Saya Hanya Rehat Bila Selesai – David Goggins

“I don’t stop when I’m tired. I stop when I’m done.” – David Goggins

Beliau lebih dikenali sebagai pelari ‘ultramarathon’ dan bekas NAVY SEAL.

David Goggins - Motivasi Kejayaan

David Goggins hanya tidur 3 jam sehari. Bangun pada pukul 3 pagi dan memulakan larian dari jarak 15 hingga 20 batu.

Ketika orang lain cukup takut dengan Navy SEALS “Hell Week”, David Goggins pula menjadi individu yang berjaya mengharunginya sebanyak tiga kali berturut-turut. Lebih menarik, beliau langsung tidak memasuki latihan khas sebelum menyertainya.

Bukan setakat itu sahaja.

David Goggins melakukan larian jarak 100 batu dan menyelesaikan larian itu dalam tempoh kurang 19 jam. Sedangkan sebelum ini beliau langsung tidak mempunyai pengalaman dalam larian marathon.

Kemudian, pada November 2008, beliau berjaya mengumpulkan dana sebanyak USD200,000  untuk membantu keluarga-keluarga askar yang berada dalam kesusahan hidup.

Pada tahun yang sama, beliau juga diberi gelaran “Hero of Running” oleh Runners World.

7 Pengajaran Penting Daripada Kisah Ini

Selepas saya membaca perkongsian ini ruangan Facebook T. Harv Eker, saya dapati ada 7 perkara yang boleh kita manfaatkan bersama dalam kehidupan dan kejayaan.

  1. Hidup ini tidak semestinya indah pada sudut pandang kita. Allah lebih mengetahui dan bijak merancang untuk hambaNya.
  2. Buat sesuatu, biar sampai habis / jadi.
  3. Mengaku kalah bukan pilihan pertama jika gagal. Mahupun pilihan terakhir. Masih banyak lagi opsyen yang boleh dikeluarkan.
  4. Hidup kita adalah untuk dimanfaatkan oleh semua orang.
  5. Kadang-kadang, kita tidak perlu suka apa yang kita lakukan. Tetapi kita mesti lakukan sesuatu untuk kebahagiaan orang lain.
  6. Sentiasa berfikiran optimistik.
  7. Bersukan itu bagus.

Semoga ia menjadi entri bermanfaat dan memotivasikan para pembaca blog ini. ;)

11 Comments

  1. izzat zainal March 9, 2012
    • Aqif March 9, 2012
  2. Rezduan Bakar March 9, 2012
    • Aqif March 9, 2012
  3. Hadi Rofiee March 9, 2012
    • Aqif March 9, 2012
      • Hadi Rofiee March 9, 2012
  4. Zoelhilmi March 11, 2012
    • Aqif March 11, 2012
  5. ahmadyani March 11, 2012
    • Aqif March 11, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge