Saban hari kita mendengar si fulan yang ingin membuka bisnes kerana tidak tahan dengan kerenah bos yang sentiasa menganggap pekerjanya sebagai kuli. Tidak terkecuali juga si fulan yang memulakan bisnes kerana didorong oleh rakan-rakan, yang berpendapat mereka mempunyai bakat melakukan sesuatu.

Dalam buku The E-Myth Revisited edisi terjemahan Bahasa Melayu terbitan PTS Publications, ia akan membantu kita semua untuk mengenalpasti potensi diri. Adakah kita boleh menjadi usahawan berjaya? Atau kita akan menamatkan usia dengan beban dan tekanan yang dihadapi, sepanjang membangunkan bisnes?
E-Myth juga bermaksud… Mitos keusahawan (Entrepreneur Myth).
Michael E. Gerber – Guru Bisnes Kecil #1 Dunia
“Gerber gemar menggesa kita mengembangkan visi yang berpengaruh untuk syarikat kita” – Fortune
Penulis buku ini merupakan perunding bisnes kecil dan berpengalaman luas dalam menunjukkan bagaimana mengaplikasikan sistem francais untuk mana-mana bisnes. Meskipun bisnes itu bisnes francais atau tidak.
Pro dan Kontra Buku The E-Myth Revisited
Pro
- Isi kandungan dibuat dalam bentuk penceritaan – Ia berbeza dengan buku-buku ‘tunjuk cara’ yang lain kerana kaedah penceritaan lebih membawa kesan kepada pembaca.
- Contoh yang jelas – Michael E. Gerber menggunakan contoh yang jelas dalam setiap idea yang disampaikan. Ia dapat membantu kita memahami sesuatu yang disampaikan dengan lebih mudah dan meyakinkan diri untuk bertindak.
- Mencipta sistem bisnes – Takut untuk memulakan bisnes kerana dikhuatiri akan menyebabkan kita kekurangan masa kerana terpaksa bekerja lebih 10 jam? Buku ini menyediakan panduan praktikal untuk mencipta sistem bisnes, supaya kita dapat mengawal masa kita untuk untuk lebih produktif walaupun menjalankan bisnes.
- Panduan langkah demi langkah – Buku ini menyusun panduan langkah demi langkah yang baik dan mudah untuk dipraktikkan oleh pembaca, secara berperingkat untuk membangunkan bisnes kecil.
Kontra
- Tidak semua suka pada penceritaan – Pembaca yang sudah mempunyai bisnes mungkin kurang meminati cara penyampaian buku, kerana ia mengambil masa yang lama untuk memahami keseluruhan maksud yang tersirat dalam buku ini.
- Tidak mempunyai banyak graf, carta dan infografik – Pembaca mungkin akan rasa bosan kerana buku ini dipenuhi teks dan kurang persembahan berbentuk visual.
Adakah Kita Wajar Memiliki Buku Ini?
Buku ini disarankan kepada individu yang sudah mempunyai bisnes, tetapi bisnesnya masih tidak mengalami sebarang kemajuan dan menghadapi masalah seperti:
- Kita sudah tidak mempunyai minat untuk membangunkan bisnes kerana banyak kerja yang perlu dilakukan.
- Sudah tidak mempunyai masa untuk bersama keluarga, beribadat dan beriadah akibat sibuk dengan urusan bisnes.
- Bisnes tidak berkembang meskipun sudah lebih 5 tahun beroperasi.
- Tidak tahu mewujudkan sebuah sistem yang baik untuk mengawal produktiviti bisnes untuk terus maju.
- Tidak mengetahui potensi diri kita. Adakah kita betul-betul sesuai menjadi usahawan? Atau kita hanya sesuai menjadi pembuat produk sahaja?
Untuk individu yang bercita-cita untuk mempunyai bisnes sendiri juga disarankan memiliki buku E-Myth. Ini kerana ilmu yang dikongsikan dalam buku ini berbentuk praktikal, dan kita boleh faham dengan mudah bagaimana untuk mencipta sistem bisnes, yang akan membantu bisnes kita beroperasi secara produktif untuk jangka masa panjang.
Akhir kata, jangan korbankan masa kalian untuk menjadi hamba kepada bisnes. Baca buku ini dan praktikkan dengan segera, agar kita boleh memanfaatkan 9/10 rezeki yang datangnya daripada perniagaan, tanpa perlu mengorbankan masa untuk beribadat.
Harga buku – [rating:4.5/5]
Desain kaver buku – [rating:3/5]
Isi kandungan buku – [rating:4.5/5]
Cara penyampaian – [rating:4/5]
Rating keseluruhan – [rating:overall]
Jika mahu beli buku ini, boleh layari laman web PTS Publications.


{ 6 comments… read them below or add one }
Salam Aqif.
Saya tergolong di dalam kumpulan yang kedua. Membaca ulasan daripada Puan Ainon & Qaif, membuatkan hati berkobar2 untuk mendapatkannya. i’Allah, pasti membelinya pada pesta buku antarabangsa nanti. Jumpa di sana.
Alamak, buat kali kedua balas komen sendiri. Maaf Aqif, tersalah ejaan pada perkataan Qaif.
Pembetulan: Aqif.
p.s: selepas ini, akan semak dahulu sebelum sahkan komen.
Tidak mengapa tuan. Dapatkan buku ini segera dan praktikkan ilmu yang dikongsikan.
Belum baca lagi buku ini, mungkin kerana bisnes masih kecil.
Tuan, buku ini sesuai dengan bisnes kecil.
Betul tu, Tuan Aqif. Saya wajib baca buku ini.