Saya bukan penggemar mana-mana filem atau superhero di negara luar mahupun negara sendiri. (Kluangman?)

Namun begitu, banyak informasi yang penulis boleh adaptasi apabila menonton cerita mereka. Dalam artikel ini, kita akan berdiskusi dengan lebih lanjut tentang si Batman. Orang kelawar.
Kenapa Batman? Kerana beliau adalah manusia biasa. Berbeza dengan Hulk, Spiderman, Superman dan rakan-rakan hero yang lain. Batman tidak mempunyai sebarang kuasa dalaman yang luar biasa.
Namun begitu, keprihatinan beliau untuk menjaga komuniti atau masyarakat itu boleh dicontohi oleh para penulis jutawan.
Menulis Kerana Nama
Menulis kerana nama mempunyai pelbagai maksud. Satu daripadanya adalah menulis untuk membuatkan orang ramai memberikan doa yang baik-baik kepada nama kita. Situasi ini biasanya terjadi dalam diri penulis yang sentiasa menulis perkara yang bermanfaat.
Dalam masa yang sama, berlaku juga situasi sebaliknya. Ada penulis yang dibenci masyarakat sering memperoleh doa supaya mereka ini kembali ke pangkal jalan.
Apa jua situasinya, menulis kerana nama mempunyai pro dan kontra. Kita berhak untuk memilih mana satu.
Menulis Kerana Mereka (Gaya Batman)
Menulis kerana kita mempunyai perjuangan tertentu untuk kebaikan masyarakat, bangsa dan juga agama. Biasanya situasi ini jarang-jarang kita lihat. Tetapi kesannya cukup luar biasa.
Saya memilih cara ini. Supaya saya dapat meningkatkan motivasi untuk terus berjuang dalam industri penulisan. Supaya saya dapat terus berkongsi ilmu-ilmu bermanfaat kepada orang ramai menerusi penulisan.
Harapan saya, agar setiap bait ayat yang dikongsikan dapat memberikan nilai tambah dalam kehidupan orang lain. Serta dapat membantu saya menjadi lebih kaya dan diberkati Allah dunia akhirat.
Awak Penulis Murahan
Situasi ini adalah situasi biasa. Mana-mana penulis hebat akan menghadapinya dengan jiwa yang tenang serta hati yang riang. Menjadi seorang penulis adalah menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap maklumat yang disampaikan menerusi penulisan.
Apabila kita menulis perkara yang baik-baik lagi bermanfaat, maka tidak mustahil Allah memberikan kemudahan untuk kita melalui landasan syurga.
Begitu juga sebaliknya.
Justeru itu, tidak perlu risau tentang apa orang kata terhadap penulisan kita. Yang penting, kita sendiri faham tentang perjalanan penulisan sendiri. Kerana kita yang berfikir, kita yang menulis dan kita yang menyampaikan.
Penulis Lemah Dalam Pemasaran?
Ramai penulis yang mempunyai kelebihan untuk menghasilkan karya yang puitis, menjentik emosi dan membangkitkan kesedaran secara holistik. Namun begitu, tidak semua penulis mahir dalam menghebahkan kewujudan karya mereka.
Dalam bahasa bisnes, ia dipanggil pemasaran.
Topik ini akan disentuh dalam artikel-artikel akan datang. Penulis yang ingin hidup sepenuh masa dengan menulis wajib memahami ilmu pemasaran. Supaya kita tahu bagaimana untuk menyampaikan ilmu dalam karya kita kepada orang ramai yang memerlukan.
Jika mahu belajar cara pantas, daftarkan diri dalam Kursus Penulisan yang dianjurkan oleh Tuan Zamri Mohamad.
Daftar Kursus Penulisan (Daftar Percuma, Mahu Datang Kena Bayar)


{ 6 comments… read them below or add one }
Satu Artikel yang menarik tentang gaya penulisan.. Pada pendapat tuan, hasil tulisan di blog saya dikategorikan dalam gaya penulisan yang mana satu?
Anuar recently posted..RM500 Untuk Dimenangi Di Blog Coretan Anuar
begitu rupanya kaitan antara penulis dengan batman..
memang betul tu.. semoga penulis akan terus berbakti pada komuniti.
zool recently posted..Setem kad raya 50 sen
cuba menjadi batman dalam dunia blog ini
Tak penah terpikir akan ada kaitan batman dengan penulis. kreatifnye pemikiran penulis blog…
miss yaty recently posted..Surah An-Nas Dan Terjemahannya
Salam. Aqif, saya percaya penulisan adalah perjuangan. Lebih tajam dari pedang.
And yes, setiap penulis perlu pandai marketkan brand blog terutama yang berniche personal blog. Apa nasihat Aqif untuk strategi marketing personal blog saya?
LilyNrman recently posted..Blog/ Web Design with Readability
Kami menanti tip pemasaran penulisan di artikel seterusnya.
Saya ada soalan lagi. Bagaimana menarik pembaca untuk komen di blog kita? Terima kasih.

Firdaus Latib recently posted..Google Adsense – Rahsia Di Sebalik $1,077 (RM3,264) Sebulan
{ 1 trackback }