Mencapai impian bukan satu tugas yang mudah. Namun ia tidak mustahil.

Baru-baru ini, saya diizinkan Allah untuk bertemu dengan individu hebat untuk berbual mengenai kisah kejayaan dan impiannya. Dari sudut perniagaan, beliau sudah berjaya membina empayar bernilai jutaan ringgit.
Ia adalah satu impian untuk berbual-bual dengan individu yang telah mengubah kehidupan orang ramai di Malaysia. Baik dari sudut spiritual, pembangunan diri dan juga perniagaan.
Antara tingkah laku yang saya perasan apabila berbual-bual dengan beliau adalah, beliau sentiasa mahu maju ke hadapan. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai bukan satu signal untuk berhenti.
Usahawan Berjaya – Hanya Cerita Bahagia
Ia adalah signal yang memberikan penekanan supaya terus mencipta kejayaan yang lebih besar dan luar biasa.
Namun, kejayaan tidak diselaputi dengan keindahan sepanjang masa. Peritnya untuk menjadi orang berjaya jarang diceritakan. Satu daripada buku yang pernah saya baca, iaitu Memulakan Bisnes Sendiri oleh Puan Ainon Mohd adalah satu daripada buku yang memberikan maklumat dari perspektif cerita ‘susah’ sebagai seorang usahawan.
Buku ini menakutkan sekiranya ia dibaca oleh golongan yang ingin menjadi usahawan. Ia menerangkan derita disebalik perniagaan.
Dalam kes individu yang saya ketemu ini, beliau menghadapi satu situasi yang sama.
Semakin Berjaya, Semakin Ramai Dengki
Ia bukan melibatkan budaya masyarakat yang sudah terbiasa dengan PHD (perangai hasad dengki). Ini adalah satu realiti pahit yang perlu ditelan para usahawan yang sentiasa ingin mahu ke hadapan.
Akan wujud cabaran demi cabaran baru yang akan menduga kita. Cabaran ini fungsinya bukan untuk memberikan signal kepada minda supaya mengangkat bendera putih.
Cabaran ini mendidik kita supaya kental jiwa untuk mencipta satu lagi kejayaan besar dalam sejarah hidup peribadi. Seperti petikan dalam mana-mana buku atau individu yang mempunyai bisnes gergasi,
“Cabaran, dugaan dan kegagalan mengajar kita erti menghargai impian. Ia juga menjelaskan betapa teguhnya kita berpegang pada impian yang mahu dicapai. Mengaku kalah, tandanya melepaskan impian.”
Bagaimana Mengatasi Keraguan Diri
Seperti biasa, dalam setiap entri blog ini, akan saya cuba selitkan nasihat terbaik. Ini adalah nasihat beliau yang memberikan jentikan emosi kepada diri saya, untuk turut maju dalam kehidupan dan perniagaan,
“Butakan mata, pekakkan telinga. Selagi mana hidup kita berpaksikan untuk menambah nilai dalam hidup orang ramai, tidak perlu risau dengan segala cabaran yang datang.”
Menambah nilai hidup bermaksud menjadi golongan individu yang bermanfaat. Hari ini, saya muhasabah diri. Adakah setiap saat saya bernafas di muka bumi milik Allah ini memberikan manfaat kepada golongan manusia yang lain?
Mungkin ya, mungkin tidak. Jawapan tidak kerana ada satu ketika, saya risau apa yang saya buat ini mungkin gagal. Saya risau dikritik dan dicemuh oleh orang sekeliling.
Namun, untuk menghala semula ke landasan kekayaan dan kejayaan, berbalik semula kepada kenyataan beliau.
“Jadikan hidup kita bermanfaat dan jangan sesekali puas menambah nilai dalam hidup orang lain.”
Belajar Cara Jadi Kaya Luar Biasa
E-book ini ditujukan kepada tuan puan yang ingin mengubah kehidupan dalam tiga aspek penting iaitu:
- Lebih kaya.
- Lebih berjaya.
- Lebih diberkati.
Ia adalah himpunan pengalaman saya mengenali mentor kejayaan nombor satu Malaysia. Jadi antara orang yang terawal memiliki e-book 17 Resepi Kaya & Berjaya ini sebelum harga dinaikkan serta merta.

Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut
Semoga nukilan ini bermanfaat dan diraikan ilmunya oleh tuan puan.


{ 4 comments… read them below or add one }
jadi kaye ? biasa2 je~~
jadi kaya ,pastu mampu jadi imam kat masjid ? ohsem

woot recently posted..Gambar Askar China Dihukum Kerana Merokok
Terima kasih di atas informasi yang cukup berguna..
Dalam kamus hidup seorang yang berjaya tiada istilah kegagalan.. Setiap kegagalan yang mereka tempuhi mereka memanggilnya sebagai cabaran..
Jika kita mengambil iktibar terhadap kisah-kisah kegagalan orang-orang yang berjaya.. Sebenarnya kegagalan yang mereka alami bukan setakat sekali dua.. Tetapi terlalu banyak kali.. Setiap kegagalan yang mereka tempuhi, mereka menganggapnya sebagai cabaran untuk menjadikan diri mereka lbih berjaya..
sebagai contoh Thomas Edilson.. Beliau telah gagal untuk mencipta mentol sehingga percubaan beliau yang ke 1999.. Percubaan beliau yang ke 2000 baru membuahkan hasil..
Persoaalannya.. Adakah kita sanggup mengambil risiko untuk menermia kegagalan sebanyak itu, sebelum kita mengecapi kejayaan?
Tepuk dada tanyalah selera..
Inilah yang menjadi jurang di antara orang yang berjaya.. dan orang yang takut untuk berhadapan dengan kegagalan sebelum berjaya..
Anuar recently posted..Rezeki Yang Tidak Di Sangka-Sangka Daripada Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
nak jadi yang berjaya dan disukai ramai, memang susah..
titan recently posted..Komisen Pertama dari HalalScience.com
Salam, Tahniah kerana anda telah menggarap apa yang disampaikan oleh Sifu aka Mentor kita dng bahasa yg mudah difahami. Rasa syukur juga saya panjatkan kpdNya kerana dapat bertemu dengan Mentor dan rakan2 yang sentiasa berfikiran positive dan mempunyai HATI yang first class(tgk lh sifu nya siapa kannn). Biasanya amatlah sukar untuk saya bertemu dengan “orang kita” yang telah KAYA dan BERJAYA menghulurkan tangan untuk menolong tangan yang dibawah selepas berada diatas. Tetapi budaya ini telah berubah sama sekali dengan apa yang dibawa oleh DAO. Amat PENTING untuk lebih ramai “orang kita” KAYA dan BERJAYA serta mempunyai HATI yang baik agar dapat membantu lebih ramaiiiii lagi orang kita yang masih aracaris-cari dibawah untuk terus berjaya DUNIA dan AKHIRAT. Satu daripadanya adalah apa yang dilakukan oleh AQIF. Moga Allah membalasnya dengan balasan rezeki dan keberkatan yang melimpah ruah serta kesihatan yang baik. Teruslah usaha AQIF untuk memandaikan Bangsa dengan cara AQIF tanpa jemu.. Moga Terus sukses…