Assalamualaikum dan salam penulisan.
Segala puji bagi Allah, pada 25 Disember 2011 saya diberikan peluang untuk menghadiri seminar yang dikendalikan oleh individu yang tidak asing lagi dalam arena keusahawanan dan potensi diri.

Siapa lagi jika bukan Dr. Azizan Osman. Selepas saya menghadiri Seminar Kenali Potensi Diri yang berlangsung di PGRM, boleh saya katakan beliau adalah jurulatih yang memiliki:
- Gaya persembahan yang baik.
- Penerangan poin-poin yang jelas dan mudah difahami.
- Sentiasa berusaha untuk mewujudkan komunikasi dengan peserta (lebih daripada 1,000+ orang mungkin dalam dewan ini).
Sebenarnya, saya memang sudah menyimpan hasrat untuk menyertai apa sahaja seminar yang bakal dikendalikan oleh Dr. Azizan. Terutamanya selepas melihat kisah-kisah kejayaan protege beliau dalam mencapai kejayaan dalam perniagaan serta kerjaya.
Sentuhan Dr. Azizan Osman – Protege Kaya dan Berjaya
Ternyata di sini, beliau mempunyai sentuhan midas untuk membantu para peserta di bawah kendaliannya untuk berada pada satu tahap kejayaan dan kekayaan yang lebih tinggi.

Iaitu mencapai impian dan mengenal pasti potensi diri.
Setelah ditunggu-tunggu, maka saya bersyukur kepada Allah kerana terpaparnya satu berita di ruangan Facebook yang menyatakan Seminar Kenali Potensi Diri bakal diadakan pada tarikh 25 Disember 2011.
Selepas berbulan-bulan hanya memerhatikan perkembangan Dr. Azizan dan protegenya di Facebook dan Youtube, maka ini adalah peluang keemasan untuk saya sendiri merasai nikmat memperoleh ilmu daripada beliau.
Bahkan, seminar ini diadakan dengan harga yang sangat murah. Bagi tempahan terawal, siap dapat tempat duduk percuma lagi.
Kisah-kisah kejayaan beliau dan protegenya benar-benar memberikan inspirasi kepada saya untuk hadir ke seminar ini. Alhamdulillah, Tuhan berikan satu peluang kepada saya kali ini.
Seminar Kenali Potensi Diri – Transformasi Hidup 2012
Perjalanan ke PGRM hanya mengambil masa sekitar 30 minit dari kawasan rumah saya. Apabila saya sampai di sana, begitu ramai peserta yang berkerumun dan suasana begitu sesak.

Namun begitu, saya begitu bermotivasi apabila melihat wajah-wajah para peserta lain dan kre-krew seminar. Semua krew memaparkan senyuman yang manis dan melayan kami semua dengan penuh kesungguhan.
Mereka berusaha sehabis baik untuk memberikan keselesaan terhadap para peserta sebelum seminar bermula.
Oleh sebab suasana yang terlalu happening, dan saya jarang menjadi peserta seminar, keadaan seminar itu bertukar menjadi begitu seronok dan bertenaga. Saya dapat berkomunikasi, bergelak ketawa dan membangkitkan semangat di antara satu sama lain.
Siap ada exercise sebelum bermula. Pada ketika itu, rasa seperti sudah lama tidak berjoget. Cuma agak malu untuk tunjukkan lagak yang sebenar. Namun peserta di sebelah saya (kiri dan kanan) semuanya bersemangat melakukan tarian chicken little (serius, saya tidak tahu apa nama tarian itu).
Para peserta juga terdiri daripada golongan yang hebat-hebat. Saya dapat tahu ada beberapa orang jutawan yang hadir ke seminar ini. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi potensi pendapatan, dan membina empayar perniagaan sedia ada menjadi lebih besar.
Dalam seminar ini, Dr. Azizan Osman sering menekankan kuasa tindakan. Katanya,
“Manusia yang gagal adalah manusia yang hanya berfikir dan tidak bertindak.”
Dalam masa sama, pengurusan emosi juga turut memainkan peranan jika kita mahu hidup kaya dan berjaya.
Saya bersetuju dengan kata-katanya khususnya bab emosi. Ini kerana peratusan besar dalam kehidupan kita didorong oleh emosi. Apabila emosi kita berada dalam keadaan positif dan baik, maka kita juga akan menjalani kehidupan seharian dengan baik dan gembira.
4 Jam 30 Minit yang Segar dan Hebat
Dalam Seminar Kenali Potensi Diri yang berlangsung selama 4 jam (9 pagi hingga pukul 12.30 tengahari), saya lihat para peserta langsung tidak menunjukkan rasa letih atau mengantuk.

Walaupun saya tidak sempat untuk mengambil sarapan pagi (hanya sempat minum jus Monavie sahaja) kerana bergegas untuk ke seminar ini, namun rasa lapar itu dapat dilupakan. Kerana begitu asyik dengan persembahan Dr. Azizan yang sentiasa memukau dan menghiburkan.
Lebih-lebih lagi apabila beliau memberikan kejutan kepada para peserta dengan membawa finalis Maharaja Lawak Mega, iaitu Boboi.
Ya, ya, Boboi gandingan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Tujuan mereka naik di atas pentas adalah untuk memberitahu rahsia-rahsia kejayaan Boboi, serta kaitannya dengan Dr. Azizan Osman.
Hari ini barulah saya tahu kenapa jenama Boboi itu diwujudkan. Lebih penting, saya dan para peserta sudah tahu siapa di sebalik idea asal yang menjadikan Boboi sebuah jenama yang hebat dan diminati ramai orang.
Intensif Mentor Kekayaan Kejayaan (IMKK)
Oleh disebabkan saya begitu seronok dengan ilmu dan energi yang dikongsikan oleh Dr. Azizan, maka saya mengambil peluang untuk menghadiri kursus Intensif Mentor Kekayaan Kejayaan (IMKK) yang bernilai lebih daripada 4 angka.
Ia akan dianjurkan di Wisma MCA Jalan Ampang selama 3 hari 2 malam. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui kaedah untuk mengenali potensi diri. Serta meningkatkan potensi kita secara maksimum agar memperoleh impian untuk menjadi kaya dan berjaya, di dunia dan akhirat.
Sertai Seminar Kenali Potensi Diri
Harapan saya agar perkongsian pengalaman saya menghadiri Seminar Kenali Potensi Diri ini dapat mendorong para pembaca untuk menyertainya pada tarikh lain. Tadi saya tanya kepada krew mereka.

Katanya Seminar Kenali Potensi Diri bakal diadakan pada tahun hadapan. Tetapi tarikhnya masih belum ditetapkan dan mereka mungkin akan adakan di kawasan Kuala Lumpur sahaja.
Keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan seminar selama 4 jam ini. Kerana 6 prinsip kekayaan dan kejayaan yang diterangkan oleh Dr. Azizan Osman benar-benar memudahkan pemahaman dan memberikan kesan.
Salah satu daripada bukti kesannya adalah menerusi artikel ini. Saya berkongsi dengan nada yang begitu teruja kepada tuan dan cikpuan.
Semoga ia bermanfaat. Salam penulisan.
Maaf ya gambar tidak dapat diambil. Saya menghormati undang-undang yang ditetapkan oleh pihak penganjur.


{ 22 comments… read them below or add one }
Dr Azizan ade buat lagi ke seminar yg cmgini dimasa hadapan??

sentap recently posted..Own gol yang terbaik~~!!
Akan ada Seminar Kenali Potensi Diri pada tahun hadapan. Cuma tarikh dan masa masih belum ada ketetapan.
Tarian chicken dance?
Rasanya tuan sendiri tahu bagaimana untuk melakukannya. Hehe.
awesome bebeh.bagus dengan tindakan anda yang hadir hari ni.
Saya suka dengar kisah kejayaan cikpuan yang dikongsikan dalam seminar tadi. Salam perkenalan!
Semoga cikpuan terus berjaya dalam perniagaan.
suka ayat ini “Manusia yang gagal adalah manusia yang hanya berfikir dan tidak bertindak.”
betul. cakap berbuih itu ini, plan heboh sana sini tapi kalau takut bertindak ZERO kesudahannya

Lizz recently posted..Kontroversi Ucapan Merry Christmas. Mohon Penjelasan
Apabila banyak bercakap, potensi untuk tidak bertindak lebih tinggi. Ini pengalaman saya.
Saya tabik Dr. Azizan Osman. Beliau mampu menguruskan 12 syarikat sekaligus. Dalam masa yang sama, mengendalikan seminar seperti ini untuk tujuan ‘give back’.
Harga untuk produk-produk beliau yang lain masih lagi berbaloi-baloi.
Memang menarik ni. Saya harap saya berpeluang hadir ke seminar beliau. Kuching bila ya.
Memang menarik. Di Kuching saya tidak pasti. Namun tuan boleh dapatkan maklumat lanjut di http://skpd2012.com/.
Lebih baik cepat, kerana peserta dijangka akan lebih ramai.
Saya salah seorang anak murid Dr. Azizan Osman..
Ketika tu tahun 2008 kalau tak silap Mungkin masa itu masih lagi dikenali sebagai rahsia tarikh lahir .
Cara beliau membuat pemasaran,persembahan,ucapan mmg sangat menakjubkan

halifsaat recently posted..Berapa jam korang kerja sehari?
Wah, saya baru tahu!
Benar tuan, lihat dari segi ilmunya, memang terbukti beliau berpengalaman luas dari segi pemasaran dan pengiklanan.
Tahniah Aqif! IMKK adalah program pertama yang saya hadirkan diri dan semenjak itu kehidupan saya berubah… huru-hara dibuatnya.
All the best in your journey!
Terima kasih Tuan Shawal!
Saya juga hadir. Berada di kiri dewan bahagian hadapan. Memang ada perbezaan besar antara membaca dan mendengar.
Selepas ini saya akan seimbangkan antara membaca dan mendengar.
Kursus Dr.Azizan ini memang luar biasa hebat.
ahmadyani recently posted..Jangan Ucapkan Selamat Tahun Baru 2012
Tuan juga hadir. Sayangnya kita tidak sempat berjumpa. Adakah tuan mengambil kursus intensif?
Jika ambil, maka kita akan dapat bertemu pada bulan Februari ini. Insya Allah.
mmg best giler…kami dri 0 dlm bisnes skrg alhamdullilah….jgn percaya ckp kami…pergi je IMKK..tggu kedtgan kami…
Alhamdulillah. Benar, saya tidak akan percaya, tetapi saya akan datang sendiri.
Terima kasih tuan.
sy bru hadir seminar kenali potensi dir dr.azizan othman di melaka td..mmg bgus..n terus dftar utk seminar 3 hri di kl..awal bulan feb ni…..jumpa di sana ya..
Saya memang teruja nak hadir semianr Dr. Azizan ni tapi ada saja halangannya dan tak dapat hadir. Insya allah saya berdoa semoga Allah permudahkan saya untuk join seminar Marketing Power pada 19 Feb 2012 ini. Amin..
salam, sy berminat utk sertai seminar marketing ni..sy dpt tahu, di rancangan nasi lemak kopi o ada menyatakan pendaftaran secara percuma dengan mengisi code semasa pendaftaran dibuat..tetapi, form yg sy isi tidak nyatakan ruangan code tersebut..
seminar nie ade tak dapat dengan cd skali?
then kalau kita g seminar nie,dia kirakan sorang2 nye tarikh lahir ke ?