Idea memainkan peranan penting dalam diri setiap penulis. Tidak ada idea, maka tidak akan wujudnya karya. Apabila tidak wujud karya, penerbit terasa hati dan pembaca susah hati.

Terdapat pelbagai teknik yang dikemukakan dari perspektif Barat untuk menjana idea penulisan.
Tidak semuanya memberikan kesan yang positif. Berdasarkan pengalaman sendiri, berikut adalah teknik mudah untuk mendapatkan pelbagai idea penulisan yang kreatif lagi inovatif.
Teknik ini bukan untuk semua orang. Apa yang penting di sini adalah kita semua mencuba. Hasil bagus atau tidak, itu jatuh nombor dua.
Teknik ini digelar santau penulis.
Panggil Tajuk Sentap Pembaca
Tajuk adalah penentu kenikmatan karya. Pembaca akan membaca tajuk terlebih dahulu sebelum membaca isinya. Malah ada pembaca yang suka menganalisis dan memilih tajuk sebelum memulakan pembacaan.
Untuk menangkap perhatian pembaca, tajuk yang lain dari lain adalah satu keperluan. Lihat bagaimana akhbar Harian Metro menggunakan tajuk sebagai pelaris jualan akhbar mereka.
Jika tidak kerana tajuk, bagaimana pembaca mempunyai inspirasi untuk membaca karya kita?
Antara jenis tajuk yang sesuai adalah tajuk yang menyentap hati pembaca. Paling tidak, ia dapat membuat pembaca itu rasa pelik terhadap tajuk.
Apabila wujud rasa pelik atau baru, maka keinginan untuk membaca membuak-buak.
Bagaimana Curi Banyak Idea Tajuk Sentap
Ikut nasihat A. Samad Said, sasterawan yang berkredibel di Malaysia.
Nasihat beliau mudah,
“Membaca, membaca, membaca, membaca dan membaca.”
Banyakkan membaca buku-buku ilmiah. Membaca dapat memberikan kita ilham-ilham perkataan yang menarik. Ilham ini dapat dijadikan sebagai pembuka selera karya kita.
Langkah kedua selepas membaca adalah praktis. Kesempurnaan itu datang secara berperingkat. Bukan sekali buat. Praktis banyak kali dan hasilnya akan bertambah baik dari semasa ke semasa.
Berikut saya senaraikan beberapa idea tajuk secara rawak. Mungkin ia menyentap pembaca. Mungkin juga sebaliknya.
- Ibu Sentap Anak Bodoh.
- Isteri Gemuk, Suami Kecewa.
- Jemput Duit Dari Poket Pelanggan.
- Menantuku Hantu.
- Semakin Tinggi Ilmu, Semakin Bodoh Dirimu.
Tajuk tidak semestinya berkait rapat dengan pengisian karya. Namun tidak perlu tulis sehingga terpesong matlamatnya. Tajuk yang menarik dapat membangkitkan estim pembaca untuk membaca.
Prinsipnya di sini, sentiasa ambil masa untuk menghasilkan tajuk yang simpel, mudah difahami dan menyentap pembaca.
Tajuk Sentap Gaya Ogilvy
E-book ‘7 Hari Siapkan E-book’ ada berkongsi tentang teknik-teknik penulisan tajuk gaya Ogilvy. Beliau adalah pakar pengiklanan yang cukup dikenali di seluruh dunia.
Untuk belajar dengan beliau, fahami kitab ilmu yang terkandung dalam e-book ini. Klik pada pautan di bawah:
Belajar Tajuk Sentap (Klik Di Sini)


{ 13 comments… read them below or add one }
Betul tu.. Saya setuju..
Nak dapat idea untuk menulis, kita kena banyakkan membaca..
Untuk menulis sebuah ebook kita kena membaca sekurang-kurangnya 5 buku atau ebook yang berkaitan dengan tajuk yang ingin kita tulis..
Saya teingat lagi dengan kata-kata Irfan Khairi:
Tips untuk menjadi seorang yang pakar dalam satu-satu bidang berdasarkan “Zulu Principle”..
Apabila anda membaca sebuah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi orang yang paling hebat di kalangan rakan-rakan anda
Jika anda membaca 5 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi pakar di kalangan jiran-jiran anda
Jika anda membaca 25-30 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi paling pakar dalam dalam satu daerah
Untuk menjadi seorang yang pakar dalam Malaysia, anda perlu membaca sekurang-kurangnya 200 buah buku dalam bidang anda..
Anuar recently posted..Nuffnang Blogpolis 2012 bersama Denaihati
Saya suka dengan perkongsian Tuan Anuar ini. Terima kasih!
Sama-sama..
Anuar recently posted..Pengalaman Berharga Bersama Jutawan Internet : Irfan Khairi
Sentap memang tersentap tuan… sentap lagi bila dapat simpulkan info yang telah tuan berikan, sangat bermanfaat.
Mungkin kerana saya telah mula berminat utk berkarya seperti tuan, saya sangat teruja dengan perkongsian ini. Insyallah jika saya ada masa terluang saya akan grab ‘7 Hari Siapkan E-book’ untuk menambah lagi pengetahuan saya..
Kamal Asimoni
“…ketahui teknik cepat, mudah, step by step, bagaimana membina LANDING PAGE secara percuma!”:Teknik Landing Page Free
Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan Tuan Kamal. Mudah-mudahan Allah permudahkan usaha kita untuk memandaikan bangsa.
Tajuk kontroversi juga menyentap minda pembaca tetapi bak kata Tuan Aqif, “tidak perlu tulis sehingga terpesong matlamatnya”.
Penulisan Tuan Aqif semakin mantap. Sila teruskan menulis, menulis dan menulis! Yosh!
Shafina Bazilah recently posted..Oh! Setelah Sebulan MIA
Terima kasih Cikpuan Shafina Bazilah. Ini juga hasil daripada menuntut ilmu penulisan daripada cikpuan. Yosh!
Tajuk-tajuk berita di akhbar sememangnya boleh dirujuk selalu untuk mendapatkan idea memberi tajuk pada artikel yang ditulis. Tetapi jika tajuk terlalu padat atau ringkas, bagaimana dengan SEOnya?
ahmadyani recently posted..Sisi Ungku Aziz Yang Jarang Diketahui
Soalan tuan adalah soalan yang meraikan kejayaan seorang penulis.
Jawapan berdasarkan sudut pandang saya:
Biasakan tulis yang bermula dengan optimasi SEO. Kemudian disertai dengan sentapannya. Sebagai contoh.
Seminar Pemasaran Online – Penipu yang Menipu.
Semoga jawapan ini membantu. Terima kasih tuan.
ye la.. tajuk memainkan peranan penting untuk menyantau pembaca.. eh..
zool recently posted..Bila kad ATM kena telan
Fuhh..teknik santau lagi tu.Learn about this things too masa di Nuffnang Blogopolis..Yup, tajuk memang penting utk attract readers…
eyriqazz recently posted..Master Class 1 : Idea Sourcing & Content Creation #NNBMY2012
kadang2 duduk sorang2 idea mencurah2 tapi nak fikir tajuk yang boom lambat sikit. saya prefer dua benda kat tajuk tapi mostly yang boleh naik kat search engine,fokus kat keyword tu je berbanding yang catchy.
Izwanyusof recently posted..Kenapa Jadi Forever Alone?
Betul. Setuju.
Semasa saya menghadiri Kursus Penulisan Super yang dianjurkan oleh PTS Media Group kerjasama dengan PMRAM.org.
Tuan Mohd Ikram bin Mohamad Nor Wazir, Pengurus Besar Penerbitan menyatakan bahawa apabila seseorang mahu menulis, dia perlu membaca.