Nasihat Robert Kiyosaki Untuk Penulis Blog, Buku dan E-book

by Aqif Azizan

Robert Kiyosaki adalah penulis, pemilik bisnes, dan pelabur yang cukup popular dengan buku kontroversinya iaitu ‘Ayah Kaya, Ayah Miskin’. Atau lebih dikenali dengan judul…

Robert Kiyosaki - Rich Dad Poor Dad

Rich Dad Poor Dad

Buku ini telah membantu menukarkan minda para pembacanya mengenai perspektif kewangan, kejayaan dan kekayaan. Antara formula popular yang ditunjukkan dalam buku ini, serta buku-buku beliau yang lain adalah the 4 quadrant.

Penulis tidak mahu bercerita tentang buku ini. Tetapi apa yang mahu disampaikan adalah rahsia beliau menjadi penulis best-seller.

Dalam satu seminar berkaitan publisiti yang dianjurkan oleh Robert Kiyosaki, beliau berkongsi tentang rahsianya menjadi penulis popular, kaya dan berjaya mengubah dunia.

Berikut adalah beberapa perkongsian dan nasihat khas untuk penulis baru dan berpengalaman. Khususnya mereka yang ingin hidup sebagai penulis sepenuh masa.

#1 – Best-selling Author Bukan Best-writing Author

“Being a best-selling author is different to being a best-writing author.” – Robert Kiyosaki.

Semua penulis boleh hidup kaya dengan karya mereka. Asalkan kita tahu bagaimana untuk menjual dan mempromosikan karya-karya kita di pasaran. Robert Kiyosaki mengaku beliau tidak pandai menulis ayat-ayat yang memikat atau memukau pembaca.

Tetapi beliau tahu bagaimana untuk menjual karya-karyanya. Lagipun, maksud best-selling author adalah berbeza dengan best-writing author. Jika mahu jadi best-seller, maka belajar untuk menjual karya.

#2 – Syarat Jadi Best-seller? Terus Mempromosikan Buku

“You can never stop promoting and you can never stop selling to become a best-selling author.” – Robert Kiyosaki.

Apabila penulis membaca setiap satu daripada buku Robert Kiyosaki, beliau akan menyampaikan maklumat kepada para pembaca, untuk membeli bukunya yang lain. Kaedah ini juga dipanggil reverse selling.

Contohnya dalam buku Rich Dad Poor Dad for Teens.

Walaupun isi kandungannya padat mengenai tip kewangan peribadi untuk remaja, namun ada beberapa bahagian yang Robert Kiyosaki tekankan untuk para pembaca mendapatkan bukunya yang paling laris, iaitu Rich Dad Poor Dad.

#3 – Berani Untuk Merepek

Baik, poin terakhir yang sebenarnya bukan seperti di atas.

“Be willing to say something no-one else is saying.” – Robert Kiyosaki

Setiap kerjaya ada risikonya untuk berjaya. Sama juga seperti penulis, keberanian untuk menyampaikan maklumat yang berlainan akan membezakan diri kita dengan penulis-penulis lain.

Buku Rich Dad Poor Dad adalah buku yang melawan arus dalam topik kewangan. Tidak percaya? Bagus. Sebab jika mahu percaya, kita perlu beli dan baca sendiri buku ini.

Hanya pengalaman sendiri yang akan menjawab persoalan ini.

Semua Penulis Boleh Jadi Best-seller?

Ya dan juga tidak.

Izin saya kongsikan perkongsian daripada salah seorang mentor saya dalam bidang penerbitan buku iaitu Tuan Syaizul Amal.

“Ada pelajar berumur 12 tahun dan 11 tahun sudah menerbitkan buku. Asalkan kita ada asas penulisan, kita sudah boleh terbitkan buku. Yang penting jalan ceritanya. Pemasaran lebih penting.”

Semoga tuan dan puan menjadi penulis buku dan e-book best-seller selepas membaca maklumat ini. Amin Ya Rabb.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 10 comments… read them below or add one }

Shafina Bazilah May 16, 2012 at 5:38 pm

Tuan Aqif, saya sangat suka dengan perkongsian ini! Memang benar, tak semua penulis boleh jadi best-seller kerana untuk jadi best-selling author, usaha perlu banyak difokuskan membuat pemasaran dan promosi. Tim yang membuat pemasaran juga haruslah ‘tip top’ dan mempunyai track record mantap. Penulis buku juga memainkan peranan penting untuk melariskan jualan. Tak boleh semuanya diserahkan kepada tim pemasaran. Pandangan ini hasil menonton terlalu banyak drama dan movie! :D
Shafina Bazilah recently posted..Pengenalan Kepada Pemasaran ArtikelMy Profile

Reply

Aqif Azizan May 17, 2012 at 12:21 am

Saya suka dengan perkongsian cikpuan. Terus terang, penulis yang hidup sepenuh masa dengan karyanya adalah golongan penulis yang berani untuk mempromosikan karya-karyanya. :D

Reply

Hazlam May 16, 2012 at 6:38 pm

Nasihat 1 – Selain bestseller buku perlu evergreen juga. Memang mencabar.
Nasihat 2 – Banyak lagi cara untuk mempromosi buku yang perlu dipelajari. Buku John Kremer pun belum habis pelajari lagi yang bertajuk ‘ 1001 Ways To Market Your Books’.
Nasihat 3 – Perlu hasilkan karya yang unik untuk membezakan buku-buku dalam konsep yang sama.

Rumusannya penting untuk promosi,promosi dan promosi karya kita.
Hazlam recently posted..Penulis Yang Menjual Sebanyak 100 Lebih Buah Bukunya Dalam Masa 10 HariMy Profile

Reply

Aqif Azizan May 17, 2012 at 12:22 am

’1001 Ways to Market Your Books’?

Mahu beli nanti. Terima kasih kerana berkongsi ilmu wahai Tuan Hazlam, penulis best-seller. :D

Reply

abangensem May 16, 2012 at 6:57 pm

Saya nak jual ebook saya pun susah, inikan pula buku..huhuhu
abangensem recently posted..Wordless Wednesday : PembawahMy Profile

Reply

Aqif Azizan May 17, 2012 at 12:23 am

Tuan, saya rasa jawapan ini mungkin dapat membantu tuan. Insya Allah:

http://aqifazizan.com/blook-bagaimana-artikel-blog-jadi-buku-atau-e-book

Reply

ahmadyani May 16, 2012 at 9:09 pm

Penulis bukan sekadar penulis, dia juga seorang usahawan yang memasarkan buku tulisannya. Berganding bahu bersama tim pemasaran penerbit.
ahmadyani recently posted..Kena Bayar Tapi eBook Ini Percuma!My Profile

Reply

Aqif Azizan May 17, 2012 at 12:23 am

Seronok saya membaca perkongsian tuan. Terima kasih. :D

Reply

Sophy Sufian May 20, 2012 at 10:26 am

Masya Allah….

Doa tuan…. ” Semoga tuan dan puan menjadi penulis buku dan e-book best-seller selepas membaca maklumat ini. Amin Ya Rabb.Read more: http://aqifazizan.com/nasihat-robert-kiyosaki-untuk-penulis-blog-buku-dan-e-book#ixzz1vNB0mhwZ”

Semoga dimakbulkan tuhan…. Amin…. Amin…. Amin Ya Rabb…
Sophy Sufian recently posted..Don’t Let Your Expenses Lead You Into A Debt TrapMy Profile

Reply

titan May 24, 2012 at 1:18 am

sebab tu aku selalu merepek dalam penulisan blog aku. Apa yang orang tak berani sebut, aku sebut dan tulis. haha..
titan recently posted..Lelaki kacak dan Awek Cendol.My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: