Senyuman itu adalah satu kuasa yang mampu mengubah perasaan manusia lain dalam jangka masa singkat.

Tidak kira di mana jua, senyuman mempunyai kemampuan untuk mengubati orang di sekeliling kita. Ini termasuk diri kita sendiri.
Pernahkah kita menghadapi situasi di mana, ketika itu kita rasa terlalu letih akibat bekerja dari pagi hingga malam. Pulang sahaja ke rumah, kita disambut oleh senyuman yang ceria oleh individu yang menyayangi kita seperti:
- Ibu dan bapa.
- Isteri.
- Anak-anak.
- Para sahabat.
Apakah perasaan kita ketika menerima senyuman daripada mereka? Kebanyakan masa, energi yang berkurangan akibat penat itu dapat dilupakan. Kerana kita rasa begitu dihargai oleh orang sekeliling.
Senyum dan Terima Kekayaan Dari Tuhan
Begitu juga sebaliknya apabila kita memberikan senyuman yang menawan kepada orang di sekeliling. Sebenarnya kita telah membantu mereka untuk mengubat perasaan negatif yang bermain di hati mahupun minda.
Dari situ, datang janji Allah yang tidak pernah dimungkirinya, apabila kita menjadi manusia yang bermanfaat dan membantu orang ramai, Allah akan permudahkan lagi perjalanan hidup kita di dunia dan akhirat.
Ini yang dikatakan semakin banyak kita senyum, semakin cepat untuk kita menjadi lebih kaya dan diberkati dalam hidup.
Soalnya, bagaimana untuk melakukan senyuman yang dapat memperoleh nikmat seperti di atas?
Setiap Senyuman Manusia Berbeza
Senyum dengan cara yang tersendiri. Tuhan menjadikan setiap manusia dikurniakan dengan senyuman yang berbeza, namun tetap memberi kesan yang sama. Apa yang penting di sini adalah kita melahirkan senyuman yang datang dari hati.
Untuk senyuman itu datang dari hati, pertama-tama kita perlu menjadi diri sendiri. Kemudian lemparkan sahaja senyuman yang kita rasa selesa untuk diberikan kepada orang sekeliling.
Dari situ lahir senyuman kekayaan dan kejayaan. Lebih rajin kita senyum setiap hari, lebih mudah untuk kita menerima:
- Ketenangan hidup.
- Kemudahan untuk melakukan kerja.
- Kekayaan dari pelbagai sudut.
- Semangat untuk mencapai impian.
- Ujian yang datang.
Pemasangan Smiling Money Magnet
Smiling money magnet adalah cara spesifik untuk kita menarik kekayaan, khususnya duit dengan hanya melakukan aktiviti senyum setiap hari.
Cara ini menggunakan pendekatan psikologi terhadap minda kita, supaya minda kita dapat mengeluarkan isyarat kekayaan setiap kali kita senyum.
Untuk pemasangan smiling money magnet, kita boleh hadiri program Intensif Mentor Kekayaan Kejayaan (IMKK) anjuran syarikat Richworks milik Dr. Azizan Osman. Pelaburan untuk belajar cara pemasangan senyuman kekayaan dalam program ini sudah lebih daripada berbaloi.
Kita akan sentiasa rasa mahu senyum. Kerana dengan senyuman, kita percaya ia dapat menarik kekayaan dan wang yang banyak dalam kehidupan.


{ 6 comments… read them below or add one }
tajuk simple tetapi bermakna.
aku pun plan nak ikuti dr azizan pnya seminar tapi dalam masa terdekat ni tak ada lagi kan?
mr.eims @ emas recently posted..Berniaga Online Akan Lebih Berjaya Dengan Facebook Ads
Terima kasih.
Ada, Seminar Marketing Power pada 3 Jun 2012 jika tidak silap saya.
Betul.. Itu salah satu perkara yang saya belajar dari Dr Azizan… kuasa senyuman.
Senyum menunjukan kita bersyukur dengan nikmat yang ada….
Rezduan Bakar recently posted..Grow Up, Please!!!
Saya dah daftar utk 3hb . Tq coz beritahu
jom lah pegi lagi leh jumpa kat sana kenal2,heheh
eims @ emas recently posted..Kursus 5 hari belajar pelaburan emas
Assalamualaikum tuan..saya nak tanya, berapa bayaran untuk buat review produk di blog ini? Kalau produk saya ebook saya berkaitan cinta & motivasi islam, tuan rasa elok atau tidak untuk buat review di sini?
Dan satu lagi, apa nama plugin social media button dekat tepi tu ye tuan? sebab lama dah cari tp tak tau nama…
Terima kasih
Waalaikumsalam Tuan Ridzuan. Insya Allah sebentar lagi saya akan e-melkan maklumat-maklumat yang tuan ingin tahu. Terima kasih.