Rahsia Jadi Jutawan Segera – Jadi ‘Superman’, Jadi Penghulur Bantuan

by Aqif Azizan

Dalam Seminar Intensif Mentor Kekayaan Kejayaan (IMKK), Dr. Azizan Osman seringkali memberi peringatan kepada para peserta tentang rahsia untuk menjadi kaya menggunakan dua formula berkesan iaitu:

Jadi Superman - Selesaikan Masalah Orang Ramai

  1. Menambah nilai pada hidup orang lain.
  2. Menyelesaikan masalah orang ramai.

Setiap hari, dunia ini dilimpahi dengan masalah yang pelbagai. Dari sudut ekonomi, manusia menghadapi masalah untuk menyelesaikan hutang-hutang, dan juga menambah sumber pendapatan untuk keluarga yang tercinta.

Manakala dari segi hubungan, masalah suami isteri yang sering salah faham dalam komunikasi juga adalah satu isu serius yang memberikan impak yang besar dalam keluarga.

Dunia ini dilimpahi dengan masalah. Namun setiap masalah boleh diselesaikan. Orang yang menyelesaikan masalah adalah orang yang tergolong dalam manusia yang hidupnya kaya dan berjaya.

Disebalik Masalah, Ada Peluang, Ada Jalan Kekayaan

Orang sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk menyelesaikan masalah mereka. Sebagai contoh, seorang pesakit kanser sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan bantuan pakar supaya penyakit kansernya sembuh.

Kata kuncinya di sini adalah, menyelesaikan masalah dan kepakaran.

Berkenaan pakar, Warren Buffet ada satu nasihat yang menarik. Ia disebut dalam satu temubual khas di Forbes bersama Jay-z.

“I think it’s been a perfect solution. When my wife was pregnant, I didn’t think I was going to deliver a baby. If I get a toothache or something, I don’t take out my own tooth. I turn it over. I follow Adam Smith’s advice; turn it over to a specialist.”

Manusia mahu masalah mereka diselesaikan oleh orang yang arif dalam bidang itu. Bahkan mereka sanggup melaburkan wang besar untuk membayar orang yang pakar, supaya masalah mereka selesai.

Kenyataan ini mempunyai kebenaran. Saya hanya membayar mereka yang dianggap pakar. Sekurang-kurangnya pakar di mata saya, bukan mata masyarakat semata-mata.

Bagaimana Kenal Pasti Masalah?

Berbalik semula pada idea asal. Bagaimana untuk selesaikan masalah dan menjadi orang kaya?

Caranya adalah dengan melakukan sedikit penyelidikan atau survey. Tanya pada orang di sekeliling, apakah masalah yang mereka hadapi sekarang ini?

Sekarang sudah ada laman sosial seperti Facebook. Lebih mudah untuk kita bertanyakan sesuatu dan memperoleh respon dengan pantas.

Namun, jangan sekadar bertanyakan masalah. Kita mesti tahu apakah keupayaan kita yang boleh dijadikan sebagai produk atau servis.

Contohnya, saya meminati bidang masakan nasi lemak. Justeru itu, soalan yang sesuai untuk diajukan bagi mendapat respon tentang masalah adalah seperti berikut:

“Saya percaya ramai di antara kita yang gemar makan nasi lemak. Apakah ketakutan yang tuan puan hadapi untuk melantak nasi lemak setiap hari?”

Fokusnya di sini adalah bertanyakan soalan yang betul. Mungkin respon daripada pengguna adalah seperti berikut:

  • Saya mahu makan nasi lemak setiap hari, tetapi takut badan cepat gemuk.
  • Saya mahu nasi lemak yang mempunyai sambal yang sedap, serta tidak terlalu berminyak.
  • Saya takut untuk makan nasi lemak kerana kandungan santannya sangat tidak menyihatkan badan.
  • Dan banyak lagi.

Daripada respon-respon di atas, kita boleh menghasilkan produk nasi lemak yang mempunyai banyak sambal, tetapi minyaknya kurang. Kemudian minimumkan penggunaan santan atau guna bahan alternatif yang lebih menyihatkan.

Laungkan Mesej Pemikat Untuk Menarik Pembeli

Satu daripada contoh terbaik mesej pemikat adalah Nasi Lemak Himalaya. Dimiliki oleh Tuan Rashidz RichHealth. Berikut adalah mesej yang beliau sering laungkan di Facebook:

“Kepakaran syarikat kami ialah menyediakan Nasi Lemak Himalaya yang sangat-sangat berkhasiat dan tidak akan menyebabkan kadar kolestrol meningkat, tidak rasa mengantuk setelah dimakan dan tidak mual, mempunyai lebih 84 Zat keperluan badan dan lain-lain.”

Saya sendiri terkejut dan suka dengan mesej pemikat ini. Secara tidak langsung mendorong saya untuk mencuba nasi lemak beliau jika berkesempatan.

Membantu Adalah Misi Mulia

Menjadi watak yang menyelesaikan masalah akan mengakibatkan kita mudah untuk menjadi kaya dunia dan akhirat. Lihat keadaan sekeliling, kebanyakan bisnes yang berjaya adalah bisnes yang membantu orang ramai.

Justeru itu, fikirkan tentang bagaimana anugerah yang Tuhan berikan pada diri kita dapat membantu orang ramai.

Dengan itu, proses kita menjadi kaya dan jutawan lebih pantas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 5 comments… read them below or add one }

Juan May 25, 2012 at 9:17 pm

Saya suka “Laungkan Mesej Pemikat Untuk Menarik Pembeli”. Rasanya, masih ramai yang gagal berbuat demikian..

Ps: Jika pergi merasa Nasi Lemak Himalaya, ajak saya sekali ya.. :D
Juan recently posted..Bagaimana Cara Berniaga di Facebook – Siapa Bakal Pembeli Anda?My Profile

Reply

Aqif Azizan May 25, 2012 at 9:23 pm

Hehe. Insya Allah hari Ahad ini akan merasa di Shah Alam. Juan datang Seminar Marketing Power?

Reply

Juan May 25, 2012 at 10:11 pm

Tidak, sebab esok pagi akan bertolak ke Jelebu. Kakak saudara kahwin. :) Mungkin ahad baru pulang ke Selayang semula.
Juan recently posted..Bagaimana Cara Berniaga di Facebook – Siapa Bakal Pembeli Anda?My Profile

Reply

titan June 5, 2012 at 10:46 pm

ada ke nasi lemak yang tidak meningkatkan kadar kolesterol??
titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 5My Profile

Reply

halif January 29, 2013 at 4:15 pm

Setuju benar dengan apa yang dikata
halif recently posted..WW : Master Your Mind, Create Your DestinyMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: