Pentingnya Mentor Penulisan Di Sisi

Assalamualaikum dan salam penulisan.

Hanya satu idea yang mengubah perspektif aku terhadap penulisan. Iaitu idea yang berkaitan dengan sinergi akhirat dan dunia.

Di dunia, apa yang kita lakukan, akan jadi amalan yang akan dibawa ke akhirat. Di dunia, apa sahaja yang kita membuatkan orang rasa, akan dibawa amalannya ke akhirat.

Begitu juga penulisan.

Di dunia, apa sahaja yang kita tulis di atas kertas, blog atau apa jua bahan, maka ia akan menjadi amalan. Namun hanya segelintir sahaja yang memahami idea ini.

Idea yang memudahkan kita untuk memperoleh saham akhirat dengan banyak, dan tanpa henti.

Pertama-tama, syukur ke hadrat Allah, kerana mengurniakan para sahabat yang turut menjadi mentor dalam penulisan. Terima kasih kepada:

  • Puan Ainon.
  • Prof Abdullah Hassan.
  • Tuan Zamri Mohamad.
  • Cikpuan Norakmal Jasni.
  • Cikpuan Azzah AR.
  • Tuan Asyraff Hafdzan Abdullah.
  • Tuan Shamsuddin Kadir.
  • Cikpuan Rihan Hashim.
  • Cikpuan Husna Adnan.
  • Tuan Aliff.

Dan ramai lagi…

Membaca setiap bait-bait ayat daripada kalian membuatkan saya tersentuh hati, terdetik naluri. Untuk menjadikan penulisan sebagai medium untuk menjana pendapatan, dan meraih syurga di akhirat kelak. Amin.

Kehadiran kalian dalam hidup ini membawa 1001 erti. Erti yang menjadikan penulisan itu satu nikmat yang keramat, tanpa punya had.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, impian untuk menjadi seorang penulis sepenuh masa bakal dicapai. Walau apa jua cabaran, dugaan, halangan dan rintangan, akan kita lalui bersama, wahai rakan-rakan.

Terima kasih atas tunjuk ajar kalian. Tanpa kalian, setiap ayat yang ditulis Aqif Azizan hanya menjadi nukilan seorang insan yang menulis tanpa perasaan.

Setelah kita menjadi rakan, Allah tunjukkan betapa indahnya… Dunia penulisan.

Semoga kita menjadi penulis jutawan, dunia akhirat. Amin Ya Rabb.

“Ya Allah Ya Tuhan kami. Jadikan kami dalam golongan hamba-hambaMu yang beriman. Permudahkan usaha kami untuk berjuang menerusi penulisan. Demi memartabatkan nilai agama Islam di dunia, dan menjadi perantara selepas meninggalkan bumi yang fana.”

Amin Ya Rabb.

(Ketika ini saya menulis dalam keadaan diri terlantar sakit di atas katil. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan menghadapi kesakitan ini)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
13 Comments
  1. Firdaus Latib January 10, 2012 Reply
    • Aqif January 10, 2012 Reply
      • Asyrof Asri January 29, 2013 Reply
  2. ahmadyani January 11, 2012 Reply
    • Aqif January 11, 2012 Reply
  3. Hadi Rofiee January 13, 2012 Reply
  4. titan January 13, 2012 Reply
  5. Juan April 29, 2012 Reply
    • Aqif Azizan April 29, 2012 Reply
  6. Husna Adnan April 29, 2012 Reply
    • Aqif Azizan April 29, 2012 Reply
  7. Aftiey June 1, 2012 Reply
  8. muazfaris September 11, 2012 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge