Pembangunan Ekonomi Dalam Islam – Dr. Abulhassan Muhammad Sadeq

Buku Pembangunan Ekonomi Dalam Islam - Dr Abulhassan

Tajuk: Pembangunan Ekonomi Dalam Islam
Penulis: Dr. Abulhassan Muhammad Sadeq (Penterjemah: Rohani Sulaiman).
Harga: RM24 sahaja
Muka surat:
141 muka surat.
Penerbit: ITMNB / UiTM / Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Laman web: Klik di sini.

Membuat keputusan untuk membeli buku daripada penerbit yang baru dari kaca mata penulis adalah satu tindakan yang berisiko. Kerana buku itu masih belum dipastikan kesahihan kualiti isi kandungan yang disampaikan.

Buku Pembangunan Ekonomi Dalam Islam - Kaver Hadapan

Justeru itu, penulis membuat keputusan untuk mengulas buku yang berjudul Pembangunan Ekonomi Dalam Islam. Buku ini ditulis oleh Dr. Abulhassan Muhammad Sadeq.

Kemudian diterjemahkan oleh Cikpuan Rohani Sulaiman. Penulis memilih untuk mengulas buku ini kerana ia berkaitan dengan ekonomi.

Lebih spesifik, buku ini tertumpu kepada maklumat-maklumat penting mengenai ekonomi Islam dari sudut pandang individu autoriti yang melakukan kajian, terhadap isu ekonomi Islam yang berlaku pada zaman moden.

3 Komponen Islami, 1 Buku

Buku Pembangunan Ekonomi Dalam Islam yang ditulis beliau ini merangkumi tiga komponen penting dalam aspek pembangunan ekonomi umat Islam iaitu:

  1. Maksud ekonomi dari sudut pandang Islam.
  2. Agihan pendapatan dan kekayaan.
  3. Persekitaran tertinggi dalam gaya hidup.

Pengalaman penulis ketika pertama kali membaca buku ini mendapati, perkongsian yang diketengahkan oleh Dr. Abulhassan adalah berkaitan dengan ekonomi sebagai medium kebajikan umat Islam.

Beliau menjelaskan fungsi ekonomi dari sudut al-Quran dan juga ahli fuqaha. Ahli fuqaha adalah mereka yang pakar dalam undang-undang Islam.

Terjawab – 3 Persoalan Mengenai Sistem Ekonomi dan Kekayaan Islam

Selepas membaca buku ini secara rawak untuk mencari jawapan peribadi mengenai isu yang berkait dengan umat Islam, penulis mendapati buku Pembangunan Ekonomi Dalam Islam mempunyai jawapan yang padat dan menarik.

Jawapan Mengenai Ekonomi Islam

Berikut adalah senarai soalan yang mempunyai jawapannya. Ia diperoleh terus daripada buku terjemahan Cikpuan Rohani Sulaiman ini.

Soalan #1 – Adakah Islam Menggalakkan Umatnya Miskin Harta?

Islam menggalakkan umatnya untuk menjadi lebih kaya dari sudut ekonomi bukan kerana kepentingan peribadi. Tetapi sebagai jalan untuk melakukan lebih banyak kebajikan terhadap manusia yang ada di muka bumi ini.

Menjadi orang miskin harta sama sekali dilarang dalam Islam. Dr. Abulhassan menjelaskan menerusi sabda Rasulullah iaitu:

“Ya Allah, aku memohon perlindunganMu daripada kufur (murtad) dan kemiskinan.” Lalu seseorang bertanya, “Adakah kedua-duanya serupa?” Rasulullah S.A.W bersabda, “Ya,” – Nasai, Sunan, Kitab al-Istia’za.

Soalan #2 – Apakah Cara Untuk Memartabatkan Ekonomi Islam Hari Ini?

Jika dilihat dari satu sudut, pertumbuhan ekonomi Islam di negara ini masih di tahap biasa-biasa. Rujukan yang digunakan oleh Dr. Abulhassan menerusi A.H.M Sadeq, Achievement Motivation, Entrepreneurship Growth and Economic Development in Islam mendapati terdapat 3 cara untuk membangunkan ekonomi umat Islam:

  1. Mempunyai visi dan bekerja keras untuk mencapainya.
  2. Mengendalikan sebarang aktiviti untuk menggalakkan kewujudan lebih banyak usahawan Islam.
  3. Berani untuk mengambil risiko dalam perniagaan.

Soalan #3 – Benarkah Menyimpan Itu Tuntutan Agama Islam?

Semasa menghadiri Bengkel Rancang Wang yang dikendalikan oleh Tuan Suzardi Maulan (Pakdi), beliau juga turut menekankan tentang aktiviti menyimpan duit sebelum menjadi kaya.

Perkara yang sama berlaku apabila membaca buku Pembangunan Ekonomi Islam. Rujukan yang digunakan oleh beliau adalah menerusi al-Quran , iaitu surah al-Isra’.

“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal,” – al-Isra’, ayat 29.

Islam jelas menggalakkan supaya menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka. Ini supaya kita tidak mudah jatuh miskin akibat bersikap terlalu boros membelanjakan harta.

Buku Ekonomi Islam Sifatnya Emas

Pengguna menggunakan perkataan ‘emas’ terhadap buku-buku yang membincangkan ekonomi Islam, khususnya buku yang ditulis oleh Dr. Abulhassan Muhammad Sadeq ini bagi melambangkan buku ini sebagai aset ilmu umat Islam.

Siapa Dr Abulhassan Muhammad Sadeq

Kerana maklumat-maklumat yang diperoleh dalam buku ini jelas dapat membantu para pembacanya, untuk mengetahui kepentingan menjadi umat yang kaya dari sudut ekonomi di muka bumi.

Insya Allah, ulasan ini akan ditulis secara berperingkat untuk membantu para pembaca blog ini dari semasa ke semasa. Bagi yang berminat untuk membeli buku ini, boleh dapatkannya secara online menerusi pautan di bawah:

Beli Buku Pembangunan Ekonomi Dalam Islam (Klik Di Sini)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
4 Comments
  1. Zairi Zaidi May 2, 2012 Reply
    • Aqif Azizan May 2, 2012 Reply
    • Aqif Azizan May 7, 2012 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge