Pusat Jagaan Psiaku Azwar – Prihatinkah Manusia Terhadap Kejadian Tuhan

by Aqif Azizan

Pada 13 April 2012, yakni pada hari Jumaat minggu lepas, saya berpeluang untuk menghadiri sidang media majlis minum petang Ibu Ratu Hatiku.

Program Ibu Ratu Hatiku - Richworks (Dr Azizan Osman)

Ia dihadiri oleh ramai organisasi besar seperti Utusan Malaysia, Bank Rakyat dan ramai lagi.

Namun begitu, majlis ini bukan menjadi tumpuan utama.

Sebaik sahaja saya menerima kenyataan media (press release) daripada Puan Iera Yusoff berkenaan Pusat Jagaan Psiaku Azwar, mata saya tertumpu kepada perkongsian Dr. Azizan Osman untuk menerangkan maklumat lanjut mengenai rumah penjagaan ini.

Pusat Jagaan Psiaku Azwar – Setiap Akronim Punya Makna

P.S.I.A.K.U.

Pusat Jagaan Psiaku Azwar - AKUKT

Ia adalah singkatan bagi Pusat Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya. Ditubuhkan oleh Puan Shaarah binti Othman pada 5hb Oktober 2009.

Lebih memberi kesan, nama Psiaku Azwar ini adalah bersempena dengan nama anaknya yang telah kembali ke syurga Allah.

Di sini saya bentangkan maklumat berkaitan Psiaku Azwar, seperti yang diberikan kepada rakan-rakan media. Kerana saya fikir ia sudah cukup untuk menjentik hati kita supaya mensyukuri nikmat Allah yang sedia ada.

Pusat Jagaan Psiaku Azwar adalah rumah perlindungan dan penjagaan bagi OKU (Orang Kurang Upaya) daripada kalangan Anak Kurang Upaya Kritikal Terlantar (AKUKT). Ia beroperasi di No. 14 Jalan Batu Muda 10, Taman Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur.”

Dalam kenyataan media ini turut menyatakan, pusat perlindungan anak-anak kurang upaya ini telah membantu 67 orang AKUKT. Lebih menyayatkan hati, 24 daripada jumlah ini telah meninggal dunia.

Penjagaan Rapi 24 Jam Untuk Menyelamatkan Hamba Allah

Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak ini, mereka perlukan penjagaan rapi dan perhatian khusus selama 24 jam. Selain itu, mereka juga memerlukan beberapa keperluan harian khas seperti:

  • Susu yang khusus.
  • Ubat-ubatan.
  • Lampin pakai buang.
  • Bantuan peralatan untuk makan, minum dan pernafasan.
  • Rawatan susulan dari semasa ke semasa di Institut Pediatrik dengan perkhidmatan doktor pakar.

Ini yang menyebabkan kos penjagaan menjadi lebih tinggi. Setakat ini Pusat Jagaan Psiaku Azwar hanya menerima bantuan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, orang perseorangan dan beberapa organisasi sahaja.

Dr Azizan Osman - Syukor Now

Ini termasuk syarikat milik Dr. Azizan Osman, yakni Richworks. Mereka tidak bergantung pada pihak kerajaan mahupun mana-mana NGO.

Kecil Bantuan Di Sisi Manusia, Besar Habuan Di Sisi Allah

Untuk menjadi sebahagian daripada hambaNya yang membantu orang lain ketika berada dalam kesusahan, sumbangan dalam bentuk wang ringgit boleh dilakukan menerusi:

Pusat Jagaan Psiaku Azwar - Logo

(Maybank (564472401056) – PSIAKU AZWAR)

Atau bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan dari segi barangan dan sewaktu dengannya, boleh hubungi terus Puan Sharaah (Sara) menerusi nombor telefon 03-4043 4299 / 019-611 4264.

Saya mengkreditkan setiap gambar ini kepada jurufoto yang hebat, yakni Puan Shahrina Ahmad Sharkawi. Terima kasih kerana merakamkan peristiwa ini untuk tatapan orang ramai.

Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu kita menghargai, dan mensyukuri setiap nikmat yang Allah berikan dari pelbagai sudut.

Allah itu adil, dan sentiasa adil buat selama-lamanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 6 comments… read them below or add one }

ahmadyani April 18, 2012 at 10:32 pm

No.akaun yang diberi ini dapat membantu sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan.

Kepada Tuan Aqif Azizan, teruskan memasukkan maklumat seperti no.akaun atau maklumat lain yang memudahkan orang untuk memberi sumbangan bila menerbitkan artikel berkenaan apa sahaja yang menyentuh hati seperti Psiaku Azwar ini.

Reply

Zairi Zaidi April 19, 2012 at 12:33 pm

Perkara ini perlu disebarkan…
Zairi Zaidi recently posted..4 Perkara yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Menjual Produk RR, MRR dan PLRMy Profile

Reply

Aqif Azizan April 20, 2012 at 9:17 pm

Insya Allah tuan. Mohon dapat sebarkan kepada orang ramai. Terima kasih saya dahulukan. :D

Reply

Juan April 19, 2012 at 2:15 pm

Sedih saya membaca kesusahan yang dihadapi insan lain. :(
Juan recently posted..Berapa saiz facebook timeline cover photos?My Profile

Reply

Aqif Azizan April 20, 2012 at 9:17 pm

Begitu juga dengan saya. Bersyukur dengan apa yang ada hari ini.

Reply

Ismail H.M.Yusof May 6, 2012 at 5:15 am

As Salam Brots and Sisters yang di Kasihi,

Saya menyeru kepada semua Brots. dan Sisters saya dari seluruh Malaysia dan khasnya pada semua Alumini dan bakal Alumini Program Dr Azizan Osman memulakan satu tabung sedekah pada setiap kali kita menghadiri program2 DAO di serata Malaysia. Saya yakin dengan semangat yang kuat untuk membantu yang di anjurkan oleh mentor kita yg di kasihi, kita mampu menjana kutipan dana untuk membantu persatuan kebajikan yang seperti ini. Jesteru menampung perbelajaan penyelengaraan persatuan kebajikan tersebut. Penglibatan para dermawan individu juga amat di alu-alukan..sekian ….Al Jihad Fissabilillah…ALLAHUAKHBAR.
Wassalam,
Brot.Ishmael. : )

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: