Tamrin STS (Sharpen The Saw) – Memulakan Bisnes Training

by Aqif Azizan

Segala puji bagi Allah kerana memberikan peluang kepada diri ini untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat menerusi penulisan.

Tamrin STS - Memulakan Bisnes Training

Pada 17 Jun 2012 (Ahad), saya membuat keputusan untuk hadir ke satu program ilmu iaitu Tamrin STS (Sharpen The Saw). Tajuk yang dibentangkan adalah berkaitan dengan:

Memulakan Bisnes Training

Menggelarkan diri sebagai trainer sebelum menghadiri majlis ilmu berkaitan bidang ini adalah kesilapan yang dilakukan oleh orang ramai. Secara tidak langsung, ia membusukkan industri itu sendiri.

Majlis ilmu yang dianjurkan pihak Tamrin ini adalah satu daripada pusat yang dapat memberikan ilmu yang bermanfaat, betul, dan tepat kepada para peserta yang berkeinginan untuk menjadi trainer.

Atau dalam bahasa Melayunya, jurulatih.

32 Jutawan Trainer Berhimpun

Maklumat mengenai jumlah peserta yang saya peroleh daripada pihak penganjur adalah sekitar 32 orang. Yuran untuk program ini pula serendah RM90. Nilai yang cukup kecil untuk impak ilmu yang besar.

Modul Bisnes Training

Jangka masa majlis ilmu ini pula berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Saya cukup suka dengan pendekatan Tamrin iaitu:

“Kami tidak menghukum peserta yang datang awal.”

Bermakna, apabila jam tepat menunjukkan pukul 9 pagi, majlis tetap akan bermula walaupun jumlah peserta hanya seorang sahaja. Ketika itu, hujan rahmat yang turun menyebabkan majoriti peserta lewat tiba ke destinasi.

3 Penyampai, Ratusan Idea Jutawan

Barisan penyampai dalam program ‘Memulakan Bisnes Training’ ini dianggotai oleh 3 individu hebat yang saya cukup hormati. Ketiga-tiga mereka ini mempunyai kepakaran yang jelas dalam bidang training.

 

Penyampai pertama adalah Cikpuan Azzah Abdul Rahman (Azzah AR). Kepakaran beliau adalah dalam penulisan kreatif dan pengucapan awam.

Cikpuan Azzah adalah satu-satunya individu yang diberikan pengiktirafan untuk mengajar Teknik Surah Yusof dalam penulisan kreatif. Kerana beliau adalah pengamal tegar teknik ini.

Penyampai kedua adalah Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Yusry Yusopp. Tuan Zamri Mohamad hadir sebagai penyeri majlis sementara menunggu kehadiran Tuan Yusry. Namun dalam masa 15 minit itu, banyak ilmu yang saya belajar daripada beliau.

Khususnya dalam penulisan dan business model.

Penyampai ketiga adalah Puan Mary Anni. Kepakaran beliau adalah perunding dan konsultan imej dan banyak melatih badan-badan korporat. Ilmu beliau dalam bidang training yang dikongsikan dalam program ini yang membuatkan saya teruja.

Tamrin STS – 3 Ilmu Penting Untuk Para Pembaca

Bagi para pembaca yang berminat untuk menceburi bidang training atau jurulatih, dan memperoleh wang besar, berikut adalah 3 tip yang saya ingin kongsikan sepanjang dapatan saya dalam program ‘Memulakan Bisnes Training’.

Tip Trainer #1 – Kenal Pasti Siapa Pelanggan

Siapa yang akan membeli produk training kita? Adakah sasaran pelanggan kita tertumpu pada sekolah rendah, menengah, universiti (kerajaan & swasta) atau badan-badan korporat?

Ini adalah langkah pertama sebelum menjejakkan kaki dalam dunia training.

Tip Trainer #2 – Jadi Pakar Bidang

Langkah sebenar untuk mendapat wang besar dalam industri training adalah menjadi pakar bidang. Organisasi rela membayar ratusan ribu ringgit kepada trainer yang dikenali sebagai pakar.

Cara menjadi pakar dikongsikan oleh Puan Mary Anni. Satu daripada strategi yang menarik adalah memastikan bisnes kita berjenama global. Gunakan alamat, nombor telefon, faks dan laman web yang melambangkan kita seperti ada syarikat besar.

Ada caranya.

Tip Trainer #3 – Clubbing

Rajin beramah mesra dengan orang ramai menerusi kelab-kelab atau persatuan. Perkenalkan diri dan kepakaran kita kepada mereka. Kerana mereka ini adalah walking-talking testimony dalam bisnes.

Tamrin STS Seterusnya – Bagaimana Mendaftar?

Ini adalah pertama kali saya menyertai program Tamrin STS (Sharpen The Saw). Saya dapati program ini mempunyai potensi yang besar, untuk membantu ramai orang yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri training.

Tamrin Sharpen The Saw - Pendaftaran

Justeru itu, tanggungjawab saya adalah memberikan pautan Facebook Tamrin STS supaya para pembaca blog saya memperoleh maklumat lanjut mengenai organisasi ini.

Facebook Tamrin STS (Sharpen The Saw) – Klik Di Sini

Tahniah kepada semua individu yang menjayakan program ini. Semoga kita dapat terus berjuang memandaikan bangsa dalam industri training.

Semoga Allah permudahkan usaha trainer-trainer muslim untuk berkongsi skil mereka sehingga ke peringkat global.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 4 comments… read them below or add one }

Anuar June 18, 2012 at 9:14 am

Satu info yang sangat menarik dan berguna kepada semua pembaca..

Program Tamrin STS (Sharpen The Saw) ini diharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam bisnes Training ini..

Bila saya membaca artikel ini saya teringat kepada satu kursus yang pernah saya hadiri.. Kursus tersebut dikenali sebagai 6 SIGMA DMAIC.. Dalam 6 SIGMA ni terdiri daripada beberapa peringkat.. Peringkat yang tertinggi sekali dikenali sebagai Master Black Belt..

Bagi sesiapa yang ada Master Black Belt, mana-mana syarikat yang memerlukan perkhidmatan mereka sanggup membayar gaji sehingga RM25 ribu sebulan..

Pada pendapat saya kedua-dua program ini mempunyai kelebihan masing-masing… tetapi kedua-duanya memerlukan kita menjadi seorang yang pakar untuk mendapatkan hasil yang lumayan.. ;)
Anuar recently posted..Hadiah Sempena Hari BapaMy Profile

Reply

Manan Qayyim June 18, 2012 at 10:09 pm

wah…. bestnye.. teringin nak pi…
Manan Qayyim recently posted.."Jom Niaga" bakal mengegarkan UiTM Kedah.My Profile

Reply

ahmadyani June 19, 2012 at 11:09 pm

TTT adalah istilah popular dalam MLM..Train the trainer. Majlis ilmu yang saya rasa sama konsepnya dengan STS. Untuk memulakan bisnes ini perlulahlah seseorang yang pandai dalam pengucapan awam. Adakah sesiapa yang menganjurkan kelas pengucapan awam?
ahmadyani recently posted..Mengajar Anak Erti Sedekah-2My Profile

Reply

Zairi Zaidi June 24, 2012 at 12:20 pm

Salah satu impian saya adalah untuk ada training center sendiri dan kembangkannya menjadi sebuah universiti! Hehe
Zairi Zaidi recently posted..Pakej Resell – Jom Jana Pendapatan Dengan Jual Semula Produk DigitalMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: