Rahsia Menambat Hati Pelanggan – Panduan Praktikal Menjadi Jurujual Hebat dan Berjaya

by Aqif Azizan

Kewujudan buku-buku perniagaan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris menyatakan kekuatan utama individu yang kaya dan berjaya adalah kebolehan mereka untuk menjual sesuatu.

Menjual ini tidak tertakluk pada penjualan produk semata-mata. Ia merangkumi menjual idea, menjual kepentingan, menjual diri dan sebagainya. Jika Mark Zuckerberg tidak berjaya menjual idea Facebook kepada pelabur-pelabur, maka laman sosial ini tidak akan mempunyai nilai aset yang bernilai bilion dolar.

Namun begitu, masalah yang dihadapi oleh rakyat tempatan mengenai arena jualan adalah:

  • “Saya takut untuk menjual!”
  • “Saya tidak tahu bagaimana untuk menjual!”

Realitinya, kita sentiasa menjual kepada orang sekeliling dalam kehidupan harian. Situasi ini boleh dilihat menerusi recommendation produk kepada rakan-rakan. Pernahkah tuan dan cikpuan mengalami situasi seperti di bawah?

“Aqif, engkau patut cuba makan di restoran Nasi Ayam Penyet ABC. Aku sudah ke sana semalam. Ayamnya memang rangup. Harga pula murah. Memang berbaloi-baloi.”

Situasi di atas adalah cara menjual pasif yang berlaku secara tidak sengaja. Persoalannya, bagaimana untuk menjual dengan berkesan? Meskipun kita tidak mempunyai pengalaman dan ilmu tentang skil-skil menjual.

Rahsia Menambat Hati Pelanggan – Mohd Fathuallah

Buku ini adalah hasil nukilan seorang pemuda, yakni usahawan yang berpengalaman luas dalam industri jurujual. Dalam buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan, kita akan mempelajari ilmu-ilmu kejurujualan dari pelbagai aspek. Antaranya:

  1. Rahsia dalam menjual – Bertindak pantas.
  2. Kepentingan reputasi dan bagaimana untuk membinanya dalam masa singkat.
  3. Menggunakan rakan sekeliling sebagai pendorong jualan.
  4. Rahsia menjual idea.
  5. Formula mudah untuk menjual produk.
  6. Dari Zero Ke Hero – Strategi meyakinkan pelanggan.

#1 – Rahsia Menjual – Bertindak Pantas

Mohd Fathuallah cukup dikenali dengan nama ‘Fast Action Expert’ kerana kepantasan beliau untuk bertindak bagi mencapai sesuatu. Dalam buku ini kita akan mempelajari apakah tindakan yang perlu dilakukan, untuk menghasilkan jualan dengan pantas.

Kepantasan memainkan peranan penting bagi menambat hati pelanggan dan mempengaruhi mereka untuk membeli produk kita secepat mungkin.

#2 – Kepentingan Reputasi dan Bagaimana Untuk Membinanya

Kajian laman web Sales Talent menganggarkan 80% aktiviti jualan yang gagal berpunca daripada kegagalan penjual membina reputasi. Rahsia Menambat Hati Pelanggan akan menggariskan panduan langkah demi langkah, untuk membina reputasi yang pantas di hadapan pelanggan.

#3 – Menggunakan Rakan Sekeliling Sebagai Pendorong Jualan

Tahukah kita rakan sekeliling dapat digunakan bagi meledakkan lagi jualan produk? Terdapat banyak elemen yang perlu diterangkan oleh pakar jualan di seluruh dunia.

Rahsia Menambat Hati Pelanggan karya Mohd Fathuallah ini menggariskan cara yang efektif berdasarkan pengalaman beliau, untuk menggunakan rakan sekeliling bagi meningkatkan lagi jumlah jualan produk kita setiap hari.

#4 – Rahsia Menjual Idea

Seperti yang kita sedia maklum, laman web Facebook berjaya mengaut keuntungan besar sehingga hari ini kerana individu penting dalam organisasi ini mempunyai kemahiran untuk menjual idea kepada pelabur-pelabur kaya.

Mohd Fathuallah telah membuat kajian terhadap individu-individu yang sentiasa sukses dalam menjual idea. Kajian itu dijadikan sebagai bahan ilmu yang boleh diperoleh dalam buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan ini.

#5 – Formula Mudah Untuk Menjual Produk

Psikologi manusia dibuktikan di mana kita memang suka benda yang mudah. Justeru itu, Mohd Fathuallah mencipta satu formula kejayaan menjual produk. Apa yang perlu kita lakukan adalah ikut langkah demi langkah dalam formula yang ditunjukkan dalam buku ini.

#6 – Dari Zero Ke Hero – Strategi Meyakinkan Pelanggan

Pelanggan yang yakin dengan personaliti dengan diri kita cenderung untuk membeli apa jua produk yang kita jual kepada mereka. Apakah yang kita perlu lakukan untuk membina keyakinan terhadap diri pelanggan yang kita bakal jumpa selepas ini?

Semua ini dibongkarkan dalam buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan.

Siapakah Mohd Fathuallah Ini?

Mohd Fathuallah atau lebih mesra dikenali sebagai Fath adalah seorang usahawan yang memulakan perniagaan seawal tahun 1995. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang jurujual dari pelbagai industri iaitu:

  • Batik.
  • Perkhidmatan cucian.
  • Menjual perabot.

Sehingga kini beliau membangunkan syarikat miliknya iaitu MOFAT Enterprise dan TMG Synergy Sdn Bhd. Antara anugerah yang diberikan kepada Mohd Fathuallah adalah Top Leadership Award.

Apa Kata Pembaca Lain?

Apa kata para pembaca lain mengenai buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan ini?

“Saudara Fath merupakan seorang anak didik saya dalam dunia perniagaan. Beliau mempunyai potensi yang jarang ada pada anak muda yang lain. Buku ini adalah buktinya! Tahniah atas kesanggupan beliau untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan semua untuk menjadi seorang yang luar biasa hebatnya!” – Dato’ Dr. Azman Ching, Jutawan MLM.

“Saya cukup teruja apabila berpeluang untuk membaca hasil karangan saudara Fathuallah ini yang mendedahkan rahsia bagaimana beliau mampu membuat jualan pada usia yang cukup muda. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada beliau kerana mengambil langkah hebat untuk berkongsi dengan orang ramai.” – Dato’ Rusly Abdullah (Chef Li), Penulis Bestseller Menjejaki Jutawan Senyap.

Pandangan Terhadap Rahsia Menambat Hati Pelanggan

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah takut untuk menjual, atau tercari-cari kaedah untuk menjual produk mahupun idea secara berkesan, maka buku ini boleh dijadikan rujukan utama untuk bermula.

Ia bukan berdasarkan teori semata-mata. Mohd Fathuallah menghimpunkan ilmunya berdasarkan pengalaman beliau dalam industri jurujual, supaya dapat dimanfaatkan oleh  pembaca serta merta.

Dengan kata lain, selepas pembaca membeli buku ini, tuan dan cikpuan sudah tahu bagaimana untuk mula menjual kepada pelanggan dengan lebih berkesan.

Harga dan Cara Pembelian

Buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan ini boleh didapati dengan harga serendah RM39.90 sahaja. Bagi yang ingin membelinya secara online, boleh layari laman web penulis buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan (Klik di sini) dan memperoleh dua keistimewaan berikut:

  • Autograf istimewa daripada beliau.
  • Penghantaran percuma.

Mudah-mudahan ulasan buku ini dapat mendorong tuan dan cikpuan untuk mendalami ilmu jurujual yang hebat. Sebarang pandangan atau pendapat mengenai buku ini, boleh kongsikan menerusi ruangan komen di bawah.

Bagi yang ingin bukunya diulas dalam blog ini, boleh hubungi Aqif Azizan untuk maklumat lanjut. Saya mengalu-alukan kerjasama daripada pihak tuan dan cikpuan untuk memandaikan bangsa menerusi karya-karya terbitan penulis tempatan.

 >> Klik Untuk Beli Buku ‘Rahsia Menambat Hati Pelanggan’ <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 3 comments… read them below or add one }

Zulhilmi Zainudin December 15, 2011 at 3:53 am

Saya terpengaruh dengan recommendation tuan Aqif. Akan buat tempahan dalam masa terdekat! ;)

Reply

Aqif December 15, 2011 at 7:18 am

Alhamdulillah. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk kita semua. :D

Reply

mohd May 17, 2012 at 6:20 pm

salam,kenapa harga buku 2 tak sama dgn di lmn web enck fath,

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: