Padah Dosa Melampau – Allah Sentiasa Adil

by Aqif Azizan

Menjadi hamba Allah yang bersyukur bukan satu tugas yang mudah. Sebagai contoh, ramai orang memilih untuk menghisap dan menghembuskan asap rokok. Walaupun mereka tahu sebenarnya mereka sedang menjemput sakit.

Perokok - Jemput Sakit

Kebanyakan golongan ini adalah golongan yang mempunyai tubuh badan yang sihat walafiat. Manusia yang bersyukur adalah manusia yang sedaya upaya menghargai setiap yang dikurniakan oleh Allah, termasuk anggota badannya sendiri.

Baru-baru ini, saya dimasukkan ke wad selepas beberapa hari demam teruk. Situasi ini berlaku sehari selepas saya menyertai Majlis Berbuka Puasa Bersama Denaihati.

Tentang majlis berbuka ini, saya berjumpa dengan pelbagai golongan hebat. Para blogger di Malaysia ini bukan calang-calang orangnya. Latar belakang mereka semuanya hebat-hebat belaka.

Antaranya adalah Abang Hensem, Ariff Shah, Denai Hati, Bro Framestone, Eyriqazz, Zarul Umbrella dan ramai lagi.

Siapa yang pernah terserempak dengan mereka, pasti sudah kenal hati budi mereka. Satu daripada sebab saya menyertai majlis ini adalah untuk membesarkan jaringan kenalan.

Sebelum ini, para blogger di Malaysia yang hebat-hebat ini sekadar dikenali dalam dunia maya. Malah hanya sempat berhubung menerusi e-mel, Facebook atau Twitter sahaja.

Diserang Wabak Penghapus Dosa

Sebaik sahaja mahu pulang, badan jadi kurang selesa. Pernafasan tiba-tiba jadi tidak terkawal dan nyaris-nyaris berlaku kemalangan ketika memandu. Hanya Allah sahaja yang faham perasaan itu.

Dipendekkan cerita, terus masuk ke hospital. Doktor mengesahkan bahawa saya ada semput dan sesak nafas yang tidak dapat diketahui puncanya.

Aqif Azizan - Sesak Nafas dan Semput

Ini adalah gambar-gambar yang dapat membangkitkan nostalgia sepanjang berada di hospital, untuk menggunakan alat bantuan pernafasan selama 3 hari berturut-turut.

Kenapa saya berkongsi gambar-gambar di atas dalam ruangan Facebook? Tujuannya mudah. Saya perlukan semangat dan doa daripada para sahabat. Kerana saya percaya, Allah sentiasa permudahkan dan merealisasikan doa-doa orang yang beriman.

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, dalam pukul 12 pagi, doktor mengesahkan bahawa sistem pernafasan saya sudah beransur pulih. Ketika itu, hanya rasa syukur yang menguasai diri.

Terima kasih para sahabat, tuan puan yang mendoakan saya dan mengirimkan ayat-ayat syurga di SMS, e-mel, Facebook, Twitter dan juga menerusi panggilan telefon.

Majlis Iftar Bersama Dr. Azizan Osman

Oleh disebabkan saya masih lagi berada dalam status ‘masih dalam pemulihan’, saya memohon bantuan daripada sepupu rapat saya, yang juga bakal ahli perniagaan jutawan.

Majlis Iftar Dr Azizan Osman

Untuk saya minta izin tumpang kereta supaya kita sama-sama dapat hadir ke Majlis Iftar Bersama Dr. Azizan Osman di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS).

Di situ, satu demi satu keadilan Allah berikan kepada hambaNya. Saya diberikan peluang untuk bertemu dengan orang-orang hebat dari pelbagai latar belakang. Antara individu yang dapat saya berbual adalah:

  • Dr. Azizan Osman.
  • Tuan Jerry Rizal.
  • Pak Habib (Syed Al-Attas).
  • Tuan Najib Mohamed.
  • Tuan Ir Sofian.
  • Tuan Haji Asri.
  • Puan Sharina.
  • Tuan Kamal.
  • Tuan Hakim Golden Honey.
  • Puan Iera Yusoff.
  • Dan ramai lagi.

Maaf kerana tidak dapat menyenaraikan semua nama rakan-rakan yang bertemu dengan saya. Apa yang penting di sini adalah saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan puan semua yang mendoakan kesihatan saya.

Jujurnya, rasa sebak di dada hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa suka itu hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga kalian terus dikurniakan semangat untuk menjadi individu yang lebih kaya dan berjaya.

5 Ilmu Emas Dari Majlis Jutawan

Tidak enak jika setiap artikel yang diterbitkan dalam blog ini tidak mempunyai sebarang tip yang boleh disampaikan. Saya percaya pada ilmu yang bermanfaat adalah saham akhirat yang dibawa untuk ke syurga Allah.

Aqif Azizan dan Dr Azizan Osman

Berikut adalah perkongsian maklumat yang saya peroleh sepanjang bersama dengan individu-individu hebat seperti yang disebutkan di atas:

“Sekiranya kita ada harta, jangan lupakan pada yang berduka. Gunakan harta itu untuk disalurkan kepada mereka. Nescaya Allah tambahkan lagi rezeki kita.” – Dr. Azizan Osman.

“Jangan sesekali berasa puas dengan kejayaan yang sudah dikecapi. Teruskan mencipta kejayaan-kejayaan yang lebih besar.” – Tuan Najib Mohamed.

“Jika kamu mahu menjadi penulis luar biasa, jadikan menulis sebagai aktiviti harian kamu.” – Pak Habib.

“Sebelum menulis saya membaca. Jika kamu mahu menjadi penulis, mulakan dengan membaca.” – Pak Habib

“Tiada sebab untuk kita tidak menjadi jutawan. Majlis ini adalah bukti bagaimana seorang jutawan dapat memanfaatkan golongan manusia yang lain.” – Anonymous.

Terima kasih atas doa-doa kalian. Pada yang sedang berjuang, teruskan berjuang. Jangan biarkan si ‘budak kecil’ menguasai diri kita. Jadi jutawan adalah satu nikmat dunia dan akhirat.

Aqif Azizan dan Jerry Rizal

Aqif Azizan dan Ir Sofian

Aqif Azizan dan Pak Habib (Syed Al-Attas)

Pak Habib adalah salah seorang insan impian yang saya idam-idamkan untuk berjumpa. Saya kagum dengan komitmen penulisan beliau. Alhamdulillah, hari ini Allah pertemukan kami berdua. Malah sempat berbual bicara berkenaan dengan tip penulisan.

Beliau memberikan signal hijau untuk saya menuntut ilmu penulisan dengannya.

Belajar Lebih Banyak – Rahsia Kaya & Berjaya

Bagi yang berminat untuk memulakan langkah pertama mengubah kehidupan yang lebih baik, maka e-book ini adalah pilihan terbaik.

17 Rahsia Kaya & Berjaya

Rahsia Kaya & Berjaya adalah himpunan pengalaman Aqif Azizan sepanjang menuntut ilmu dalam majlis-majlis anjuran Dr. Azizan Osman dan Richworks.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Minta maaf kepada perokok. Ia adalah satu contoh yang dapat saya fikirkan supaya mesej ini dapat dikaitkan dengan kesihatan yang Allah kurniakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 22 comments… read them below or add one }

abangensem August 6, 2012 at 2:36 am

Semoga diberikan kesihatan yang baik, insyaallah.

Reply

Aqif Azizan August 6, 2012 at 6:38 am

Terima kasih tuan. Amin Ya Rabb. :)

Reply

Fazrol August 6, 2012 at 5:59 am

Salam perkenalan..
Alhamdulillah.. Dapat juga berjumpa org di sebalik majalahniaga. He he.
Semoga kesihatan semakin baik…

Bro antara peserta amluni DOA ke?
Fazrol recently posted..Adam dah berusia 3 Tahun!My Profile

Reply

Aqif Azizan August 6, 2012 at 6:39 am

Salam perkenalan juga tuan. Apa maksud tuan peserta alumni Dr. Azizan Osman ya? Mohon pencerahan. Terima kasih. :)

Reply

ayuleen August 6, 2012 at 7:20 am

alhamdulillah, diberi semula nikmat sihat….
teruskan menulis dlm blog, semoga manjadi manfaat kepada semua, terima kasih
semoga anda kayadan berjaya :)

Reply

Rashidi August 6, 2012 at 7:29 am

Terima Kasih Tuan di atas perkongsian ilmu.. Sy doakan semoga Tuan di berikan kekuatan yg lebih lagi supaya dpt menerus kan manambah nilai & menolong lebih ramai org melalui penulisan Tuan…

Reply

Farhan Mohamad August 6, 2012 at 8:23 am

alhamdulillah, semoga Tuan bertambah sihat dan dapat terus menulis… amin..

Reply

meezwan August 6, 2012 at 9:21 am

Semoga beransur pulih dan terus berkarya!

Saya ada nampak aqif dari jauh sewaktu iftar hari tu bergambar bersama orang-orang yang hebat :)
meezwan recently posted..Exam PTD – Pegawai Tadbir Diplomatik 12 MEI 2012My Profile

Reply

daddydee August 6, 2012 at 9:38 am

Saya doakan agar tuan sihat sejahtera selalu hendaknya.

Pasti seronok dapat berjumpa dengan orang yang berjaya dan positif.
daddydee recently posted..Tak Malu Pada Allah swt, Malulah Pada ManusiaMy Profile

Reply

rohani ali August 6, 2012 at 11:23 am

Alhamdulillah,semoga anda bertambah sihat utk menambah nilai kehidupan org lain.amin..saya juga teringin berjumpa dgn org yg berjaya spt anda sebagaimana saya menghadiri seminar DAO utk berjumpe DAO.utk megetahui bagaimana utk melonjakan diri,dari yg biasa-biasa ke luar biasa.

Reply

lepat August 6, 2012 at 11:31 am

Terima kasih bro aqif.perkongsian kali ini cukup padat dengan informasi dan motivasi.semoga bro cepat sembuh yer!

Reply

Abu Talib August 6, 2012 at 12:25 pm

Artikel yang menarik…semoga Tuan Aqif bertambah sihat

Reply

Zairi Zaidi August 6, 2012 at 12:27 pm

Terima kasih di atas tip padat di atas. Semoga tuan sentiasa dirahmati Allah

Reply

fauzie mohammad August 6, 2012 at 12:55 pm

yg nyata allah masih sayang dan me,beri kita peluang

Reply

Juan August 6, 2012 at 2:29 pm

Semoga kesihatan anda kembali seperti dulu. Saya mula rindukan Aqif yang sihat seperti sebelum ini. Ya Allah, berikanlah insan ini kesihatan yang lebih baik hari ini dan dimasa hadapan. Amin..
Juan recently posted..Nasihat Imam Abu Hanifah Tentang KehidupanMy Profile

Reply

Najib Mohamed August 6, 2012 at 8:50 pm

Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan untuk bertemu dan berbual dengan Tuan Aqif walaupun tahap kesihatan tuan belum lagi pulih ditahap yang terbaik. Namun semangat beliau harus dicontohi oleh setiap belia di negara kita ini. Syabas, Aqif. Teruskan usaha. InsyaAllah, saya dan Shah Group sentiasa mendoakan dan menghulurkan bantuan seandainya termampu :-)
Najib Mohamed recently posted..Konvensyen Transformasi Kuasa KekayaanMy Profile

Reply

Saiful Nizam August 6, 2012 at 10:57 pm

Salam ramadhan, semoga saudara Aqif segera kembali sihat seperti asal. Maaf kita duduk semeja di Majlis Iftar tetapi kurang berbicara kerana melayan keletah anak-anak dan saya begitu teruja kerana pertama kali menyertai majlis sedemikian rupa dengan Dr. Azizan Osman, maka tumpuan diberikan hanya kepada mentor tersebut.

Perkongsian artikel yang sangat2 baik.
InsyaAllah panjang umur kita bertemu lagi, pasti!

Reply

amirnawawi August 6, 2012 at 11:28 pm

Semoga anda cepat sembuh ya.. :)
amirnawawi recently posted..The Best For Us, Lee Chong Wei.My Profile

Reply

zool August 7, 2012 at 12:10 am

Pak Habib tu memang hebat..Walaupun tak berapa follow tapi membaca kisah kehebatan beliau dalam bidang penulisan sudah mampu mengujakan
zool recently posted..Datuk Lee Chong Wei akan terus bermain sehingga 2014My Profile

Reply

zool August 7, 2012 at 12:11 am

OOO ye.. terlupa plak.. semoga tuan aqifazizan dapat sembuh dan terus berjuang memandaikan bangsa
zool recently posted..Video : Kren langgar jejantas hampir mengakibatkan kemalangan kepada motosikalMy Profile

Reply

Faisal Reza August 7, 2012 at 5:15 am

Salam,

Dah sihat ke tuan Aqif? Betul apa kata tuan. ALLAH beri kita sakit kerana ALLAH sayang kat kita. Dengan datangnya sakit barulah kita ingat kepada ALLAH. Banyakkan doa.. sebab ketika ini adalah antara doa yang dimakbulkan olehNYA
Faisal Reza recently posted..Berbuka Puasa Bersama PUIM.my dan WangCyber.comMy Profile

Reply

Anuar August 9, 2012 at 9:03 am

Ramainya insan-insan hebat yang berjaya awak temui dalam dua majlis tersebut..

Sebenarnya saya teringin sangat nak berjumpa dengan insan-insan hebat ini, tapi di sebabkan batasan masa, komitmen kerja dan komitmen keluarga telah membataskan harapn tersebut..

jaga diri elok-elok.. semoga awak dapat jaga kesihatan di sepanjang bulan Ramadhan ini..
Anuar recently posted..Rank Pertama Eyriqazz Vs Denaihati : Boleh percaya ke ni?My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: