Servis & Tempahan
Ingin Meningkatkan Keuntungan Bisnes Sebanyak 40% Di Internet Dalam Masa 7 Hari?
Saya Aqif Azizan.
Kepakaran saya adalah membantu anda membina kepercayaan dan kredibiliti di Internet. Seterusnya meningkatkan jualan produk sebanyak 40% dalam masa 7 hari.
Semua ini menerusi rahsia penulisan berpengaruh.
Sehingga kini, pelanggan-pelanggan saya dari pelbagai industri sudah merasai perbezaan selepas mengambil servis penulisan saya.
Apabila bekerja dengan pelanggan, saya mengutamakan kepuasan mereka. Iaitu memastikan pelaburan mereka terhadap servis saya memberikan pulangan berkali ganda.
Berikut adalah servis yang saya sediakan untuk membantu anda:
#1 – Ghostwriting (Penulisan Artikel dan Blog)
Jika anda ingin menjadi pakar bidang dalam masa yang singkat menerusi penghasilan artikel yang berpengaruh dan berkualiti, tanpa perlu pening kepala untuk menjana idea penulisan…
Maka ini adalah jalan yang terbaik.
Kepakaran saya adalah menghasilkan artikel yang berpengaruh. Ia mampu meningkatkan kredibiliti anda sebagai pakar serta merta.
#2 – Menulis eBook atau Laporan Percuma
Anda ingin menulis e-book? Ada idea hebat tetapi tidak mempunyai skil dan teknik penulisan yang baik?
Saya bersedia untuk membantu.
Semua klien yang pernah menempah servis ini berpuas hati dengan hasilnya. Pembaca suka, kredibiliti meningkat, dan keuntungan meledak berkali-kali ganda.
#3 – Pemasaran Guest Blogging
Saya merupakan penulis e-book ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ yang telah membantu orang ramai, untuk meningkatkan jumlah pelawat sebanyak 1,000+ ke atas setiap bulan.
Iaitu menerusi strategi pemasaran Guest Blogging.
Ia merupakan teknik untuk menarik sejumlah pelawat dengan menerbitkan artikel di blog orang lain. Dalam masa sama, ia dapat meningkatkan kredibiliti serta merta.
Dan juga memberikan link berkualiti bagi proses SEO.
Pengalaman saya setelah menerbitkan lebih 20+ artikel guest blogging di Malaysia, diyakini dapat membantu anda meningkatkan kredibiliti dan jualan secara online.
#4 – Servis Konsultansi Blog
Adakah anda mempunyai blog? Ingin tahu bagaimana untuk meningkatkan nilai blog anda di mata pembaca?
Atau anda ingin membina satu saluran pendapatan yang lumayan denga blog, tetapi tidak tahu bagaimana?
Servis konsultansi blog ini dapat membantu anda untuk menjawab persoalan di atas.
Semua pelanggan saya yang menerima konsultansi blog ini berpuas hati dengan hasilnya. Kerana ia ibarat mempunyai sistem yang betul untuk berjaya dalam blogging.
#5 – Online Personal Coaching Penulisan Berpengaruh (PCPB)
Ingin tahu apakah rahsia orang biasa-biasa menjadi luar biasa menerusi penulisannya?
Ingin tahu bagaimana untuk menjadi pakar dalam apa jua industri yang kita ceburi?
Maka sesi personal coaching secara online ini dapat membantu anda.
Saya menyediakan modul untuk membantu anda menjadi seorang penulis yang berpengaruh dalam masa kurang 30 hari. Bayangkan, selepas ini anda menjadi bahan rujukan utama dalam industri.
Kemudian anda boleh menjual lebih banyak produk menggunakan kepakaran anda.
Hubungi Saya Untuk Tempahan (PERCUMA Servis Konsultansi 30 Minit)
Jika berminat, sila hantarkan maklumat seperti di bawah untuk melakukan tempahan.
- Nama.
- E-mel.
- Jenis tempahan servis (Ghostwriting / e-Book / Pemasaran Guest Blogging / Konsultansi Blog / Online Personal Coaching (PCPB)).
- Bajet anda (RM0 – RM500 / RM500 – RM2,500 / RM2,500 – RM10,000 / RM10,000+ ke atas).
- Hantarkan ke e-mel aqifazizan@gmail.com.
- Sila gunakan tajuk e-mel ‘Tempahan Servis Aqif Azizan’.
Apabila anda menghantar maklumat ini, anda akan menerima servis konsultansi blog secara percuma selama 30 minit (bernilai RM97).
Saya tidak sabar untuk bekerjasama dan membantu anda.
Terima kasih.


{ 21 comments… read them below or add one }
salam saudara… saya nk tnya.. adakah saudara juga boleh menulis article tntang perkhidmatan serta content minisite? jika ingin memasarkan article,bolehkah mengupah saudara untuk menulis article trsebut?
Tuan Syukri Tahir. Ya saya menyediakan servis penulisan dan pemasaran artikel. Boleh hubungi saya menerusi aqifazizan@gmail.com untuk perbincangan lanjut.
Semoga kita dapat bekerjasama.
adakah dengan maksud pemasaran artikel ni, guest post dlm blog?
Ya. Jika tuan berminat boleh hubungi saya.
bagaimana pula dengan artikal berdasarkan komen produk dan idea penambahbaikan? Boleh jugak ke?
Tuan Razis, saya kurang faham maksud tuan. Boleh kita berhubung di Facebook saya (http://www.facebook.com/aqifazizan) atau menerusi aqifazizan@gmail.com?
Terima kasih. Semoga kita dapat bekerjasama.
Saya amat berpuashati dengan artikel dari en Aqif di blog saya. Saya akan dapatkan lagi servis dari en Aqif, InsyaAllah.
Terima kasih tuan.
Salam En. Aqif,
Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang penulisan artikel en. Aqif.
Boleh saya dapatkan sebut harga secara kasar daripada en. Aqif untuk penulisan artikel.Saya perlu tahu harga, pakej dan rate yg en. Aqif tawarkan.
Saya harap En. Aqif boleh sediakan sebut harga tersebut secepat yg boleh.
Terima kasih.
Lily
Salam cikpuan. Saya sudah balas ke e-mel cikpuan. Menanti respon positif daripada pihak cikpuan. Terima kasih.
Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang penulisan artikel en. Aqif.
Read more: http://aqifazizan.com/servis-penulisan-artikel#ixzz1qapVMigD
saya nak servis coaching dalam penulisn artikel, brapa yer?
As salam. Saya ingin mendapatkan ebook utk exam PTD secepat mungkin.Saya ade peperiksaan pd 12 Mei ni.Berapa harga? Sila hubungi saya 0126232374..TQVM…
Waalaikumsalam Tuan Sharizan.
Boleh ke http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=aqif.
Jualan e-book ini sudah dibuka dan akan ditutup pada 9 Mei 2012. Terima kasih.
as salam.. saya baru belajar buka blog.. saya nak letakkan iklan nuffnangs dalam blog.. dah sign up tp pening plak nak copy paste apa yg di arahkan.. macamana nak buat ye? x taw nak mintak bantuan siapa..
Boleh email-kan kepada saya quotation untuk setiap servis yang Tuan Aqif buat tu ? Beserta term n condition untuk setiap servis tu. TQ
Salam Hormat Tuan Aqif,
Saya berminat dengan perkhidmatan yang tuan tawarkan untuk menambah ilmu.
Harap tuan mampu membantu
Salam,
Saya berminat untuk menyertai Program Berani 2013 Di Setia City Convention Center Shah Alam pada 12/01/2013. nombor saya 012-3525928 (Akmal)
assalamualaikum.. Mohon tunjuk ajar dari tuan guru dlm selok belok kata dan perkataan yg baik dan bersesuaian untuk perniagaan online saya.. Jutaan terima kasih atas sharing elmu.. Semoga tuhan berkati kita semua..
Assalam tuan aqif saya mempunyai niche blog,saya nak minta tunjuk ajar tuan aqif
macam mana untuk hasilkan blog yang boleh menjana pendapatan secara berterusan dengan blogsaya ini.Harap sudi mebantu.Terima kasih.
Saya ada mempromosikan ebook untuk rahsia usahawan emas di niche blog saya.