jualan dan keuntungan yang dapat dihasilkan.

Komunikasi Bisnes Berkesan

Satu daripada alat yang berkesan untuk berkomunikasi dengan pelanggan adalah menerusi kad bisnes (business card). Biasanya kad-kad bisnes ini diedarkan dalam majlis tertentu seperti:

  1. Konvensyen.
  2. Majlis ilmu (seminar / workshop dan sebagainya).
  3. Majlis kenduri atau makan-makan.

Kesilapan yang dilakukan oleh peniaga apabila memberikan kad bisnes adalah tidak menghairahkan bakal pelanggan. Mereka sekadar memberikan kad dan berdialog seperti, “Hubungi saya jika tuan / puan mahu beli produk ini.”

Kebarangkalian untuk mereka membenci kita adalah lebih tinggi, apabila kita menggunakan pendekatan seperti ini. Untuk menghairahkan pelanggan menerima bisnes kita, langkah pertama adalah bermula dengan senyuman.

Senyum apabila bertemu. Senyuman adalah pembangkit rasa suka dalam diri pelanggan. Dengan senyuman sahaja, pelanggan sudah selesa untuk berurusan dengan kita.

3 Masalah Kad Bisnes

Antara masalah yang dihadapi oleh peniaga dalam pengurusan kad bisnes untuk diberikan kepada bakal pelanggan adalah:

  1. Reka bentuk kad yang mencacatkan jenama bisnes.
  2. Kad yang terlampau nipis – Menjejaskan kepercayaan pelanggan.
  3. Menanggung kos yang mahal untuk kad bisnes yang berkualiti dan mempunyai reka bentuk menarik.

Sebagai pemilik bisnes kecil yang ingin maju dengan lebih pantas, penting untuk kita cari alternatif bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dalam kes kad bisnes, antara alternatif yang mudah adalah menerusi Mobile Business Card.

Mobile Business Card – Edar Kad Bisnes Era Baru

Statistik yang dikeluar oleh Telekom Malaysia pada May 2012 mendapati, terdapat 7 juta pengguna telefon pintar (smartphone) di Malaysia. Statistik ini menguatkan lagi sebab pemilik bisnes untuk beralih arah kepada komunikasi dalam bentuk mobil.

MobileApp2u - Kad Bisnes Digital Smartphone

Dalam situasi kad bisnes, kita tidak perlu khuatir kad bisnes kita akan dibuang oleh pelanggan. Malah kita juga tidak perlu risau tentang kualiti reka bentuk grafik yang tinggi kosnya.

Jawapan ini ada pada penyedia servis Mobile Business Card iaitu MobileApp2u.

Dengan kata lain, cara kita perkenalkan bisnes kepada pelanggan sudah beralih landasan. Iaitu menggunakan kelebihan teknologi dalam smartphone.

9 Cara MobileApp2u Bantu Bisnes Berkembang

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan menerusi laman web MobileApp2u (Klik di sini - Tidak berfungs buat sementara waktu), terdapat 9 kelebihan utama bagaimana kad bisnes versi smartphone ini dapat membantu mengembangkan bisnes pelanggan dengan pantas, berkesan dan berkos rendah:

  1. Ikon aplikasi bisnes kita di telefon pintar pelanggan.
  2. Pengubahsuaian aplikasi mengikut citarasa pemilik bisnes.
  3. GPS bantu pelanggan untuk melawat kedai bisnes kita.
  4. Integrasi panggilan segera – Sekali sentuh terus dial bisnes.
  5. Galeri foto yang memukau pelanggan untuk membeli dengan keterujaan.
  6. Mudah pelanggan untuk hebahkan bisnes – Menerusi fungsi Tell-a-Friend.
  7. Integrasi kod QR – Imbasan untuk pelanggan segera kenal bisnes kita.
  8. Integrasi social media – Facebook, Twitter dan SMS.
  9. Mini-site – Setiap bisnes yang menggunakan aplikasi ini akan diberikan laman web mini yang padat dan dipenuhi dengan maklumat yang diperlukan pelanggan.

Berapa Kos Hebahkan Bisnes Secara Viral?

Untuk mendapatkan sebut harga daripada pihak MobileApp2u, layari laman web di bawah:

Laman Web MobileApp2u
(Tidak berfungsi buat sementara waktu)

Atau

Layari laman untuk menghubungi pihak MobileApp2u
(Tidak berfungsi buat sementara waktu)

Sehingga hari ini, pemilik bisnes di Malaysia masih lagi tidak mengambil kesempatan untuk memperkenalkan bisnes kita kepada pelanggan menerusi smartphone.

Fungsi MobileApp2u Untuk Kad Bisnes Smartphone

Kehadiran servis seperti MobileApp2u ini adalah satu daripada alternatif, yang dapat membantu kita menghebahkan bisnes kita kepada ramai pelanggan.

Bayangkan mulai hari ini, pelanggan dapat berurusan dengan bisnes kita dengan hanya menerusi smartphone.

Hanya bisnes yang pintar berada dalam telefon pintar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MobileApp2u (Tidak berfungsi buat sementara waktu) atau hubungi mereka di talian 012 648 6178 & 013 351 0255.

Artikel ini adalah artikel ulasan produk. Aqif Azizan menerima imbuhan untuk menulisnya. Sebarang tindakan yang diambil oleh pembaca adalah berdasarkan tanggungjawab sendiri.

Aqif Azizan bertanggungjawab dalam maklumat yang disalurkan dan sentiasa memastikan maklumat berada pada paras neutral.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 4 comments… read them below or add one }

lepat August 10, 2012 at 12:29 am

Wow! terima kasih bro Aqif! perkongsian yang cukup bermanfaat khas untuk promosi dan branding bisnes pada masa jangka masa panjang.

Reply

syahrilhafiz August 10, 2012 at 12:35 am

wah! lebih kurang macam subscriber letter tu ke.. kiranya sentiasa kemaskini kepada customer..nampak menarik, kena cuba nanti..
syahrilhafiz recently posted..Wajah Baru Nuffnang : OK & Tak OKMy Profile

Reply

Anuar August 10, 2012 at 12:56 am

Terima kasih Bro Aqif di atas informasi yang sangat bermanfaat.. Rupanya banyak lagi perkara yang belum sempat saya laksanakan untuk berjaya dalam bidang ini.. TQ So Much..

Join SEO : Eyriqazz Vs Denaihati
Anuar recently posted..Rank Pertama Eyriqazz Vs Denaihati : Boleh percaya ke ni?My Profile

Reply

Mirul August 16, 2012 at 11:25 pm

Saya nampak di sini ada pembaharuan dalam penyampaian bisnes kad iaitu dalam bentuk aplikasi. Tapi mungkin ada sedikit kelemahan. Tak ramai yang suka install aplikasi dalam smartphone mereka. Bayangkanlah kalau ada 100 orang rakan bisnes yang guna aplikasi macam ni. Maknanya ada 100 aplikasi kena install.
Mirul recently posted..Tak Kenal Maka Tak Cinta Berada Di PasaranMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: