Hanya dengan inovasi dan kreativiti, penulis boleh hidup selesa dengan aktiviti menulisnya.

Ini adalah nasihat yang saya terima daripada individu yang sudah berjaya dalam bidang penulisan. Walaupun kegiatan penulisannya bukan berlandaskan non-fiksyen, nasihat ini sudah cukup untuk memberikan signal kepada minda supaya tidak takut untuk menjadi penulis sepenuh masa.
Dalam artikel yang ditulis oleh Ainon Mohd di Universiti PTS, beliau menyebut tentang pentingnya untuk kita memahami kehendak konsumer. Berikut adalah kata-kata beliau,
“Buku adalah barangan konsumer. Posisi penerbit buku dan penulis buku adalah serupa dengan posisi penerbit muzik dan pencipta lagu. Mereka sentiasa melayan fitrah konsumer.”
Tambah beliau lagi,
“Citarasa konsumer mudah bosan. Oleh itu mereka sentiasa mahukan produk-produk terbaru.”
Inovasi Penulis Adalah Aset
Mesej yang jelas di sini adalah betapa penting para penulis menajamkan skil mereka supaya karya-karya yang dihasilkan terus laku di pasaran. Sebagai penulis sepenuh masa, cara mudah untuk menjadi jutawan adalah meningkatkan produksi karya.
Tidak kira apa jenis karya termasuk buku, ebook, artikel, dan servis-servis yang berkaitan dengan dunia penulisan. Itu adalah syarat pertama. Syarat kedua adalah mempunyai kemahiran untuk memikat pembaca.
Dari aspek bisnes, pentingnya belajar bagaimana untuk membina jenama dan melakukan pemasaran sebagai seorang penulis. Kita tidak mahu menjadi penulis pasar malam. Yakni penulis murahan yang nilai dirinya tidak dipandang sebagai penulis yang berkualiti.
Situasi ini yang menyebabkan orang ramai takut untuk menjadi penulis. Nasihat yang ingin saya kongsikan ini juga boleh dijadikan sebagai satu iktibar. Ia diberikan oleh mentor penerbitan dan penulisan.
“Pentingnya penulis untuk terus kekal unik berbanding penulis lain. Jadi unik atau mati.”
Nasihat yang keras, namun memberikan mesej yang jelas. Oleh sebab itu fokus saya adalah menjadikan jenama Aqif Azizan sebagai satu jenama yang dipercayai para pembaca.
Buat Pembaca Jatuh Cinta
Untuk merealisasikannya, satu daripada cara efektif adalah mewujudkan blog, menulis buku, menulis lebih artikel dan pelbagai lagi. Maksud menulis di sini adalah menghasilkan produksi yang banyak dan konsisten.
Menjadi penulis jutawan memerlukan kita untuk terus menulis. Jadikan menulis sebagai satu sikap dan disiplin hidup. Ustaz Hasrizal iaitu pengasas Saiful Islam ada berkongsi disiplin kerjaya penulisannya,
“Saya tidak boleh tidur selagi tidak menulis.”
Ini adalah sifat penulis jutawan. Mereka menjadikan penulisan sebahagian besar daripada hidupnya.
Indah Hidup Menjadi Penulis
Satu daripada nikmat menjadi penulis sepenuh masa bukan terletak pada harta semata-mata. Kebahagiaan berlaku apabila para pembaca meraikan artikel-artikel, buku-buku, blog-blog dan pelbagai medium penerbitan yang kita hasilkan.
Saya perlukan doa tuan puan yang baik-baik. Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab saya untuk menambah nilai hidup para pembaca apabila memulakan aktiviti penulisan.
Untuk itu, proses untuk menjadi penulis jutawan adalah tidak mustahil, selagi mana kita berpegang pada dua prinsip hidup ini iaitu:
- Menambah nilai dalam hidup pembaca lain dengan menulis ilmu yang bermanfaat.
- Menjadi penulis yang menyelesaikan masalah pembaca.
Penulis Berjaya Bermula Dengan E-book Ini
Langkah terbaik untuk menjadi penulis adalah bermula dengan ilmu yang betul. E-book ‘7 Hari Siapkan E-book‘ adalah panduan yang membantu tuan puan untuk menikmati ringgit pertama dengan penulisan menerusi medium e-book.

Tidak perlu tunggu untuk percaya. Beli, baca dan rasai sendiri nikmat menjadi penulis e-book yang disayangi para pembaca.
Mulakan langkah pertama dengan melayari laman web di bawah:
Laman Web 7 Hari Siapkan E-book (Klik Di Sini)


{ 7 comments… read them below or add one }
‘Terbaik’ adalah perkataan yang paling sesuai untuk entri ini.
abangensem recently posted..Berbaloi Tak?
‘Awesome’ adalah perkataan yang paling sesuai untuk entri ini.

Firdaus Latib recently posted..Data Autoriti Dalam Kempen Pemasaran SEO
saya sedia mencari panduan bagaimana untuk menulis. masalah saya, apabila saya ada satu point/isi , bagaimana cara untuk saya kembang kan point/isi tersebut sehingga menjadi satu perenggan. Boleh saudara Aqif bantu saya ?
Terima kasih di atas perkongsian info..
Bila saya membaca artikel ini, saya teringat kepada Kawan saya sewaktu sama-sama bekerja di Politeknik Mukah Sarawak..
Nama Pena beliau dalam bidang penulisan adalah Nimoz TY.. Beliau ada menulis sebuah buku yang berjudul Menjadi Penulis Jutawan..
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang buku beliau boleh layari link ini:
http://www.bookplanet.com.my/index.php?target=categories&category_id=41
Buku tersebut mengandungi maklumat yang cukup berguna kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis Jutawan…
Beliau (Nimoiz TY) merupakan antara penulis yang saya kagumi di Malaysia selain daripada penulis-penulis ternama yang lain..
P/S: Jom jawab Kuiz Eyriqazz Vs Denaihati
Anuar recently posted..Tempahan Pak Ya Homestay sempena musim Perayaan
Terima kasih tuan di atas entri ini. Bertambah semangat saya untuk menjadi seorang penulis yang mengembangkan ilmu kepada umat manusia.
Terima kasih saudara Aqif Azizan. satu perkongsian yang bagus dan membakar semangat saya.
Wah, cinta untuk berkongsi dan menulis. Satu tips yang terbaik.