Saya Benci Joomla, Saya Cinta WordPress

by Aqif Azizan

Perbalahan yang tidak akan berkesudahan. Ibarat penyokong kelab bola sepak yang terlalu obses, sehingga membuatkan mereka tentang habis-habisan pasukan lawan yang lain.

Joomla vs WordPress - Kredit-Askradia

Tetapi apakah hasilnya? Hanya memudaratkan dan membuang masa diri sendiri yang lebih berharga daripada emas dan berlian.

Perbalahan di antara platfom-platfom CMS (Content Management System) khususnya untuk aktiviti blogging ini tidak akan membawa kepada sebarang kebaikan. Untuk menyelesaikan isu ini, jalan terbaik adalah berpegang pada prinsip diri.

Jika kita merupakan pengguna tegar Joomla, maka terus menggunakan aplikasi yang disediakan tanpa mendera CMS lain. Manakala bagi pengguna WordPress, tidak perlu untuk mengherdik pengguna Joomla yang sering dikaitkan dengan isu ‘ketinggalan zaman’.

Namun begitu, apakah yang menyebabkan platfom CMS WordPress yang dibangunkan oleh Matt Mullenweg ini menjadi tarikan utama para pembangun laman web masa kini.

Lebih-lebih lagi dari aspek pembangunan blog. Menurut kajian pemilik blog Problogger, Darren Rowse, lebih 80% pemilik blog di dunia ini menggunakan WordPress sebagai platfom utama mereka.

Soalanya mengapa? Berikut adalah ciri-ciri WordPress menurut pengalaman beliau yang turut menggunakan CMS ini. Fungsi-fungsi ini yang menyebabkan para blogger baru dan juga berpengalaman jatuh cinta terhadap WordPress apabila menggunakannya.

#1 – Pemasangan Pantas dan Mudah

Masa merupakan faktor utama mengapa 80% pemilik blog memilih WordPress sebagai platfom. Bagi pemasangan, ia mengambil masa kurang 10 minit sebaik sahaja kita selesai menerima butiran login ke database laman web.

Fantastico De Luxe - Kredit-100webhosting

Lebih-lebih lagi, kebanyakan syarikat penyedia hosting kini menyediakan sebuah aplikasi yang dinamakan Fantastico De Luxe. Yakni sebuah aplikasi dalam ruangan cPanel, yang dapat memudahkan pemilik laman web untuk melakukan pemasangan sistem WordPress.

#2 – Mesra Pengguna

Isu user friendly mendorong kepada pemilihan WordPress sebagai platfom utama untuk berblogging. Paparan utama (dashbard) WordPress dibina untuk semua golongan. Daripada golongan yang buta IT, mempunyai sedikit pengalaman mengenai pembangunan laman web, dan juga golongan yang sudah berpengalaman dalam industri ini.

Jurutera enjin carian Google, Matt Cutts menyatakan, kod-kod pembinaan WordPress juga selaras dengan kebanyakan sistem enjin carian utama di dunia seperti Google, Yahoo dan Bing.

Justeru itu, kita dapat lihat kebanyakan blog yang menggunakan WordPress lebih cenderung untuk berada dalam kedudukan yang tertinggi dalam enjin carian.

#3 – Lebih 10,000 Plugin Percuma

Plugin berfungsi sebagai gula dalam air. Ia menambahkan rasa yang manis, iaitu nilai blog kita menerusi sistem yang dapat menarik taraf jenama blog kita di mata pelawat. Lebih menarik, pengguna WordPress berpeluang untuk menggunakan lebih 10,000 plugin WordPress secara percuma.

Best WordPress Plugin

Antara plugin yang menjadi pilihan pengguna platfom ini adalah:

  • Plugin untuk optimasi enjin carian (SEO – Search Engine Optimization).
  • Plugin untuk memberikan notifikasi kepada pemberi komen blog kita, apabila komen mereka sudah dibalas.
  • Plugin social media. Seperti integrasi Facebook atau Twitter.
  • Dan banyak lagi…

Dalam masa sama, plugin-plugin WordPress ini juga sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut versi WordPress yang terbaru. Komuniti  pembangun plugin juga ramai dan sentiasa aktif untuk menjawab soalan para pengguna.

Bukan sahaja plugin, malah developer atau pereka laman web yang menyediakan servis reka bentuk themes WordPress yang unik juga ramai. Ini sekaligus dapat membantu orang ramai memiliki themes WordPress yang unik dan berkualiti dengan harga yang berpatutan, yakni serendah RM800.

Mulakan Blog WordPress Hari Ini

Tidak salah menggunakan Joomla atau platfom-platfom sedia ada yang lain untuk membangunkan blog. Namun kata Matt Cutts,

“Mengapa tidak gunakan sahaja sistem yang memudahkan dan terbukti berkualiti untuk jangka masa panjang?”

Sistem WordPress bukan sebuah sistem pertama untuk blogging. Tetapi ia adalah antara sistem yang terbaik untuk mereka yang ingin membangunkan blog sendiri.

Agar setiap pelaburan masa untuk menulis entri-entri di blog sentiasa berbaloi, dari aspek pembaca, enjin carian dan kepuasan diri sendiri.

Biodata Penulis

Servis Pemasangan dan Design WordPress

Baloot merupakan pemilik laman web Balootisme. Tugasnya membantu pemasangan blog menggunakan sistem WordPress, serta reka bentuk grafik blog dengan harga yang berpatutan dan dijamin memuaskan hati sesiapa sahaja yang menggunakan servis beliau.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 12 comments… read them below or add one }

Affan Ruslan December 10, 2011 at 7:44 am

Bergantung pada penggunaan jugak kut.
Selalunya org guna joomla untuk buat website ecommerce sebab wp leceh sikit. Joomla lagi fleksibel, tapi kena berhati2 dgn extension yg vulnerable, kalah silap langkah blog senang sgt kena hack.

Apa2 pun sekarang ni cms wordpress dah semakin meluas penggunaannya, boleh guna untuk buat website, blog, aggregator, ecommerce website dsb :)
Affan Ruslan recently posted..Kanada dan Produk Apple – Saya Mahu Macbook Air!My Profile

Reply

Aqif December 10, 2011 at 7:48 am

Terima kasih atas perkongsian. Betul apa yang tuan katakan. Setiap CMS ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Apabila membuat perbandingan, elakkan daripada terlalu obses. :D

Reply

Baloot December 10, 2011 at 7:52 am

Terima kasih saudara Aqif untuk perkongsian website sy. :)

Memang tidak dinafikan Joomla agak susah untuk digunakan dan mempunyai banyak plugin yang berbayar tidak seperti WP yang kebanyakannya percuma.

Sebab itu laman web yang berasaskan Joomla harganya agak mahal jika dibandingkan dengan WP.

Khas untuk pelawat laman blog Aqif, saya akan bagi promosi akhir tahun ni untuk setiap tempahan laman web sebelum 31 December 2011 ini. :)
Baloot recently posted..Berapa Harga Laman Web Untuk Korporat / Syarikat / Persendirian?My Profile

Reply

Aqif December 10, 2011 at 6:21 pm

Terima kasih tuan atas harga promosi. Saya akan maklumkan kepada para pembaca blog ini. Mudah-mudahan mereka mengambil tindakan untuk memanfaatkan peluang ini. :D

Reply

ahmadyani December 10, 2011 at 12:30 pm

Sokong WP, sebabnya saya dapat bina blog WP saya dengan bacaan ebook Tuan SmartZul sahaja walau baru berjinak dengan komputer. WP lebih mesra pengguna.
ahmadyani recently posted..Belajar Al Quran Dengan Pen Digital Al Quran: Satu AlternatifMy Profile

Reply

Aqif December 10, 2011 at 6:22 pm

Saya juga mula berjinak-jinak dengan Wordpress dahulu. Tidak pernah menggunakan Joomla, khususnya untuk medium blog. Hehe.

Reply

Baloot December 12, 2011 at 7:32 am

Perbandingan WP dengan Drupal pula macam mana Tuan Aqif? Hehe.
Baloot recently posted..Berapa Harga Laman Web Untuk Korporat / Syarikat / Persendirian?My Profile

Reply

Aqif December 14, 2011 at 8:20 am

Saya tidak pernah menggunakan Drupal. Tetapi boleh melakukan kajian untuk menulis perbandingan. Mungkin dalam entri akan datang. :D

Reply

Dila December 12, 2011 at 7:19 pm

Setakat penglibatan saya dalam dunia CMS selama lebih dua tahun, saya setuju bahawa WP adalah lebih mesra pengguna dan mudah dipelajari berbanding Joomla! WP FTW! :)
Dila recently posted.."You can respond positively or negatively to any situation. Your attitude is not…My Profile

Reply

Aqif December 14, 2011 at 8:21 am

Itu dia, pengguna CMS Wordpress tegar sudah berkata-kata. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman cikpuan! :D

Reply

Dila December 15, 2011 at 6:45 am

Heheh! Katakan ‘YA’ kepada CMS WordPress! InsyaAllah saya akan berusaha keras untuk memperluaskan penggunaan WP terutama di kalangan pelanggan dari dunia korporat, bukan sahaja industri blogging ;)
Dila recently posted..[Plugin Pick] Google Doc Embedder

Lets you embed MS Office, PDF, and many other…My Profile

Reply

Asyrof Asri January 29, 2013 at 8:37 pm

Platform Wordpress memang terbaik. Saya sokong 100%. Ia amat mudah digunakan.

Pertama kali saya ikuti bengkel web yang dianjurkan persatuan tempat saya belajar.
Amat komplikated, sejurus tamat bengkel. Saya mendaftar untuk gunakan wordpress.

Setuju!, ia memang sesuai untuk 3 golongan yang Tuan Aqif sebutkan.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: